Monday, September 17, 2012
Dengar Video Ni, Kita Recharged Semangat Juang Demi Mu Ya Rasulullah SAW
Salam juang buat semua umat islam yang cintakan kebenaran, cintakan Nabi Muhammad SAW, ayuh kita sama-sama pertaruhkan masa, kebenaran, maruah islam yang telah di pijak-pijak oleh laknatuallah.
Insya-Allah, seluruh negara akan buat bantahan secara besar - besaran. Di Malaysia, kita akan berhimpun di Keduataan Amerika pada tarikh berikut.
Tarikh : 21hb September, 2012 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Semua peserta dibenarkan membawa sepanduk bantahan terhadap Amerika.
Kami tidak rela Islam dihina, kami tidak rela Kekasih hati kami dicerca..
يا رسول الله يا رسول الله
Duhai Rasulallah Duhai Rasulallah
فداك نفسي و دمي
Jiwa dan darahku menjadi tebusanmu
و أبي و أمي
Juga ayah dan ibuku
و أهلي و ولدي
Serta keluarga dan anak-anakku
و كل مالي
Seluruh hartaku
و ما خولني ربي
Dan segala yang dianugerahkan Tuhanku
إن دمائنا و أرواحنا و أولادنا و حياتنا
Sesungguhnya darah, jiwa, anak-anak dan hidup kami
ترخص أمام كرامة رسول الله
Begitu murah di hadapan kemuliaan Rasulullah
و عرض رسول الله شرف رسول الله
Kehormatan Rasulullah dan keagungan Rasulullah
و الله على ما نقول شهيد
Allah Mahamenyaksikan atas yang kami ucapkan
و دماء شهدائنا تشهد
Darah para Syuhada kami juga menyaksikan
و جراح جرحانا تشهد
Luka-luka prajurit kami juga menyaksikan
و بيوتنا المهدمة تشهد
Rumah-rumah kami yang hancur juga menyaksikan
ما دام فينا دم لن نسكت عن إهانة نبينا
Sepanjang hayat di kandung badan, kami takkan diam dari penghinaan atas Nabi kami
و سيبقى الصوت عاليا
Dan suara kami akan lantang menyeru:
لبـــــــيــــــــك يا رســـــــــــــــــــول الله
Kami datang menyambut panggilanmu wahai Rasulullah
Sah PRK Kampus Bukti ada Campur Tangan Politik Luar
Gombak, 18 Sept : Lebih 800 mahasiswa berarak dan
berkumpul dari Masjid Jamek ke perkarangan pusat membeli belah Sogo bagi
menyatakan tuntutan kepada KPT untuk melaksanakan enam tuntutan ‘Deklarasi
Mahasiswa’.
Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh
pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus,
pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus
dan peruntukan dana kepada calon, kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SMM), Mohd Safwan Anang.
Menurut Safwan, rata-rata mahasiswa sudah
menjangka penetapan tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) secara serentak pada 20
dan 25 September ini membuktikan wujudnya campurtangan ‘orang politik’ sebelum
ini benar.
Dakwaan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail 20 Jun bahawa terdapat satu konspirasi PRK yang dipanggil ‘OPS
2020′.
Dokumen ini didakwa mengandungi penlibatan
beberapa agensi kerajaan seperti polis dan Biro Tata Negara (BTN) yang akan
menetapkan bila tarikh PRK ini akan berlangsung.
Bagaimanapun hasrat Saifuddin untuk membahaskan
perkara ini di parlimen tidak dihiraukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk
Seri Khaleed Nordin.
Ujar Safwan, langkah ini jelas, menghakis kuasa
autonomi kampus dan sepatutnya tidak perlu campurtangan orang luar.
“Sepatutnya tidak pernah berlakunya tarikh
pilihan raya kampus secara serentak di kebanyakkan kampus. Sekarang mengejutkan
kita.
“Sekarang KPT umumkan pilihan raya berjalan
serentak cuma beberapa kampus berlangsung pada tarikh lain,” katanya ketika
dihubungi media.
Jelasnya, PRK sepatutnya berlangsung pada Mac
atau April namun ditangguh sehingga pengumuman tarikh dibuat oleh KPT.
“Kami rasakan mengapa setiap kali PRK mesti
timbul isu universiti tidak mengumumkan tarikh berkenaan lebih awal.
“Bayangkan setengah universiti diberi masa dua
minggu untuk membuat persediaan. Jadi sebab itulah kita turun untuk menuntut
enam tuntutan,” katanya.
Tarikh pilihan raya ini sepatutnya dimasukkan
terus dalam jadual tahunan dan bukannya membuatkan mahasiswa tertanya-tanya
mengenainya, kata Safwan.
Editor : Khaulah Azwar
Wawacara Pelajar Cemerlang Unisel, Sufi Habibullah Roslan :
Nama : Sufi Habibullah Bin Roslan
Nama Ibu : Habsah Binti Mustapha
Pekerjaan Ibu : Suri Rumah
Nama Ayah
: Roslan Bin Sabri
Pekerjaan Ayah : Kerja Sendiri (Perniagaan)
Adik-beradik : 6 orang
Terima Pendidikan : RENDAH:
Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (2) Kuala Lumpur
MENENGAH: Sek. Men. Keb Jln Cochrane, Kuala Lumpur
Sek. Men Engku
Hussain, Semenyih
Sek. Men. Teknik Kajang, Selangor
Pendidikan IPT : Universiti Selangor (Unisel)
Keputusan UPSR : 3B, 2C
Keputusan PMR : 2A, 3B, 3C
Keputusan SPM : 4B, 4C, 1D, 2E
Keputusan CGPA Unisel :
3.29/4
Prinsip Mencapai Kejayaan :
“Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang”. Fokus
sepenuhnya dalam pelajaran.
Utamakan pelajaran dan kurangkan membuang masa kerana masa
sangat terhad. “Masa itu emas. Walaupun keputusan SPM tidak membrangsangkan,
tetapi saya tidak mengalah dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan.
Menerima anugerah :
Anugerah Dekan Ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal 2011/2012
: Anugerah
Pingat Emas dari Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM)
Sufi Habibullah merupakan salah
seorang pelajar cemerlang di UNiSEL. Beliau memperolehi keputusan dalam
bidang kejuruteraan.
Anak ke 6 dari
pasangan Pn. Habsah Mustapha dan En. Roslan Sabri ini selain cemerlang dalam
pelajaran juga amat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
Ikuti wawacara wartawan Dimensi, Khaulah Azwar bersama Adik
pintar ini bagi menyingkap kejayaan beliau untuk di kongsi bersama.
Sufi Habibullah Bin Roslan berasal dari
keluarga yang sederhana dan mempunyai 6 org adik beradik. Bapa beliau berkerja sendiri dan mempunyai syarikat kecil iaitu safety
utama.
Dimensi: Sebelum ke sekolah
berasrama Penuh , adik mendapat pendidikan rendah di mana?
Sufi
Habibullah Bin Roslan : Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2, Kuala lumpur
Dimensi: Bagaimanakah
dengan kegiatan ko-kurikulum, adakah adik aktif dalam ko-kurikulum?
Sufi Habibullah Bin Roslan : Ketika
zaman Sekolah Rendah, saya sangat aktif bersukan dan pernah dinobatkan sebagai
olahragawan. Begitu juga dengan Sekolah Menengah.
Di peringkat universiti, pula
saya selalu mengikut kelab aventure mountain unisel dan juga menyertai aktiviti
paintball.
Dimensi : Adakah adik pernah memasuki
mana-mana petandingan Kelab / Persatuan peringkat Sekolah/IPT di Negeri/Kebangsaan ?
Sufi Habibullah Bin Roslan : Ketika sekolah
dahulu pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak, sepak takraw,
bola baling dan juga kawad kaki.
Dimensi: Adakah adik pernah
terlibat dalam pemidato sekolah, IPT sehingga ke peringkat negeri Selangor?-
Sufi Habibullah Bin Roslan: Tidak
Dimensi: Bagaimanakah cara
adik memberi tumpuan kepada pelajaran sedangkan dalam masa yang sama aktif
berpersatuan? –
Sufi Habibullah Bin Roslan: Pandai membahagikan masa. Fokus dalam
melakukan sesuatu dengan baik tanpa membuang masa.
Dimensi: Tetapi pelajar
lain yang di asrama mungkin tidak seperti adik, susah tumpukan pelajaran
apabila banyak aktiviti luar.
Sufi Habibullah Bin Roslan : Bagi
saya Ia bergantung kepada sikap seseorang itu sendiri. Jika betul-betul mahu
kan yang terbaik haruslah bijak menguruskannya dan paling utama perlu memberi
fokus.
Dimensi: Adakah adik
menyertai ‘study group’ bersama kawan-kawan? –
Sufi Habibullah Bin Roslan
: oh kadang-kadang, ya kadang-kadang tidak. Saya lebih suka belajar
bersendirian dahulu dalam keadaan yang sunyi sepi tanpa gangguan bagi
memudahkan untuk fokus. Apabila saya dah memahami yang dipelajari barulah saya
menyertai ‘study group’ bagi membantu rakan-rakan yang lain.
Dimensi: Adakah adik setuju pelajar lemah perlu dalam group
yang lemah juga? –
Sufi Habibullah Bin Roslan : Oh
tidak bagi saya itu satu tanggapan yang salah. Semua pelajar perlu bantu
membantu tidak kira lemah ataupun tidak . Ini dapat membantu mereka untuk
mempertingkatkan diri dan tidak berasa diri mereka terlalu lemah.
Dimensi: Adakah kaedah
menghafal sesuai digunakan untuk
menjawab soalan peperiksaan? –
Kaedah menghafal mungkin sesuai
bagi menguatkan memori ingatan seseorang dalam pelajaran. Apabila menghafal ia
akan mengingat apa yg dipelajari. Tetapi haruslah memahami dahulu sebelum menghafal.
Dimensi: Adakah guru-guru,
penysarah banyak membantu adik?
Sufi Habibullah Bin Roslan:
Oh sudah tentu, mereka merupakan sumber insiprasi saya dan banyak
memberi saya didikan dan tunjuk ajar yang sangat berguna. Saya tidak akan
lupakan jasa baik mereka.
Dimensi: Wujudkah masalah
moral di asrama penuh ? –
Sufi Habibullah Bin Roslan : Pengalaman
saya tinggal di asrama sekolah teknik terdapat segelintir juga yang mempunyai
masalah moral. Mereka terlalu terikut-ikut budaya terkini yang tidak elok
hingga terbawa-bawa ke asrama.
Dimensi: Boleh adik bagi nasihat kepada
rakan-rakan yang bermasalah ini?
Sufi Habibullah Bin Roslan : Janganlah
terlalu mengikutkan perasaan dan janganlah mudah terpengaruh dengan budaya-buday
yang tidak sihat.
Dimensi: Adakah adik
bersetuju siapa yang masuk sekolah asrama penuh pasti berjaya dalam pelajaran ?
Sufi Habibullah Bin Roslan : Oh
tidak juga, bagi saya semuanya
bergantung pada sikap individu masing-masing. Mereka harus bijak memikirkan
mana yg terbaik untuk mereka.
Dimensi: Apa komen adik
tentang sekolah berasrama penuh? –
Sufi Habibullah Bin Roslan:
Pendapat saya sekolah berasrama
penuh agak bagus kerana dapat membentuk jati diri seseorang pelajar hidup
bedikari. Tetapi pihak sekolah harus lah bijak memainkan peranan untuk
membentuk pelajar-pelajar yang cemerlang.
Dimensi: Bagaimana pula
dengan kawan-kawan. Apakah kawan memberi pengaruh dalam kehidupan dan
pelajaran?
Sufi Habibullah Bin Roslan: Ya bagi saya kawan-kawan merupakan pengaruh yang sangat besar
dalam kehidupan dan pelajaran. Jadi pelajar haruslah bijak memilih kawan kerana
remaja sekarang sangat mudah terpergaruh dengan kawan-kawan.
Dimensi: Apakah adik ada amalan atau ibadah harian
tertentu terutama menjelang peperiksaan untuk dikongsi bersama rakan-rakan?
Sufi Habibullah Bin Roslan : Ada
senantiasa bersolat lima waktu dan kerap melakukan solat hajat agar
dipermudahkn segalanya. Yang paling penting sekali haruslah mendapat berkat
daripada ibubapa dahulu sebelum menduduki peperiksaan.
Dimensi: Apa cita-cita masa hadapan
adik?
Sufi Habibullah Bin Roslan :
Cita-cita saya ingin menjadi seorang jurutera yang bertauliah dan professional.
Boleh adik bagi pandangan tentang campur tangan
Kerajaan Pusat pada UniSel. Penarikan PTPTN yang dilakukan Menteri
Pendidikan kepada UniSEL dan KUIS? Apakah komen adik kerana PTPTN amat penting
bagi membantu para pelajar yang tidak mampu.
Sufi Habibullah Bin Roslan:
Sebagai bekas pelaja uniselr, bagi saya PTPTN tidak seharusnya dibekukan
untuk pelajar baru unisel.
Ini kerana akan membebankan
banyak pihak terutamanya pelajar-pelajar baru. Apa yang saya dapat lihat baru-baru
ini ramai pelajar baru unisel yang merungut tentang isu pembekuan PTPTN ini.
Mereka menjadi bimbang untuk
meneruskan pengajian kerana purata daripadanya bergantung pada PTPTN untuk
membayar yuran.
Saya sendiri pun bergantung pada
pinjaman PTPTN untuk membayar yuran sepenuhnya.
Pada pendapat saya, isu
pendidikan ini tidak seharusnya dijadikan isu politik. Ini kerana menyebabkan
pelbagai tanggapan orang luar mengenai imej sesuatu universiti yang dipolitik
kan.
Perkara ini tidak seharusnya
timbul kerana yang menjadi mangsa adalah semua pelajar universiti yang tidak mengetahui tentang
kemelut pihak tertentu.
Justeru, daripada situ banyak
tanggapan-tanggapan negatif yang timbul mengenai isu ini.
Pandangan Adik, tentang perkembangan UniSEL di
bawah pengurusan Pakatan Rakyat semenjak Universiti ini di urus?
Pada pendapat saya, semenjak
Unisel di bawah pengurusan Pakatan Rakyat terdapat banyak juga perubahan yang
telah dilakukan. Terutama sekali sistem pengurusan unisel menjadi semakin
teratur berbanding dengan yang dahulu.
Banyak juga pencapaian-pencapaian
cemerlang pelajar dalam mewakili universiti dalam pelbagai pertandingan.
Editor : Khaulah Azwar, alhamdulilah tahniah buat adikku sufi, moga Allah berkati usahamu. teruskan tahabat. Rindukan perjuangan di Unisel.
Doa Syifa Untuk Pembuka Apa Yang Tertutup
Sedikit ilmu untuk kongsi bersama, bagus diamalkan untuk :
1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup, dan banyak lagi.
Saturday, September 15, 2012
Himpunan Sejuta Ummat Jumaat Depan, Demi Islam Mati Ku Rela
BATU CAVES : Lebih 200 orang berkumpul di Masjid Amaniah, Batu
Caves di sini bagi menyatakan bantahan terhadap penerbitan filem
‘Innocence of Muslims’ yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Perhimpunan itu juga mengesa Amerika Syarikat menarik balik
penayangan dan mengenakan tindakan tegas terhadap pengarah Sam Bacile
yang mengambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang hina, lemah dan
gila seks.
“Kita memberikan tempoh seminggu kepada Amerika agar menarik semula
filem berkenaan. Jika gagal berbuat demikian kita akan berkumpul di
hadapan kedutaan mereka Jumaat hadapan. Sebarkan kepada semua umat
Islam,” tegas Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil
yang mengetuai bantahan.
Jelasnya, perkara ini menunjukkan isyarat jelas agar umat Islam
bangkit untuk mempertahankan Rasulullah SAW dan menentang musuh Islam
terutama Amerika Syarikat.
Turut bergema laungan ‘Allahuakhbar’, ‘Hidup Islam’ dan ‘Hancur
Yahudi’ selain beberapa sepanduk ‘Kami Akan Mempertahankan Rasulullah’.
Selain di Selangor dan Kuala Lumpur, bantahan turut dibuat oleh
Pemuda PAS di Pahang bertempat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan,
Masjid Negeri Ipoh (Perak), Masjid Permatang Jaggus (Pulau Pinang),
Masjid Rusila (Terengganu), Masjid Al-Azim (Melaka) serta di Kedah,
Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Turut hadir sama, Penyelaras DUN Gombak, Salehhuddin Mohd Nasir Ketua
Penerangan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Noor dan Ketua Pemuda PAS Wilayah
Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.
Beliau menambah, pihaknya juga tidak bersetuju dengan tindakan ganas
sepertimana yang berlaku di Libya sehingga menyebabkan duta negara
Amerika Syarikat ke negara itu, Chris Stevent terbunuh.
“Kita tidak menyokong keganasan sehingga mengorbankan nyawa mereka
yang tidak bersalah. Kita juga mahu Amerika menarik balik semua hasrat
untuk menghantar tentera ke Libya bagi menjejaki individu yang terlibat
dalam serangan di kedutaan mereka kerana dikhuatiri keadaan lebih teruk
akan berlaku,” katanya.
Pertengahan minggu ini menyaksikan berlakunya demonstrasi besar di
kedutaan Amerika Syarikat di Mesir oleh penunjuk perasaan yang tidak
puas hati dan dijangkakan perkara ini akan diteruskan di seluruh dunia
Islam dalam masa terdekat.
Dalam tunjuk perasaan di Kaherah, berpuluh-puluh orang memanjat
dinding kedutaan, menurunkan bendera Amerika Syarikat dan
menggantikannya dengan bendera hitam tertulis dua kalimah syahadah.
Menurut Khairul, pada Jumaat minggu depan, pihaknya akan menggerakan
satu perhimpunan besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di
Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan serius terhadap penghinaan ini.
Editor : Khaulah Azwar.
Recharged : Semangat Juang, Status Kesihatan Opah
Blog ana, jarang sekali diluahkan apa yang berlaku dalam hidup ini, banyak ana lakarkan kongsi kemelut-kemelut negara, politik, tazkirah.
Minggu ini, minggu imtihan (Ujian) sedikit sebanyak ana, minta laluan kepada semua akhwat untuk kongsi bersama, suka duka seorang pejuang.. (Layakkah ana mendapat gelaran itu??)
Alhamdulilah, setelah opah (Cikgu Ana dibangku sekolah) kembali sihat daripada pembedahan hempedu. 2 Minggu opah terlantar di hospital. Berulang alik juga ana ke Hospital walaupun tidak dapat infaq sepenuh masa kerana ada tugas lain juga untuk dilaksanakan.
Namun, ana bersyukur Allah telah mentarbiyahkan diri ini pembahagian masa yang telah ana lakukan semenjak di bangku sekolah lagi esp di bumi SMVPR.. Bumi yang banyak menyimpan sejarah kejayaan, kehidupan, suka dan dukanya..
Memang terkejut pada khamis baru-baru ni, ana tak dapat ziarah opah sebab urusan penting yang tak dapat dielakkan. Malamnya memenuhi undangan jemputan Aidilfitri JKP Zon 13 dan 14. Hujan sangat lebat namun orang ramai tetap membanjiri majlis ukhwah fillah tanpa kira bangsa dan agama. Alhamdulilah..
Kira-kira majlis habis 12 malam, ana bersama emak, adik, anak-anak buah ana balik rumah. Terus capai bahan untuk masak agar-agar opah. Kesian opah tak makan nasi sejak masuk Hospital.
Tentu badan opah lemah hanya bergantung masuk air yang diberikan Doktor. Beri makan ubat, opah akan muntah (spesis macam ana je).. hampir jam 1 pagi selesai urusan di dapur..harap terbuka selera opah esok.
Sebelum tidur mengaji seketika mencari kekuatan iman yang lemah..
Sebelum tidur mengaji seketika mencari kekuatan iman yang lemah..
14/9/2012 : Waktu sangat berharga buat ana, pagi selepas hantar nana, bertemu kekasih hati (Solat Dhua) perlu di utamakan sebelum bertemu dengan sahabat2 di Taqwa Restoran.
Perbincangan kerja, isu-isu semasa dan macam2 yang perlu dikongsi bersama. Tanpa kawan hidup terasa sepi, indahnya berukhwah jika semua kerana Allah.
Perbincangan kerja, isu-isu semasa dan macam2 yang perlu dikongsi bersama. Tanpa kawan hidup terasa sepi, indahnya berukhwah jika semua kerana Allah.
9.30am mulakan tugas perang pena, bantu adik2 edit surat kepada PKM untuk mesyuarat bersama Majlis perbandaran Selayang, Pejabat Tanah, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya untuk perbincangan tanah di Gombak. (Doakan urusan kami).
![]() |
| Bicara dua hati yang telus. |
Seruan Jihadi telah panggil. Nabi Muhammad SAW Kekasih hatiku di hina, tugasku perlu dilaksanakan, Tentang Kufur, Tentang Amerika..)
Ana bergegas ke Hospital, untuk ziarah opah., Rasa happy sangat bila tibanya sampai di pintu Lif Hospital dekat wad opah, suara yang ana rindu sangat kuat. Meriah bilik opah, Suara yang mengajar ana begitu bersemangat bercerita..
Opah : Sayang (Pangilan manjaya pada ana), opah dah sihat, seronok sangat nak balik. Terima kasih, ziarah, jaga opah, masak untuk opah.. (Moga Allah merahmati kamu).. ana kucup tangan yang tidak henti menulis mengajar anak bangsa.
Ana: Ala opah ni, tak de apa yang banyak saya lakukan kalau nak banding dengan apa yang opah berikan pada saya selama ini. Ilmu, bimbingan, doa, kasih sayang opah..semua tak dapat di beli opah.
![]() |
| Alhamdulilah dah sihat, cepat tolak opah keluar Hospital :) |
Mereka beri kesempatan kepada saya untuk beri khidmat kepada mereka sementara saya masih hidup. (Itu yang saya ingin lakukan) tapi kadangakala mereka tak mengerti:(
Opah, tau tak.. tadi saya jumpa Doktor, katanya opah tak boleh balik lagi.. sebab opah tak makan ubat, tak nak makan nasi.. so kena tahan seminggu lagi.. luka opah tak kering lagi..
Opah : Kamu jangan mengada-ngada (Airmuka opah berubah).. opah cubit tanganku.. cakap betul-betul ni..opah nak balik, dah tak sanggup duduk Hospital lagi, habis lengan opah biru kena cucuk..
![]() | ||
| Nana yg makan nasi opah. | . |
Ye..kita balik. Tengah tunggu Doktor bagi ubat, buat bayaran bil dekat kaunter..
Kami siapkan opah, ganti pampers, pakaikan baju opah.. (Ana amati susuk tubuh ini.. setiap kali urut badan opah, pakai baju opah, airmata mengalir.. opah semakin kurus..)
Ana lihat wajah opah begitu ceria sekali. senyum yang ana rindu.. terima kasih ya-allah kerana sembuhkan sakitnya.. Moga opah terus sihat..
Opah : Emak dan adik beradik kamu sihat, cicit opah (nana) mana, kenapa tak datang??
Sibuk dia cerita pasal wan bangi, rindu dengan wan. Nanti kamu bawa dia jumpa dengan wan. Tak elok biarkan anak rindukan orang tua.. (Tuhan, Engkau tahu segalanya)..
Sibuk dia cerita pasal wan bangi, rindu dengan wan. Nanti kamu bawa dia jumpa dengan wan. Tak elok biarkan anak rindukan orang tua.. (Tuhan, Engkau tahu segalanya)..
Ana: Sihat semua, mereka pun tengah tunggu opah, insya-allah balik nanti saya bawa emak dan lain-lain ziarah opah, tapi opah kena rest dulu.. nana sekolah, opah senyum ..
Kucupan kasih dan pelukan opah pada ana, terubat segalanya.., jiwa yang terasa memerlukan sokongan pelukan daripada insan yang jauh untuk memeluk diri yang lemah..
I need sombeody hugh me.. :( (ahh rindu yang amat sangat) akhirnya doa ana panjatkan semoga amal ini diterima Allah.
I need sombeody hugh me.. :( (ahh rindu yang amat sangat) akhirnya doa ana panjatkan semoga amal ini diterima Allah.
Kata Ustaz, berlumba-lumbalah melakukan kerja kebajikan dan kebaikan untuk bekalan akhirat akan datang, moga amal tersebut dapat disampaikan kepada ibubapa kita yang telah pergi dan utk orang2 yang kita sayang..
Jika kita tak sayang orang, mana mungkin orang akan sayang pada kita.
Letakkan kasih Allah dihati dan kasih manusia ditangan.
Letakkan kasih Allah dihati dan kasih manusia ditangan.
Alhamdulilah sujud syukur :) ni ada sedikan video klip untuk kkita recharged semangat juang yang kadangkala jadi lemah..
Jumpa adik-adik Uia, alhamdulilah mereka semua dah habis pengajian, kini bergerak di Selayang..
Tugas yang perlu dilaksanakan di kawasan Selayang. Dimana juga kita di letakkan moga sentiasa istiqama dalam membantu perjuangan Islam.. Rindu mereka semua..
(Imah, Ruzaini, Habsah)... ramai lagi yang telah berpecah, moga kita disatukan di bawah lembahyung rahmat Allah, insya-Allah.
Jazakaallah buat semua sahabat, sahabiah, tok2 guru, yang sentiasa mengingatkan diri ini.
Jumpa adik-adik Uia, alhamdulilah mereka semua dah habis pengajian, kini bergerak di Selayang..
Tugas yang perlu dilaksanakan di kawasan Selayang. Dimana juga kita di letakkan moga sentiasa istiqama dalam membantu perjuangan Islam.. Rindu mereka semua..
![]() |
| Hati2 bersatu, kaki ana terseliuh pula. Bersama adik2 jemaahku |
(Imah, Ruzaini, Habsah)... ramai lagi yang telah berpecah, moga kita disatukan di bawah lembahyung rahmat Allah, insya-Allah.
Jazakaallah buat semua sahabat, sahabiah, tok2 guru, yang sentiasa mengingatkan diri ini.
Thursday, September 13, 2012
Pre Momtaj Mahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah
Bagi yang tidak dapat hadir kerana kecemasan, ana sertakan video Pre Momtaj Mahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















