Monday, September 7, 2009

Khutbah Jumaat fasa 2 Ramdhan Orbit Iman


P9040320Gombak Setia 4hb september, 2009- Alhamdulilah pada hari ini kita semua umat ISLAM telah sampai ke Fasa 2 dalam mengerjakan amal ibadat puasa dalam bulan Ramadhan.

Fasa Ke 2 ini adalah dengan mengharapkan keampunan daripada ALLAH swt, dengan cara berbanyakkan amal ibadat dan solat sunat taubat. Menghulurkan dan sentiasa meminta kemaafan kepada orang disekeliling kita terutamanya ibubapa kaum keluarga dan sahabat-sahabat kita. Semoga ALLAH memberi keampunan pada kita semua dalam mengcapai maradhatilah dengan berusaha bersungguh-sungguh setiap amal ibadat kita lakukan, insya-ALLAH.


Pengisian Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh YB Dato’ adalah mengenai Orbit Iman. Apakah yang dimaksudkan Orbit Iman?

Untuk mengcapai orbit iman ini adalah dengan mengamalkan apa yang kita lakukan contohnya dalam membaca Al-Quran, Sebelum kita teruskan point ini tepuk dada tanya iman kita, sudah ke Juz berapa kita dalam membaca Al-Quran dalam pertengahan bulan Ramadhan ini? Andai Masih belum mula lagi, ayuh YB Dato’ serta diri penulis menyeru bukalah kitabuallah ini dengan segera masih ada waktu lagi mengejarkannya jika digunakan masa dengan sebaiknya tanpa membuang masa dengan kerja-kerja tidak berfaedah. Ingatlah bahawa Sesungguhnya ALLAH swt bersumpah..sehingga turunnya surah Al-Asry iaitu:-

{Surah :Al-Asry ” Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solih yang sentiasa berpesan-pesan kearah kebaikan”}.

Semoga kita semua dapat menghabiskan bacaan Al-Quran ini dengan mengkhatamkannya tanpa terburu-buru tetapi bersistematik dan difahamkan bacaan dengan sebaiknya:-

P9040319


Adab-adab membaca Al-Quran :-

i) Dalam membaca Al-Quran harus kita menghormati kitab tersebut,

ii) Pastikan kita berwudhu terlebih dahulu, dengan lafas Bismillah.. Al-Quran bukan seperti buku/majalah yang boleh dibaca sesuka hati tanpa berwudhu.

iii) Harus meletakkan kitab Al-Quran ditempat yang mulia/tinggi bukan dimaksudkan tempat tinggi hanya meletakkan tanpa dibaca hanya sekadar buat hiasan tetapi tujuan meletakkan tempat yang mulia dan tinggi supaya tidak diganggu oleh anak-anak kecil hingga rosaknya kitab tersebut.

Untuk mengcapai bacaan Al-Quran yang baik adalah :-

i) Harus dibaca dengan adab dan tertibnya;

ii) Fahamkan bacaannya

iii) Hayati bacaan isi kandungan Al-Quran

iv) Praktik dan amal sebaiknya

v) Sebarkan melalui lisan dan juga fizikal kepada orang lain, agar sistem dakwah tersampai dengan cara berhikmah.

P9040321Kesan kepada pembaca yang membaca tetapi tidak mengamalkannya maka :-

i) Sesungguhnya apabila kumpulan yang tak membuat apa-apa mengenai Al-Quran mereka akan dimurkai ALLAH swt.

ii) Tiada mendapat hidayah daripadanya. Al-Quran kalau kita faham bacaannya isi kandungannya akan membuat hati pembaca akan merasa gentar, bila pembaca sampai ke tahap itu maka orang yang beriman tidak akan melakukan perkara-perkara yang dimurkai ALLAH swt. Orang beriman apabila disebutkan nama ALLAH maka akan gementarlah hatinya.

Al-Quran diturunkan dengan keadaan sedih. Maka sesiapa yang membacanya dengan menghayati sebaiknya dan pasti akan membuat hati mereka menjadi sayu seperti apa yang belaku pada zaman para sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw dimana mereka membaca Al-Quran sehingga menitiskan airmata. Seandainya kita tak mampu menitiskan airmata maka hendaklah kita hadirkan diri dan hati kita dengan keadaan sedih ketika membaca Kitabuallah ini.

P9040323Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu yang diberi oleh YB Dato’ dalam Khutbah Jumaatnya membawa manfaat pada kita semua untuk diamalkan dan disebarkan kepada sahabat-sahabat yang tidak hadir ke majlis ilmu hari ini, insya-allah, waallahhualam.. yang baik dalam segala penyampaian adalah daripada ALLAH swt dan yang lemah daripada diri penulis sendiri yang sedaya upaya memperbaikikan diri kearah kebaikan insya-allah.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI