Tuesday, March 9, 2010

Majlis Perasmian Surau Al-’Izzah memberi 1000 makna kepada penduduk Zon 11


Gombak – Mengingatimu ya Rasulllah masih terasa bahang-bahangnya bagi orang-orang yang beriman dan beramal solih walaupun kelahirannya telah berlalu. Alhamdulilah Surau Al” Izzah di Tmn Selasih Fasa 2, Zon 11 telah meraikan majlis Maulidur Rasul bagi merasmikan Penamaan Surau yang dahulunya adalah surau Al-Husna tetapi telah ditukar nama kepada Surau Al-’Izzah.

Ini memandangkan terdapat 2 nama yang salah satunya telah digunakan untuk Masjid di Gombak. Atas nasihat pihak Jais, disebabkan surau tersebut masih tidak didaftarkan, seharusnya ditukarkan nama.

Pengerusi Surau, Tn Hj. Mat Desa berkata surau ini dahulunya amat usang selama 14thn tidak dinaiktaraf. Tetapi alhamdulilah atas kerjasama sumbangan yang diberikan oleh pihak consultanat perumahan, Ahli Majlis MPS Zon 11 dan penduduk sekitar maka surau ini dapat dinaiktaraf.

Ilham dan pemandangan yang begitu cantik, menarik telah diberikan oleh ALLAH swt kepada En Husaini Bin Mat Dahlan bersama Isterinya ketika menunaikan Umrah baru-baru ini.

En. Husaini menyatakan apabila beliau berada disana tiba-tiba beliau ternampak surau Al-Husna yang begitu usang dan tidak dinaiktaraf sekian lamanya. Apabila beliau balik ketanah air, beliau telah bermusyawarah bersama AJK Surau untuk sama-sama menaiktaraf surau tersebut. Alhamdulilah ALLAH swt permudahkan urusan kami semua sehinggakan wujudnya keindahan mimbar dan pemandangan ala’ Madinah. Semoga ILHAM yang ALLAH kurniakan saya bersama isteri disana dapat dikongsi bersama semua penduduk sekitar untuk kita sama-sama mengimarahkan surau ini, ujarnya dengan kesayuan dan menitis air mata ketika itu yang mungkin adalah satu tangisan kegembiraan untuk kongsi bersama.

Majlis perasmian Surau Al-”Izzah telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hassan B. Mohamed Ali, Adun Gombak Setia. Turut menghadirkan diri Ustazah Khatifah Zamani Binti Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 11.

Bagi menyerikan majlis ini agar mendapat keberkatannya, pihak penganjur telah mengadakan ceramah Maulidur Rasul bagi mengingati jasa Nabi Muhammad saw terhadap ummatnya. YB Dato’ telah menekankan beberapa aspek iaitu akhlak Nabi saw yang harus dicontohi oleh ummatnya yang semakin hari semakin pudar, Beri makan kepada fakir miskin dan kasihkan mereka, Sebarkan Salam dan eratkan silaturrahim, Hidupkan majlis ilmu dirumah-rumah ibadah (Masjid/Surau) .

Masyarakat diminta berpegang teguh kepada 2 Kitab yang harus kita amal dan ikuti iaitu Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan mahupun mentadbir negeri. Beliau berkata, Akhlak Nabi saw terletak dalam Al-Quran. Nabi saw adalah seorang yang pemurah dan amat penyayang. Rumah tangga yang diberkati apabila wujudnya kasih sayang, solat berjemaah, mengambil berat antara satu sama lain dalam ahli keluarga, masyarakat sekitar akan selamat, damai jika kawasan tersebut terdapat Majlis/surau yang mengimarahkan dengan majlis-majlis ilmu serta adanya pemimpin yang beriman dan adil pada masyarakat dengan mengikut syariatnya yang disarankan oleh Nabi saw, ujarnya dalam masjlis ceramah tersebut.

Untuk memeriahkan masjlis Maulidur Rasul ini, pihak penganjur surau, telah meminta Ustazah Khatifah Zamani Sulong yang menerajui kawasan Zon 11 sebagai Ahli majlis MPS/Pengerusi JKP Zon11 untuk berucap sepatah 2 kata dan berkongsi pendapat .

Ustazah Khatifah, melahirkan kesyukuran dan kegembiraannya apabila kawasan yang diterajuinya (Zon 11) telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul sebanyak 2x disurau-surau kawasannya bagi meraikan majlis yang amat bermakna kepada ummat ISLAM. Beliau bersyukur masyarakat sekitarnya bermurah hati untuk menginfaqkan wang, tenaga untuk bersatu hati menaiktaraf surau sebagai rumah ibadah untuk kegunaan masyarakat sekitar. Ini merupakan amal jariah bagi semua penderma. Pahalanya akan didapati oleh mereka apabila digunakan oleh orang lain. Semoga dimanfaatkan sebaiknya, insya-ALLAH.

Berita Gembira Buat Penduduk Flat Samudera

Dikesempatan ini juga, Ustazah Khatifah telah memaklumkan kepada penduduk sekitar bahawa insya-ALLAH, Flat Tmn Samudera akan diwarnai kehidupan baru iaitu pihak Exco perumahan telah bersetuju untuk memberi sumbangan dalam bentuk cat. Urusan mengecat dan lain-lain urusan yang bersangkutan kawasan perumahan tersebut akan diuruskan oleh pihak JKP Zon 11 dengan penglibatan semua penduduk samada pemilik rumah ataupun penyewa. Diharap semua pihak dapat memberi kerjasama kepada pihak JKP Zon 11 dan Exco Perumahan yang telah bersetuju untuk memenuhi permintaan penduduk Flat Tmn Samudera.

Kerjasama ini harus dimainkan oleh semua penduduk tersebut, bagi keselesaan mereka sendiri lebih-lebih lagi apabila dilihat kawasan tersebut yang jelas kelihatan suram, kotor dan terdapat anasir-anasir makhluk asing seperti tikus dan lain-lain yang menggelikan penduduk dan orang luar yang hadir untuk mengunjungi kawasan tersebut, katanya.

Selain daripada itu, Ustazah Khatifah Zamani juga mewakili pihak penduduk Zon 11 telah meminta pihak YB Dato’ dapat membantu memenuhi hasrat beliau bersama penduduk agar dikawasan yang telah diterajui olehnya diadakan sebuah Masjid atau menaiktaraf salah satu surau yang sediaada untuk menunaikan solat jumaat, memandangkan kawasan Zon 11 mempunyai lebih kurang 16000 orang penduduk. Buat masa sekarang ini, penduduk menunaikan solat jumaat di masjid Ar-Rahimah yang berada disebelah lebuhraya Karak.

Beliau sentiasa melihat pemasalahan ini setiap kali diadakan solat jumaat, penduduk tidak begitu selesa dan keselamatan mereka tidak terjamin memandangkan laluan lintas yang sentiasa sibuk. Ibubapa amat risau dan berat hati untuk melepaskan anak-anak ke masjid yang jauh diluar kawasan Zon 11. Kadangkala anak-anak menyatakan “mereka tidak solat jumaat kerana masjid jauh dan berbagai alasan dibuat sedangkan kita sudah maklum solat jumaat adalah 1 kewajipan bagi orang mukmin lelaki melainkan perkara-perkara tidak dapat dielakkan maka dimaafkan. Tetapi adakah disebabkan masalah yang dihadapi ini harus meninggalkan solat jumaat begitu sahaja”.

Jadi sebagai Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11, adalah 1 tanggungjawab saya untuk menyelesaikan masalah ini segera dan saya amat berharap agar surau Al-Ikhwan yang mempunyai Kawasan strategik dinaiktarafkan menjadi sebagai tempat solat jumaat untuk keselesaan penduduk Zon 11, MPS. Semoga permohonan ini dapat dipertimbangkan sewajarnya oleh YB Dato’ sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk diusulkan kepada pihak berkuasa, katanya dalam majlis yang penuh keberkatan yang disaksikan oleh semua penduduk. ”

YB Dato’ menyatakan insya-ALLAH, beliau akan mengambil tindakan segera dan akan menyemak kembali kepada pihak JAIS mengenai hal tersebut dan untuk mendaftarkan surau Al-’Izzah secepat mungkin. Semoga tindakan kedua pihak pimpinan ini memberi keselesaan dan kegembiraan penduduk Zon 11 yang menghadiri majlis ini.

Penduduk Zon 11 telah diraikan dengan makan malam bersama tetamu-tetamu terhormat YB Dato’ Hassan, Adun Gombak Setia dan Ustazah Khatidah Zamani, Ahli Majlis MPS.

Pihak penganjur surau, telah menyampaikan hadiah cenderahati kepada YB Dato’ dan Ustazah Khatifah yang telah banyak membantu masyarakat gombak dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan insfrastruktur, sampah dan lain-lain.

Pengerusi surau berkata, sebagai penghargaan buat mereka yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik dan sangat komited dalam mentadbir Negeri Selangor ini.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI