Sunday, May 12, 2013

PRU13 Jelas Rakyat Tolak UMNO


Rakyat sudah menolak kepimpinan Umno / Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13.

Data yang dikeluarkan SPR, daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN. 

Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat tidak mustahil penolakan lebih besar berlaku pada PRU 14. Bagi kami, rakyat boleh menerima kekalahan jika ianya dimainkan atas ‘padang yang sama rata’ tanpa ada unsur ‘berat sebelah’ dan ketelusan keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh rakyat.

Kami berkeyakinan anak muda yang memberikan sokongan kepada PAS / Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 13 ini akan terus memberikan sokongan pada PRU 14 yang akan datang.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata PR harus melipatgandakan usaha memberikan kesedaran kepada generasi muda untuk mendaftar sebagai pemilih dan memberi kesedaran untuk berubah kepada mereka. 

“Anak muda perlu bangkit dengan kesedaran pada PRU 14 akan datang dan bukannya menyerahkan apa yang berlaku pada PRU 13 ini sebagai ‘pematah semangat’ bagi memberikan kesedaran kepada rakyat yang selama ini ‘ditipu’ dengan tipu daya semata-mata.

“Tidak ketinggalan juga tahniah kepada kepimpinan PAS / PR amnya dan ada diantara mereka pimpinan muda khasnya yang telah diberikan mandate oleh rakyat. Kekuatan dalam PAS / PR akan memberikan semangat kepada rakyat yang selama ini memberikan sokongan bagi memastikan Umno / BN akan tumbang juga kelak. Kami seru, jom anak muda kita bangkit mempertahankan maruah Negara kita yang selama ini dicemar dengan kronisme dan korup yang perlu dipulihkan oleh rakyat!” katanya dalam satu kenyataan.



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI