Thursday, June 13, 2013

Kerajaan Negeri Cadang Tubuh 3 Mahad Tahfiz Sains - Sallehen Mukhyi

Shah Alam : Dalam melahirkan ramai pelajar tahfiz, kerajaan negeri bercadang menubuhkan tiga buah Mahad Tahfiz Sains untuk rakyat negeri Selangor.

 Tuanku DYMMM Sultan Selangor bersama MB dan Exco Selangor
Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa , Sallehen Mukhyi berkata, tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar menghafaz 30 Juzuk Al-Quran  disamping itu  pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi  akademik mereka.

Alhamdulilah sebahagian perancangan tersebut telah berjalan dengan lancar tetapi kita masih mencari tapak lokasi yang sesuai.

Menurut Sallehen, cadangan lokasi untuk membina Mahad Tahfiz dalam peringkat perbincangan dan keputusan mengenainya bergantung kepada kerajaan negeri untuk menentukan lokasi yang sesuai.

Beliau yang merupakan ADUN Sabak Bernam menambah lagi, setakat ini lokasi yang kita nampak Selatan Selangor Sepang dan persekitaran Selayang. Ia bergantung  keputusan kerajaan negeri.

Untuk permulaan ini Institusi Kemahiran Yayasan Selangor   (IKYS) Bagan Terap di jangka dalam tempoh setahun akan menjadi Mahad Tahfiz Sains yang akan menampung seramai 500 pelajar.
Sallehen bersama Pelajar Mahad Tahfiz 

“Insya-Allah apabila (IKYS) bertukar menjadi Mahad Tahfiz Sains saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat 1,000 sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun lagi, dan yang penting mereka mampu menghafaz 30 Juzuk Al-Quran”, ujar Sallehen.

Selain itu, program yang dilaksanakan mampu menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah universiti milik kerajaan negeri dalam menyediakan program-program yang sesuai selepas pelajar berjaya menamatkan pengajian di Mahad Tahfiz Sains.

Jelas Sallehen lagi,  jika pelan tindakan ini berjaya di laksanakan insya-Allah kita dapat menyediakan pelan pendidikan negeri Selangor untuk di kongsikan kepada semua rakyat dinegeri ini, katanya kepada pemberita selepas Majlis menziarahi Makam Diraja Kota Melawati bersama Tuanku DYMMM Sultan Selangor.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI