Friday, April 2, 2010

12thn Menanti akhirnya dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, Tanah Perkuburan ISLAM boleh digunakan.


Sri Gombak – Lebih 12thn menanti, akhirnya masyarakat ISLAM disini merasa lega apabila tanah seluas 12 hektar yang digezetkan JAIS semenjak 1998 sebagai kawasan tanah perkuburan ISLAM di Tmn Bukit permata disini telah beroprasi 26 Jan, 2010.

Wartawan PKM di fahamkan sehingga kini, seramai 15 orang jenazah telah dikebumikan dikawasan tersebut, namun masih terdapat beberapa kawasan berbukit di tanah perkuburan itu belum diratakan dan keadaan ini semakin menyukarkan untuk membawa jenazah ke kawasan berkenaan.

Menyedari kesulitan yang dihadapi, maka Kariah Masji Al-Khairiah dengan kerjasama Masjid Istifaqiah membawa usul tersebut kepada wakil Rakyat ADUN Gombak Setia Yb. Dato’ Hassan Mohammed Ali dalam satu pertemuan yang diadakan disini baru-baru ini.

Turut hadir bersama Pegawai tadbir Agama Daerah (PAID) di Gombak, Utz Daim Jajuli dan wakil tanah perkuburan cina yang menjadi jiran tanah perkuburan ISLAM.

Utz Ayob Dollah yang merupakan Nazir Masjid Al-Khairiah berkata, masalah yang dihadapi mungkin waktu ini tidak kritikal tetapi akan datang akan menjadi serius sekiranya tindakan tidak diambil memandangkan jumlah jenazah semakin hari semakin meningkat.

Jenazah yang hadir bukan sahaja di kawasan Tmn Permata malahan terdapat kawasan luar seperti Hulu Klang, Masjid Al-Amaniah di Batu Caves, Al-Syarif, Al-Rahman dan An-Nur.

Menurut Utz Ayob, pihaknya tidak mahu masalah yang dialami berpanjangan dan harus membuat pertemuan dengan Adun Gombak Setia untuk mencadangkan Kerajaan Negeri di bawah Exco berkenaan dapat membantu meratakan tanah kawasan perkuburan tersebut.

Katanya lagi, tanah perkuburan yang diuruskan 2 orang ahli kariah masjid tidak membenarkan waris memilih kawasan yang hendak dikebumikan (reserved) dan mengisi lot yang telah ditentukan bagi memastikan tanah perkuburan itu dapat menampung jenazah sehingga 26thn akan datang dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Tanah perkuburan dapat digunakan dibawah Pentadbiran Pakatan Rakyat

Akhirnya dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tanah perkuburan yang telah diberikan oleh JAIS semenjak 1998 dapat digunakan bermula tahun ini. Tanah yang tidak rata menimbulkan masalah dan menyedarinya maka kita mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat agar masalah ini dapat diatasi dengan segera.

Utz Hj. Rosli Hussin berkata, kedudukan tanah perkuburan ISLAM yang terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan cina juga menjadi masalah lebih-lebih lagi tiada jalan alernatif menuju ke kawasan tanah perkuburan sehingga terpaksa melalui kasan perumahan penduduk.

“Kita amat berharap YB Dato’ Hassan dapat mengatasi masalah ini dengan secara baik dan tidak menimbulkan rasa kurang senang kepada kedua kaum kerana kedua pihak mempunyai tujuan yang sama untuk menguruskan tanah perkuburan disitu, ujarnya.

Saranan YB Dato’


Sejurus itu, YB Dato’ Hassan berkata, melalui kebenaran JAIS, beliau mencadangkan agar pihak pengurusan tanah perkuburan disitu harus melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja meratakan tanah, dan tanah yang berlebihan boleh dijual untuk pengurusan mencantikkan dengan mengadakan ladskaping kerana kita bukan sahaja untuk menanam jenazah tetapi menarik ummat ISLAM agar merajinkan diri untuk menziarahi kubur arwah kerana apabila kita rajin menziarahi tapak perkuburan hati kita akan terdetik dengan mengingati kematian dan disitu juga kita akan berkata aku juga akan ditempatkan disini satu hari nanti.

Katanya lagi, hasil jualan tersebut boleh dimasukkan dalam tabung amanah yang akan diwujudkan agar dana tersebut boleh menaiktarafkan kawasan perkuburan dengan memperbaiki pulih pagar-pagar yang rosak dan lain-lain pengurusan. Semoga dengan kreatviti tersebut akan menjadi contoh tanah perkuburan ISLAM yang tercantik daripada pengurusan jenazah, ladskaping dan sebagainya di negara ini.

Beliau yakin, ini adalah tanah perkuburan yang boleh dijadikan contoh dan minta kebenaran pada MAIS untuk melakukan kerja menembus dan meratakan tanah kembali dan menolak bukit. Jika kerja pengurusan ini dilaksanakan dengan secepat mungkin itu adalah lebih baik.

Bukan sahaja kita laksanakan kerja pengurusan dengan baik, tersusun malahan bersistematik secara tidak langsung akan dapat menjitmatkan ruang yang sediaada sehingga berpuluh-puluh tahun, ujarnya dalam memberi penerangan kepada semua ahli kariah yang hadir.

2 simpang jalan harus dibina


Selain daripada itu bagi mengatasi masalah jalan (Tanah perkuburan ISLAM dan tanah perkuburan Cina) YB Dato’ telah menyarankan agar membina 2 simpanng jalan bagi memudahkan kedua pihak dalam membuat kerja pengurusan pegebumian tanpa mengganggu dan melalui kasasan kediaman penduduk disitu.

Beliau berkata, sebelum ini tanah perkuburan cina yang mempunyai 4 hektar tanah dan telah beroperasi sejak 20thn yang lalu, penduduk sering membuat aduan mengenai masalah bau yang kurang menyenangkan kerana terdapat penanaman sayur yang menggunakan baja dan menyebabkan lalat bermaharajalela.

Namun masalah tersebut dapat diatasti dengan baik pada tahun lepas apabila YB Dato’ Hassan telah turun padang untuk memantau kawasan berkenaan dan beberapa tindakan telah diambil untuk atasi masalah ini dengan kerjasama MPS.

Pengurus Jenazah harus mengikuti Kursus

Bagi merialisasikan kawasan berkenaan ini, harus dilakukan dengan baik dan teratur pihak pengurusan harus membuat kajian lebih terperinci dan bersistematik dengan melihat penyusunan tanah perkuburan kristian. Selain daripada itu pihak pengurusan juga harus mengikuti kursus pengebumian dan lain-lain yang berkaitan agar mereka didedahkan dengan ilmu yang cukup mantap dan yakin dalam mentadbir pengurusan jenazah, dalam merasmikan tanah perkuburan mengikut zon, ujarnya.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI