Beberapa hari lepas, aku menerima perkhabaran kematian. Paling mengejutkan adalah kerana dia mati ditembak Yahudi. Subhanallah. Dia syahid, kematian yang diimpi setiap pejuang di jalan Allah.
'Salam. Al-Fatihah buat seorang pelajar UIA warga Palestin, Ubaida yang juga ahli aktif al-Aqsa Society kerana telah syahid. Dia telah ditahan sebelum ditembak 6 das tembakan oleh Yahudi laknatullah sewaktu dia ingin masuk ke masjid untuk solat. Khabarnya dia pulang ke Palestin untuk menziarah ibubapanya, tapi, Allah telah memilihnya sebagai syuhada. Subhanallah. Al-Fatihah.'
Tidak kukenali siapa dia, tapi, aku cuba mencari lebih lanjut mengenainya. Dan aku jumpa beberapa blog yang menulis tentangnya.
Seorang pelajar UIA Gombak mati dibunuh oleh tentera Israel.Keluarga al-Qudsi ad-Duwaik telah mengumumkan pada pagi ini tentang kesyahidan anak mereka Ubaidah Mahir Abdul Mu'ti al-Qudsi ad-Duwaik yang berumur 25 tahun yang telah tercedera dan meninggal di salah satu hospital Israel.
Kerajaan penceroboh Israel telah menembak Ubaidah ketika di pintu jalan asy-Syuhada di tengah-tengah bandar al-Khalil (Hebron) pada 26/8/2009.
Dia telah ditembak dengan beberapa das tembakan, dan dia telah dibawa ke salah satu hospital Israel dan beliau ditahan di sana.Pihak penceroboh Israel telah menuduh asy-Syahid Ubaidah dengan cubaan menikam salah seorang tentera Israel yang sedang menjaga sekatan di jalan asy-Syuhada'.
Maklumat tambahan (daripada rakan rapat Ubaidah di UIA):
* Ubaidah memang terkenal sejak kecil aktif dengan program-program Islami di masjid, dan popular dengan nasyid dan syair-syair Arab berkaitan pembebasan Palestin.
* Ketika di jalan Syuhada, beliau dalam perjalanan ke tempat kerja, dan jalan itu memang terkenal sebagai tempat ramai orang dibunuh oleh tentera Israel kerana pihak Israel menguasai jalan tersebut dan sering mengadakan sekatan jalan raya.
* Pihak Israel tiada bukti menyatakan penglibatan Ubaidah di dalam kumpulan militan atau aktiviti keganasan, jadi pihak Israel mengada-adakan tuduhan kononnya beliau cuba menikam pihak Israel, supaya menghalalkan pembunuhan tentera Israel ke atas Ubaidah.
* Selepas ditembak, beliau masih hidup dan dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, dan beliau dibelasah.
* Di hospital, pihak Israel menghalang orang Palestin daripada melawat Ubaidah.
* Beliau koma selama 19 hari.
* Beliau merupakan tahanan yang ke 1167 atau 1168 yang mati di dalam tahanan Israel.
sumber : WebHarapan
Subhanallah, kematian yang sangat indah apabila syahid di jalan Allah. Semoga rohnya tenang di sana bersama para syuhada. Amiin.
Dan kita... Bagaimana kesudahan kita kelak? Semoga pengakhiran hidup kita adalah sebuah pengakhiran yang baik juga. Husnul khatimah hendaknya. Amiin.
No comments:
Post a Comment