Sunday, May 12, 2013

PRU13 Jelas Rakyat Tolak UMNO


Rakyat sudah menolak kepimpinan Umno / Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13.

Data yang dikeluarkan SPR, daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN. 

Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat tidak mustahil penolakan lebih besar berlaku pada PRU 14. Bagi kami, rakyat boleh menerima kekalahan jika ianya dimainkan atas ‘padang yang sama rata’ tanpa ada unsur ‘berat sebelah’ dan ketelusan keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh rakyat.

Kami berkeyakinan anak muda yang memberikan sokongan kepada PAS / Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 13 ini akan terus memberikan sokongan pada PRU 14 yang akan datang.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata PR harus melipatgandakan usaha memberikan kesedaran kepada generasi muda untuk mendaftar sebagai pemilih dan memberi kesedaran untuk berubah kepada mereka. 

“Anak muda perlu bangkit dengan kesedaran pada PRU 14 akan datang dan bukannya menyerahkan apa yang berlaku pada PRU 13 ini sebagai ‘pematah semangat’ bagi memberikan kesedaran kepada rakyat yang selama ini ‘ditipu’ dengan tipu daya semata-mata.

“Tidak ketinggalan juga tahniah kepada kepimpinan PAS / PR amnya dan ada diantara mereka pimpinan muda khasnya yang telah diberikan mandate oleh rakyat. Kekuatan dalam PAS / PR akan memberikan semangat kepada rakyat yang selama ini memberikan sokongan bagi memastikan Umno / BN akan tumbang juga kelak. Kami seru, jom anak muda kita bangkit mempertahankan maruah Negara kita yang selama ini dicemar dengan kronisme dan korup yang perlu dipulihkan oleh rakyat!” katanya dalam satu kenyataan.



Kem Mahabbah Mentor Mentee Bantu Pelajar Bersifat Kepimpinan



Gombak,  13 Mei : Kem Mahabbbah Mentor Mentee EMAS SERI Al-Huda siri ketiga akan diadakan pada Julai, 2013.


AJK,BAKA Hajah Rusnani Nasir berkata,  Alhamdulilah Kem Mahabbah Mentor Mentee Emas yang berlangsung pada 23 Mac  lalu hampir 100 pelajar dari tahun 3 sehingga 6 telah mengikutinya.

Dengan mendapat kerjasama semua pihak, pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan siri kedua pada 7 April dan siri ketiga akan berlangsung pada 7 Julai, 2013 ‘Kuliyyah of Education’ Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Menurut Rusnani, program ini merupakan satu program usahasama di antara Kelab Titian Wahyu UIAM dengan BAKA Seri Al Huda, dan merupakan program pertama bagi tahun 2013 di bawah projek EMAS Kelab Titian Wahyu di bawah bimbingan CENSERVE UIAM. Pelajar-pelajar UIAM yang merupakan ahli-ahli Kelab Titian Wahyu bertindak sebagai mentor atau pembimbing bagi pelajar-pelajar Seri Al Huda yang berada di tahun 3, 4 dan 5.

Jelas beliau lagi,  selain pelajar diberikan berbagai slot, ibubapa juga diberikan sesi taklimat   oleh pihak Kelab Titian Wahyu dan ucapan oleh Profesor Madya Dr. Omar bin Zakaria selaku Pengerusi BAKA, ujarnya.

Sementara itu, Guru Besar Seri Al Huda, Hajah Surayah Sarit pula berkata, alhamdulilah program Mentor Mentee yang diadakan setiap tahun untuk pelajar tahun 3 sehingga 6 mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan ibu bapa .

Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik di sepanjang program antaranya aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat bekerjasama dan sifat kepimpinan yang perlu ada dalam diri pelajar, aktiviti riadah seperti ‘explorace kids’ dan permainan bermodul, skil komunikasi, qiamullail, persembahan berkumpulan dan sebagainya.

Saya berharap projek EMAS ini akan terus mendapat sokongan dan sambutan daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar Seri Al Huda dan mencapai objektif dan matlamat yang digariskan, kata Surayah kepada media. 

Editor : Khaulah Azwar

Saturday, May 11, 2013

UMNO Janji Apa, Janji Macam-macam tapi rakyat menderita



Pilih UMNO Masuk Angin Keluar ASAP..



Khas untuk semua rakyat yang telah menyokong UMNO.. pagi ni jom ketawa ramai-ramai.. bagi keluarga mereka yang ada sokong umno lagi molek bagi  lagu seniman P.Ramlee ini untuk depa.

Sempena hari ibu UMNO bg hadiah istimewa, harga gas naik RM2 satu tong; gula naik RM0.40 sen;minyak masak naik ; Telur Ayam sudah naik, so bela ayam sendiri amik telornya..kalau di kedai semua berkira sebab harga dah naik.. GST untuk semua restoran 6% (Bila dah naik jangan berkira bawa ibu keluar makan luar hari ini sempena hari ibu,.). AES, tol telah dikenakan kepada rakyat.

Semua barang sudah naik. So bila masuk dapur jangn merungus sebab anda yang pilih UMNO/ BN (BARANG NAIK)..

Terima kasih UMNO kerana utama rakyat dengan bebankn rakyat.UMNO memang kaki temberang,  orang melayu terus kena tipu.air di felda di potong hari ini ..ha.ha

HANCUR UMNO


Friday, May 10, 2013

MB Selangor Kekal Tan Sri Khalid Ibrahim


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.
Kekal MB Selangor tahun ke2, Tan Sri Khalid

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu.

Berdasarkan nama itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah bersetuju melantik Khalid untuk meneruskan perkhidmatannya, maka Khalid dipilih.

Tengahari tadi, Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan cara perlantikan ini kerana ia tidak melalui prosedur mesyuarat.

Namun beliau menafikan akan meletakkkan jawatannya dalam parti atau ADUN dan anggota Parlimen sebagaimana disebarkan sebelum ini.

Beliau menyifatkan ianya sebagai kerja-kerja Umno.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk bersetuju perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.


Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Saifudin.


Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua. 

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.


Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

Kerajaan Selangor PR Bantah PRU13


SHAH ALAM 11 MEI : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bertekad membuat bantahan terhadap kekalahan calonnya dalam keputusan Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata adalah wajar membawa ke mahkamah kerana calon PR yang kalah itu hanya dengan majoriti sedikit.

“Kita tidak ganggu pembentukan kerajaan tetapi di Selangor yang saya tahu kami mahu tuntut kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Selangor.

” Di Parlimen Sungai Besar kita kalah dengan hanya mojoriti 399 undi manakala di Kuala Selangor kita kalah dengan 460 undi sahaja,” katanya dalam ucapannya di Majlis Kesyukuran kemenangan Pakatan Selangor, di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak mengenal pasti nama-nama pengundi ragu di kawasan itu.

“Jika ada bukti terdapat pengundi ragu atau wang diberikan untuk mengundi, maka kita bawa kes ini ke mahkamah, kita cabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata PRU13 lalu disifatkan sebagai ‘tsunami orang muda’ dan ‘tsunami orang cerdik’.

Ia kerana dakwanya, gabungan itu berjaya menyatupadukan semua kaum tidak mengira usia.

” Utusan ada siarkan berita ‘apa Cina mau’? Kita mahu ubahlah. Semua kaum mahu ubah.

” Kita menang majoriti besar, bukan sahaja orang Cina sokong kita, tapi semua kaum sokong kita,” katanya.



Himpunan Blackout 505-Ucapan Pimpinan PR

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI