Tuesday, March 9, 2010

Warga Emas Bimbang Jika Lot Tanah Pusaka Tidak dapat dimiliki



Gombak – Kehadiran Warga Emas di pej PKM baru-baru ini telah mengurangkan sedikit kerisauan Tn Hj. Harith Johari dan Hjh Rokiah Bt Long, apabila tanah yang diduduki selama 15thn akan mempunyai masalah untuk memiliki geran tanah pusaka kerana kesukaran Tn Tanah (Warga Indonesia) untuk membuat penamaan geran kepada setiap pembeli.

Tanah yang dimiliki daripada Warga Indonesia di kediaman beliau Pinggiran 1 Sg. Chincin, telah di jual kepada beberapa orang yang telah membeli lot rumah tersebut. Sebanyak 72 buah rumah yang terdapat dalam lot tanah berkenaan.

Tn. Tanah warga Indonersia berkenaan, menyatakan beliau telah berurusan dengan Pej. Tanah untuk menukar nama tetapi pihak pej tanah menyatakan tidak boleh dilakukan kerana beliau bukan warga M’sia. Sekiranya ingin ditukarkan nama, maka harus mencari orang tengah Warga M’sia yang menduduki kawasan tersebut untuk menjadi penama.

Tn Tanah meminta Tn Hj. Harith agar dapat membantu beliau menyelesaikan masalah ini kerana untuk memberi pecahan lot tanah kepada semua pembeli, tetapi Tn Hj Harith tidak berani melakukan perkara berkenaan memandangkan banyak perkara dan “procedure” akan berlaku dan keadaan kesihatan beliau yang keuzuran menghadapi Diabetis membuat beliau tidak upaya untuk berurusan dengan mana-mana pihak agensi.

Tn Hj telah bersepakat bersama isteri beliau untuk meminta khidmat nasihat dan tindakan YB Dato’ Hassan / Adun Gombak Setia untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku.

Tindakan YB Dato’adalah meminta En Kamarul daripada PKM agar berhubung dengan pej. tanah untuk berbincang mengatasi masalah ini dengan segera.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI