Tuesday, March 2, 2010

Kemudahan Awam Rosak ” Kesal Dengan Sikap segelintir penduduk”



Gombak – Saat musim cuti menyambut ketibaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, sudah pasti kota metropolitan di k.Lumpur utamanya menjadi sepi, apabila ramai warga kota mengambil kesempatan untuk pulang ke kg. halaman bersama ahli keluarga.

Tetapi dalam kesepian dan kota raya tidak sibuk seperti hari biasa, telah berlaku satu kemalangan yang mengakibatkan Perhentian Bas mengalami kerosakan yang amat teruk dihadapan Sek. Keb. Tmn Selasih dilanggar oleh kereta.

Wartawan PKM Dun Gombak Setia telah dimaklumkan oleh penduduk dan penjaga keselamatan penduduk casmaria, kemalangan tersebut telah berlaku pada 12hb Feb, 2010 kira-kira 3:30 pagi disini.

Didapati sebuah kenderaan Wira berwarna hijau dengan sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti telah berlumba dijalan raya, tetapi salah satu kenderaan tersebut telah terbabas sehingga melanggari perhentian bas.

En. Adnanspi Bin Antah menyatakan “ketika itu, saya bertugas sebelah mlm dengan beberapa orang kawan saya, tiba-tiba terdengar bunyi yang amat kuat dan bila diperhati daripada jauh mereka seolah bergaduh”.

Kereta Wira Hijau telah melanggar perhentian bas dan sebuah kereta lagi telah sempat lari daripada tempat kejadian. Kereta tersebut telah melanggar gerai burger yang berada berhampiran kawasan tersebut. Pemilik gerai tersebut sedang berniaga untuk mencari rezeki sebelah mlm. Gerai tersebut telah hancur berkecai, tempat duduk perhentian bas terbelah 2, tiang dan atap bumbung perhentian bas juga telah roboh. “Plate” kenderaan tersebut patah, pintu kenderaan juga telah tercabut.

Namun begitu, tiada kemalangan meragut nyawa ketika kejadian berlaku. Beliau menyatakan bahawa beliau dan kawan-kawannya telah diugut oleh pemandu kenderaan tersebut jika sesiapa membuat aduan. Jelas kelihatan ketika itu pemilik kenderaan itu seperti mabuk.

Tetapi kami tidak ambil kisah dengan ugutan tersebut. Kami menjalankan tugasan kami sebagai pekerja disini menjaga keselamatan penduduk. Dan kami telah membuat aduan kemalangan dalam buku rekod laporan kerja untuk tindakan pihak majikan kami.

Laporan polis telah dibuat oleh Pemilik gerai burger setelah berlaku kemalangan yang menyebabkan mata pencarian beliau telah hilang.

Beliau berkata lagi, pihak kami telah meminta pengetua Sekolah Tmn Selasih agar buat aduan untuk keselamatan para pelajar, namun beliau kecewa apabila pihak sekolah tidak mahu mengambil tindakan segera dan menyatakan tidak mahu campur tangan.

Tindakan Segera Ahli Majlis MPS

Ahli Majlis, MPS Zon 11, Pn Khatifah Zamani Sulong telah mengambil tindakan segera apabila menerima aduan walaupun ketika itu beliau sudah pulang ke kg halamannya untuk bercuti bersama ahli keluarga. Walaubagaimanapun beliau masih meneruskan tanggungjawabnya dengan menghubungi pihak Jabatan Kejuruteraan MPS untuk tindakan segera. Demi kepentingan masyarakat sekitar dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan agar dapat tempat teduhan apabila musim hijan dan panas.

Beliau menyatakan pihak MPS telah mengambil langkah keselamatan kepada semua pengguna dan penduduk sekitar dengan memasang pita keselamatan sebagai kawasan larangan.

Kawasan tersebut akan dibersihkan secepat mungkin dan akan didirikan perhentian bas yang baru untuk kemudahan pelajar dan penduduk setempat.

Apabila ditanya, pandangan tentang pihak sekolah tidak mahu memberi kerjasama untuk membuat aduan kemalangan yang berlaku di kawasan sekolah tersebut, pn. khatifah menyatakan “pihak sekolah mungkin tidak mahu panjangkan isu ini, kerana mungkin akan diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan ini akan menyebabkan berlaku salah faham berpanjangan dan imej sekolah akan tercalar, katanya”

Tanggungjawab Terlaksana Demi Keselamatan Penduduk

Selaku Ahli Majlis di Zon ini, saya telah melaksanakan tanggungjawab dan saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang telah menghubungi saya untuk membuat aduan tersebut. Sikap keperihatinan penduduk/masyarakat sebegini harus dipupuk untuk kebaikan bersama katanya ketika ditemubual dalam operasi OPS..Anti tikus baru-baru ini.


Beliau berkata, selaku ahli majlis di zon ini, beliau amat memahami kesulitan dan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk. Awal minggu lepas pihak sekolah kebangsaan Taman Selasih telah menghubungi beliau dan mengajukan beberapa permasalahan infrastruktur dihadapan sekolah. Beliau telah panjangkan pada pihak kejuruteraan MPS dan akan diambil tindakan seterusnya oleh pihak MPS.

Kesal Dengan Sikap segelintir Penduduk yang suka menjatuhkan karier Orang Lain

Apabila ditanya mengenai satu kenyataan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian tentang kekesalan seorang penduduk yang mengatakan Ahli Majlis tidak mengendahkan aduan sekolah kepadanya, beliau sangat terkilan dengan kenyataan itu” saya rasa terkilan dengan kenyataan itu kerana sepanjang perkhidmatan saya, tiada sepucuk surat yang dihantar atau diajukan pada saya / di Pej Ahli Majlis Zon 11. Semua aduan penduduk yang telah diajukan kepada saya telah diambil tindakan segera dengan kerjasama semua pihak terutamanya Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia Yb Dato’ Hasan B. Mohamed Ali, MPS dan agensi -agensi lain. Pihak Kami tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang diberi kerana pihak kami tahu tanggungjawab sebagai pimpinan kepada msayarakat insya-ALLAH.

Mungkin kenyataan yang dikeluarkan orang yang tidak bertanggungjawab itu mencari populariti murahan, tidak berasas dan hasrat utama adalah untuk menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Selangor atau kerajaan PR.

Beliau menyatakan “Mungkin kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penduduk tersebut masa pemerintahan Kerajaan UMNO yang lalu yang tidak mengambil tindakan, tapi itu diluar kuasa saya” ujar beliau.


Adun Gombak Kesal Kenyataan seorang Penduduk terhadap Ahli Majlis, MPS

YB Dato’ Hasan, selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia telah mengambil tindakan efektif apabila aduan yang diajukan oleh pihak Ahli Majlis dalam semua perkara terutamanya apabila berlaku kemalangan yang berlaku di Hadapan Sek. Tmn Selasih baru-baru ini.

Insya-ALLAH segala tindakan segera telah diambil dan saya amat berharap pihak MPS akan membersihkan kawasan tersebut dengan segera demi keselamatan para pelajar utamanya. Bimbang jika dibiarkan begitu lama akan memberi kecederaan pelajar dan pengguna.

Saya juga rasa begitu kesal dengan sikap seorang penduduk yang mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas. Bagi saya sepanjang Ahli Majlis MPS Zon 11 dan semua AJK JKP Zon 11 yang dipengerusikan oleh Pn Khatifah Zamani amatlah memuaskan hati saya dan semua penduduk sekitarnya.

Terdapat berbagai kepujian untuk beliau yang diberikan penduduk samaada melalui surat/panggilan talian. Semua bukti tindakan gerakkerja beliau dan surat kepujian daripada penduduk untuk beliau dan pembantunya ada ditangan kami.

Saya bersyukur kerana pilihan kami tidak salah dalam melantik pimpinan untuk membantu kami menerajui kerajaan Negeri Selangor. Tindakan dan perhatian yang diberikan mereka kepada masyarakat tidak memilih kasih mahupun pemahaman politik yang berbeza.

Penduduk Zon 11 Berpuas Hati atas Khidmat Ahlli Majlis, MPS

Penduduk Zon 11 telah melahirkan kegembiraan dan sagat berpuas hati diatas khidmat yang diberikan oleh Pn. Khatifah selama beliau menerajui kawasan Zon 11. Setiap Aduan, program bersama Rakyat sentiasa mendapat kerjasama dan sokongan padu. Mungkin yang tidak mendapat informasi sahaja akan ketinggalan maklumat dan mengenai peranan Ahli Majlis /JKP di setiap Zon kawasan mereka.

Walaubagaimanapun, dengan sejujurnya pihak saya, kakitangan PKM, MPS dan agensi lain telah memberi kepujian terhadap beliau dan Pembantu peribadinya yang sangat komited dan kerjasama yang diberikan kepada masyarakat.

Sifat mereka yang sangat bertanggungjawab dalam semua perkara. Semoga mereka tidak kecewa, putus asa. Teruskan tanggungjawab yang diberikan amanah oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat sebaiknya.

Sudah menjadi adat dalam kehidupan manusia tidak pernah merasa puas hati dan sentiasa mencari kesalahan dan cuba menjatuhkan karier orang lain. Mereka merasa irihati apabila melihat kerajaan Negeri dibawah PR dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya kepada masyarakat umum, katanya dengan nada kesal diatas kenyataan tersebut.

Harapan YB Dato’

Saya amat berharap agar setiap perkara yang dilontarkan oleh penduduk kepada media hendaklah berasas dan mempunyai bukti yang kukuh. Jangan kita menaburkan fitnah, dosanya amat besar.

Buangkan segala perasaan irihati, hasad yang memakan diri sendiri dan tidak mendapat keuntungan.

Saya yakin ALLAH swt sentiasa membantu orang-orang yang beriman dan membantu agamanya. Pandang kehadapan dan masih banyak perkara yang perlu kita laksanakan sebaiknya sebagai khalifah untuk mentadbir bumi ini dengan sebaiknya jangan sekali kita merosakkannnya. Harapan saya agar perkara ini tidak berulang lagi.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI