KUALA LUMPUR, 17 Jun : Sempena Himpunan Suara Rakyat yang berlangsung Gedung beli-belah Sogo dan Jalan Tunku Abd Rahman di sini baru-baru ini seramai 16 peserta termasuk wanita dan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun ditahan ketika mengadakan ‘flashmob’. Semua tahanan yang ditahan selepas memulakan perhimpunan kira-kira jam 2.00 petang tadi.
Antara yang terawal ditahan, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Eddy Noor Reduan.
Semua tahanan dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.
Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan.
Peguam, New Sin Yew tiba di balai selepas dimaklumkan oleh seorang aktivis yang ditahan, bagaimanapun beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan aktivis yang ditahan itu.
Sehubungan itu, beliau memutuskan untuk meminta kebenaran membuat laporan polis ekoran tidak dibenarkan masuk di Balai Polis yang sama.
Sementara itu, Tian Chua, Naib Presiden PKR berkata penahanan peserta ‘flashmob’ itu tidak akan menggugat Himpunan Suara Rakyat pada 22 Jun ini.
” Walaupun 16 peserta ditahan, tetapi masih terdapat 16,000 rakyat masih menunggu untuk ditahan. Ini juga sebagai satu acara mobilisasi untuk himpunan. Apa yang penting kita fokus pada 22 Jun depan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis terbabit.
Dalam ‘flash mob’ tadi, Presiden Solidariti Mahasiswa (SMM), Safwan Anang memaklumkan ‘flashmob’ itu bertujuan untuk mengajak orang ramai turun pada 22 Jun ini.
“Kami bukan ingin menggulingkan kerajaan tetapi kami mahu menolak penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Apabila Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dicadangkan untuk diadakan di Kelantan beberapa bulan lepas, saya menyambut dengan baik. Alhamdulillah, akhirnya Kelantan terpilih juga selaku tuan rumah buat julung-julung kalinya. Ekoran pilihanraya umum yang diadakan Mei lepas, tilawah ini ditangguhkan dan akhirnya berjaya dilaksanakan di Kelantan dan berakhir malam semalam.
Saya rakamkan tahniah kepada kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Ustaz Dato Ahmad Yakob dan juga terima kasih kepada kerajaan pusat di atas kesediaan memberikan peluang kepada Kelantan. Sewajarnya sudah lama program sebegini diadakan di Kelantan, ini kerana di negeri inilah syariat al-Quran diberikan pertimbangan serius oleh kerajaan negeri untuk dilaksanakan.
Masyarakat Kelantan sejak dahulu lagi meminati al-Quran. Lihat sahaja siaran langsung di televisyen sepanjang majlis ini berlangsung, kehadiran melimpah ruah sehingga ada yang sanggup berdiri. Bukan sahaja pada malam perasmian bahkan malam-malam berikutnya. Malam semalam ketika keputusan diumumkan pula saya dimaklumkan kehadiran sehingga melimpah ke luar dewan. Paling menggembirakan ialah kehadiran terdiri daripada golongan muda yang datang memegang mushaf al-Quran menyemak bacaan qari dan qariah. Alhamdulillah, sambutan ini menunjukkan betapa minatnya golongan muda di Kelantan terhadap al-Quran. Inilah pembangunan rohani yang lebih mahal daripada pembangunan fizikal.
Saya juga menonton pengumuman keputusan pertandingan semalam dan sekalipun Kelantan tidak mendapat sebarang tempat sama ada dalam kategori Qari mahupun Qariah, saya yakin proses penghakiman dilaksanakan dengan telus dan jujur. Bahkan saya yakin, kebanyakan peminat majlis tilawah juga bersama-sama dengan saya meyakini proses penghakiman ini.
Banyak faktor yang menyebabkan rakyat yakin dengan penghakiman ini. Antaranya, tidak adanya blackout semasa proses pengiraan markah, para hakim pula tidaklah mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit dan boleh dibaca memihak kepada peserta tertentu yang bertanding. Peraturan dan pemarkahan pula jelas dan tidak bertukar-tukar di saat akhir dan paling penting, semua peserta mempunyai peluang yang sama untuk mempersembahkan bacaan. Tidak berlaku sesetengah peserta diberikan masa 20 minit manakala peserta yang lain hanya lima minit!
Alangkah baiknya jika semua pertandingan di Malaysia diadili setelus pertandingan tilawah peringkat kebangsaan ini. Sayangnya, ada juga pertandingan yang pada namanya sahaja sebuah pertandingan, tetapi diadili dengan penuh tipu muslihat yang menyebabkan hilangnya keyakinan umum kepada para pengadil.
Hari ini, setelah berlalunya peringkat membaca al-Quran, perlulah lebih serius untuk ke peringkat melaksanakan ajaran al-Quran. Pelaksanaan ajaran al-Quran inilah sewajarnya menjadi agenda utama kerajaan pada masa kini. Sayangnya, agenda ini tiada dalam ideologi selain Islam. Kepercayaan kepada hari kiamat, syurga dan neraka serta pahala dan dosa ini perlu dipupuk semula agar ia dapat menghindari rakyat dari melakukan jenayah.
Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik seorang pemuda yang datang memohon izin daripadanya untuk berzina. Sewaktu semua orang terkejut dan memarahi pemuda tersebut, Rasulullah SAW menggunakan pendekatan psikologi dengan bertanya adakah dia suka jika ibunya, kakaknya dan adik perempuannya dizinai oleh orang lain? Justeru, pemuda tersebut membatalkan niatnya ekoran pertanyaan yang dilontarkan oleh Rasulullah SAW. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA di dalam Musnadnya.
Akidah inilah yang perlu dipupuk. Ketakutan kepada Allah SWT melalui pemantapan syariat al-Quran di tengah masyarakat perlu ditekankan dengan lebih serius. Saya yakin, jika kita mampu untuk melaksanakan majlis tilawah berpuluh-puluh tahun lamanya, kita juga mampu untuk bergerak ke depan untuk mendaulatkan isi kandungannya.
Jika tidak, senario masyarakat tidak akan sampai ke mana. Justeru, betulkan pemikiran kita agar dengan itu akan betullah kehidupan masyarakat. Bayang-bayang yang betul lurus hanya akan terhasil melalui objek yang lurus!
Shah Alam : Dalam melahirkan ramai pelajar tahfiz, kerajaan negeri bercadang menubuhkan tiga buah Mahad Tahfiz Sains untuk rakyat negeri Selangor.
Tuanku DYMMM Sultan Selangor bersama MB dan Exco Selangor
Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa , Sallehen Mukhyi berkata, tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar menghafaz 30 Juzuk Al-Quran disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka.
Alhamdulilah sebahagian perancangan tersebut telah berjalan dengan lancar tetapi kita masih mencari tapak lokasi yang sesuai.
Menurut Sallehen, cadangan lokasi untuk membina Mahad Tahfiz dalam peringkat perbincangan dan keputusan mengenainya bergantung kepada kerajaan negeri untuk menentukan lokasi yang sesuai.
Beliau yang merupakan ADUN Sabak Bernam menambah lagi, setakat ini lokasi yang kita nampak Selatan Selangor Sepang dan persekitaran Selayang. Ia bergantung keputusan kerajaan negeri.
Untuk permulaan ini Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) Bagan Terap di jangka dalam tempoh setahun akan menjadi Mahad Tahfiz Sains yang akan menampung seramai 500 pelajar.
Sallehen bersama Pelajar Mahad Tahfiz
“Insya-Allah apabila (IKYS) bertukar menjadi Mahad Tahfiz Sains saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat 1,000 sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun lagi, dan yang penting mereka mampu menghafaz 30 Juzuk Al-Quran”, ujar Sallehen.
Selain itu, program yang dilaksanakan mampu menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah universiti milik kerajaan negeri dalam menyediakan program-program yang sesuai selepas pelajar berjaya menamatkan pengajian di Mahad Tahfiz Sains.
Jelas Sallehen lagi, jika pelan tindakan ini berjaya di laksanakan insya-Allah kita dapat menyediakan pelan pendidikan negeri Selangor untuk di kongsikan kepada semua rakyat dinegeri ini, katanya kepada pemberita selepas Majlis menziarahi Makam Diraja Kota Melawati bersama Tuanku DYMMM Sultan Selangor.
SHAH ALAM 14 Jun : Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mendedahkan laporan daripada sebuah Syarikat pembuat kereta telah menafikan laporan Utusan Malaysia pada 9 Jun bahawa harga setengah model kereta mereka telah diturunkan sehingga 11 peratus sebagai melaksanakan manifesto Umno-BN.
"Laporan akhbar pro-Umno itu menyatakan 10 model kereta telah turun harga sejak Januari tahun ini, menunjukkan Umno-BN terus mahu memperbodohkan rakyat", kata Nik Nazmi.
Menurut beliau syarikat pembuat kereta Volkswagen Malaysia dan Peugeot Malaysia telah menafikan bahawa harga kereta mereka diturunkan seperti yang didakwa di dalam laporan Utusan itu.
“Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia disamping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini,” kata Nik Nazmi dalam sidang media.
Jelas Nik Nazmi lagi, laporan Utusan itu mendakwa 10 model kereta termasuk Volkswagen, Peugeot, Proton dan Perodua telah diturunkan harga sebanyak 11 peratus.
Utusan mendakwa ini adalah bukti perlaksanaan janji manifesto Umno-BN yang diumumkan pilihanraya umum ke-13.
Semakan di laman sesawang Peugeot Malaysia mendapati harga bagi model 308 tidak berubah 15 Februari tahun ini. (http://www.peugeot.com.my/media/deliacms/media/10/1073-da3c60.pdf)
Iaitu RM 99,561.50 sebuah, tanpa insuran, tanpa cukai jalan, tanpa nombor plet dan tanpa fi berkaitan.
Keseluruhannya, harga atas jalanraya bagi kegunaan individu berserta insuran adalah RM 102,888.00, nilai yang sama Utusan dakwa diturunkan Kerajaan Persekutuan Umno-BN.
Percanggahan yang sama juga dikesan semasa menyemak harga bagi kereta Honda Jazz Hybrid. Wartawan kami menghubungi Honda Malaysia yang mengesahkan bahawa harga RM 89,900 itu tidak berubah sejak ia dilancarkan.
Manakala semakan di Volkswagen Malaysia mendapati harga bersih GOLF GTI tetap RM157,888 sebuah. Laman sesawang mereka tidak menyatakan bila laman kali terakhir laman itu dikemaskini.
Menurut laporan TheMalaysianInsider, laman facebook rasmi bagi Peugeot Malaysia tidak mahu dikaitkan dengan laporan Utusan tersebut.
Manakala laman facebook rasmi Volkswagen Malaysia berkata harga bagi GOLF GTI adalah RM 157,888 sejak ia dilancarkan.
“Laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat,” kata Nik Nazmi.
Menurut Nik Nazmi, apabila Pakatan mula melancarkan kempen #TurunkanHargaKereta, Umno-BN mendakwa bahawa mustahil untuk melaksanakannya.
Umno-BN memberi alasan bahawa ia tidak dapat dilaksanakan kerana mahu melindungi pembuat kereta tempatan di samping kerajaan akan kehilangan hasil.
“Akhirnya, selepas manifesto pilihan raya Pakatan dilancarkan, Umno-BN menyertakan penurunan harga kereta di dalam janji mereka dengan tekad menyemak semula Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus,” kata Nik Nazmi.
Beliau berkata, komitmen untuk menurunkan harga kereta oleh Umno-BN dibuat hanya selepas mereka menyedari betapa popularnya kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.
Namun sehingga ke hari ini kerajaan Umno-BN didakwa gagal mencari mekanisme untuk berbuat demikian tanpa menghapuskan kebergantungan kerajaan terhadap duti eksais.
“Malangnya kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais.”
Entah mengapa hati jadi sebak setiap kali melihat foto pimpinan Exco yang merupakan pimpinan PAS. Jiwa yang ketandusan ilmu, jiwa yang mencari arah hidup sebenar benar-benar tersentuh apabila menerima tazkirah daripada seorang
pimpinan yang merupakan murabbi. Hati begitu tersentuh mendengar dan membaca
coretan kata-katanya yang akan menjadi tatapan ana dalam mengharungi kehidupan yang banyak ujian dan mehnahnya..
Setiap kali berurusan dengan beliau hati jadi tenang mungkin kata-kata
nasihat seorang murabbi yang dianggap seorang ayah. Ya, mungkin ana rindukan kata-kata
nasihat seorang ayah kerana ana telah
kehilangan ayah sejak 6 tahun lalu. Bagi sahabat-sahabiah yang mempunyai ayah
ibu hargailah mereka selagi mereka hidup di dunia ini.
Y. B Sallehen Mukhyi, Ana lihat beliau
memang seorang yang tawadhuk. Kata-katanya seperti Tok Guru Nik Aziz..Lemah lembut tiap kata dan perbuatannya. Beginilah sikap para alim ulama. Beliau tidak pernah menghampakan setiap orang yang hadir
untuk berurusan dengannya walaupun tidak ada sebarang temujanji. Namun beliau
tetap meluangkan masa. Hal ini banyak kali berlaku pada ana yang sememangnya
ketika itu secara kebetulan ada urusan di SUK. Di hati ini sentiasa berdoa agar
Allah mudahkan urusan untuk bertemu dengan Exco-exco kerana untuk minggu
pertama perlantikan ana fikir memang agak sukar untuk bertemu dengan
sesiapa..ana serahkan urusan ini pada Allah SWT.
Dan secara tiba-tiba Y.B Sallehen ada depan ana baru selesai mesyuarat
Exco nampaknya. Kami bertemu depan Lif. Masya-Allah , terima kasih ya-Allah mendengar rintihan doa hambamu.
Terseyum Y.B Nampak ana dan sahabat-sahabat suarapakatan.. Alhamdulilah urusan ana dimudahkan untuk
bertemu dengannya untuk kerja-kerja yang diamanah setiap kali berada di SUK. Y.B tanya ana.. maaf ana nak tanya ni.. anti ahli PAS ke, kalau ahli tolong sms ana no ahli ya?? ana kalau boleh semua kakitangan yang dibawa masuk pejabat dan berurusan sebagai kakitangan biarlah orang yang fikrah untuk keselamatan. Ana jawab ya Y.B Ana ahli PAS. Ana tabik hormat pada Y.B sebab teringat semasa ana dibawah pengurusan Mantan Exco Agama Datuk Hasan Ali .. penat sungguh nak menasihatkannya.. untuk ambil kakitangan biarlah orang yang fikrah agar kita tidak di sabotaj oleh kakitangan. Dengan sikap degilnya itu akhirnya apa yang ana sangka memang terjadi. Kesian pun ada tapi apalah gunanya kalau kita kesian dekat orang tapi nasihat kita tak di pedulikan. Tahniah Y,B Sallehen..kerana ikut cara yang betul dalam membuat perlantikan kakitangan.
Pernah sekali pada jumaat lalu ana ke pejabat Exco untuk berurusan
dengan rakan media harakah. Beliau menjemput ana dan sahabat suarapakatan untuk
bersama di Pejabat JAIS sedangkan kami tidak ada sebarang temujanji dengan
beliau. Undangan ini satu penghormatan buat kami tetapi ana rasa terlalu kerdil
untuk bersama. Tetapi tidak sampai hati
untuk menolak jemputan tersebut. Entah mengapa hati ana ingin kenali murabbi ini lebih dekat lagi. Satu pertemuan telah diadakan dengan susun atur bersama editor. Kami buat wawacara mengenali hati insan ini lebih dekat lagi. Mengenali diri, keluarga dan perancangan kerja untuk rakyat sebagai Exco Selangor. Alhamdulilah tidak henti ana ucap syukur kepada Allah SWT kerana dimudahkan semua perancangan kerja ini.
Selepas urusan ana lihat insan ini siap siaga untuk ke Masjid Negeri
meraikan Sultan. Ketika itu beliau sempat tegur ana dan tersenyum. Katanya ana
nak ke Masjid. Anti nak ikut iring sultan? Ana tanya Y.B nak sampaikan tazkirah jumaat ke?? Lantaran itu Y.B
Kata Sultan ada lebih baik kita utamakan pimpinan. Kita orang bawah.. terkedu
ana mendengar kata-katanya. Ana dan beberapa orang excord Y.B seiring dalam lif..mati
kutu ana nak Tanya soalan tetapi Y.B masih Tanya berbagai soalan pada ana.
Lagi satu, masa anti di bawah pengurusan Datuk Hasan, bulan ramadhan majlis ilmu buat di mana??. Ana ingin perbincangan yang lebih.Moga kita dapat kerjasama untuk imarah majlis Ilmu.. Sudah pasti Y.B .. ana akan bantu mana termampu untuk imarah bulan ramadhan nanti. Tabik hormat sekali lagi untuk Y.B kerana sikapnya yang suka berkongsi pendapat. Tidak mengenepikan orang lain.
Memang benar kata Sahabat Editor Suarapakatan, daripada zaman kami muda
sikapnya tak pernah berubah. Beliau orang yang sangat rendah hati, mudah
berurusan dan tidak menghampakan orang lain. Kini beliau telah diangkat menjadi
pimpinan Exco bagi kerusi PAS. Sedikit sebanyak ana begitu teruja dengan
murabbi ini. Moga sikap rendah hati terus di kekalkan dalam jiwa murabbi ini.
Semalam, Imam Masjid Taman Amaniah SMS ana, " Anti mudah ke urusan dengan Utz Sallehen??". ana jawab setakat ini memang mudah alhamdulilah. Imam : Erm, tolong ana jemput Utz Sallehen sebagai Imam solat jumaat. Rindukan ilmunya. Untung orang yang dekati dan amalkan ilmunya. ana : wah.. ramai sangat yang kata begitu tentang utz Sallehen. Tentu hebat Utz ni. Sememangnya ana tidak berkesempatan mendengar tazkirah dalam majlis ilmunya. Sure utz, boleh tapi tolong buat surat formal jemputan exco agama ya. insya-Allah ana tolong sampaikan. Interested betul ana ingin mendengar kuliah Utz Sallehen.. sebab posting ana dalam fb telah ramai yang respond positif..ramai yang cakap rindukan tazkirah dan kuliah utz.. harap ana diberi kesempatan mendengar kuliahnya.
Maka dengan itu, sedikit kata nasihatnya untuk kita kongsi bersama untuk
muhasabah diri.. renungilah teman..
Wahai Anak-anakku, andai hidup ini akan berakhir dengan PANGKAT, JAWATAN
dan KEDUDUKAN, bolehlah kamu FITNAH orang lain dengan Liwat, Zina dan
sebagainya. Bahkan kamu boleh menggunakan kecanggihan dunia hari ini dengan
buatkan video seks lantas kamu mengatakan itu adalah orang yang kamu akan
jatuhkan kredibiliti dengan niat memalukan mereka lalu kamu sebarkan dan suruh
orang lain menonton video tersebut. Namun anak-anakku, kita semua akan dimatikan oleh Allah, kita akan
dibangkitkan semula setelah dari mati dan destinasi terakhir kita sama ada
syurga atau neraka.
Justeru, andai kamu punya PANGKAT, JAWATAN dan
KEDUDUKAN, semua itu bukalah Tasyrif (Kemuliaan) tetapi adalah Taklif
(Tanggungjawab). Kita akan ditanya oleh Allah. mungkin selamat mungkin tidak.
Oleh itu anak-anakku, belajarlah untuk menghormati sesama insan. Dahulukanlah
kemaafan dan kasih sayang, sayangilah para Alim Ulama, ciumlah tangan mereka,
jangan dihina mereka. Semakin tinggi jawatan kamu, semakin merendah di hadapan
Allah dan orang yang beriman. Moga kalian semua akan menjadi pemimpin yang baik.
Wahai Anak-anakku, moga satu hari nanti kamu semua akan menjadi pemimpin
yang, baik, yang amanah, tidak sombong dan sentiasa mencari Keredhaan dan
Keberkatan Allah dalam tiap urusan. Ketahuilah anak-anakku bahawa kehidupan ini
sementara jua. Bersegeralah mohon kemaafan andai ada melakukan kesalahan sesama
manusia, sebelum nyawa dicabut. Peganglah sungguh-sungguh peradaban insaniah,
jauhilah fitnah, kata nista, adu domba, kata-kata lucah dan segala amalan yang mendatangkan
murka Allah. Sentiasalah bersama para Alim Ulama, jangan hina dan caci mereka
sebaliknya kasihilah mereka, terimalah teguran mereka dan kasihilah kedua
ibubapa kalian, doakan dan bacakan Al-Fatihah buat mereka.
Anak-anak ku, Tiap-tiap ayat ayat Al-Quran yang keluar dari mulutmu
seawal waktu subuh serta mengakhiri kehidupan malam, pastinya akan menjadikan
mata dan hati ibubapamu sejuk. Anak-anakku, biarlah sekalipun kita miskin harta
namun jangan sekali kita miskin hati budi dan akal, bair sekalipun kita
terpaksa menahan kelaparan namun kita punya kesabaran dan ketenangan. Jadilah
anak yang baik, moga Allah Rahmati hidup kita. Alfatihah buat ibubapa kita sama
ada yang masih hidup atau yang telah pergi mengadap sang Pencipta.
Suara Editor : Terima kasih Ya-Allah kerana temukan hambamu dengan orang yang solih dalam memperbaiki diri dan iman.