Thursday, June 28, 2012

RM 170 Ribu Bantuan Pendidikan Untuk SMI dan SRI Ibnu Khaldun



Shah Alam : Kerajaan negeri Selangor  dibawah Portfolio Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah menyampaikan sumbangan bantuan pendidikan sebanyak RM 170 Ribu. 
Majlis di serikan dengan persembahan pelajar

Bantuan tersebut telah disampaikan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie untuk Sekolah Menengah Islam (SMI) dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Ibnu Khaldun. 

Shuhaimi  Shafie berkata, “bantuan itu adalah sebahagian dari dana RM 9 juta yang disediakan bagi pembangunan pendidikan di seluruh Selangor.

Peruntukan RM 446 ribu disalurkan bagi 16 SAR dan dua SJKC bagi DUN Sri Muda bagi Fasa Pertama tahun ini”.

Selain itu, “saya juga menyampaikan sumbangan sama kepada 16 Sekolah lain iaitu 14 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan jumlah keseluruhan RM 446 ribu. 

Kesemua sekolah itu masing-masing menerima sumbangan dari RM 5 ribu hingga RM 100 ribu”, kata Shafie.

Tambah beliau, “Saya harap bantuan sumbangan RM 170 ribu  kepada Sekolah Menengah Islam (SMI) dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Ibnu Khaldun dari Selangor  akan memberi makna besar bagi pembangunan kedua-dua sekolah berteraskan Islam itu.

“Insya-Allah  kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan ini kepada semua sekolah yang lain dalam Fasa Kedua nanti yang dijangka akan bermula pada Julai depan.

Saya berharap sekolah yang belum menerima bantuan ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya, ” katanya dalam sidang media selepas majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Sekolah-Sekolah  peringkat DUN Sri Muda di SMI Ibnu Khaldun,di sini.

Sementara itu, Pengerusinya, Hamdan Mokhtar berkata, “pihaknya berbesar hati menerima bantuan pendidikan itu buat pertama kali, dan dana tersebut boleh digunakan untuk mengembangkan lagi sekolah itu”.

Kata Hamdan, “pihak Sekolah mensasarkan pertambahan pelajar di kedua-dua sekolah itu sebanyak 400 hingga 500 orang bagi menjadikan populasi keseluruah lebih kurang 1,500 pelajar.

“Dengan peruntukan ini kita akan merancang pembangunan dengan penuh teliti untuk memanfaatkannya demi kepentingan anak-anak kita yang belajar di kedua-dua sekolah ini.

“Kita merancang membina 48 bilik kelas tambahan, kantin, dewan makan dan surau.Ia bersesuaian dengan usia sekolah yang sudah lebih 20 tahun,” katanya Dalam majlis itu, 


Editor : Khaulah Azwar

Derita Seorang Pemimpin..


Hidup Mu Banyak Teraniaya,
Demi Memperjuangkan Demokrasi Yang Nyata,
Tuduhan Demi Tuduhan Yang Datang Menimpa,
Walau Pun Semuanya Hanya Fitnah Belaka,
Penjara Pudu Tempat Mu Dibelasah Oleh Musuh Durjana,
 
Namun Semangat Mu Tidak Akan Luntur Walau Pun Bala Datang Terus Menimpa,
Semuga Perjuangan Mu Membela Nasib Rakyat Tidak Sia Sia,
Semuga Tempat Mu Yang Akan Berakhir Di Putera Jaya...????? Insya-Allah janji allah yang pasti kemenangan ISLAM akan kita perolehi.. Qun Fa Ya Qun..

kapsul Jumaat : Subuh Yang Di Geruni Yahudi

Kesah dipagi Jumaat di Masjid Tok Guru..Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. 


Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. 
Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. 
Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 34 tahun, keadaan ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri lain. 

Kerinduan sering menerpa  dalam diri,   rindukan kuliah Tok Guruku..

Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. 
Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. 
Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. 
Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka- mereka lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.


Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. 
Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. 
Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. 
 
Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’. 
 Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.

Sedikit suntikan rohani buat jiwa yang mencari kekuatan dan ketenangan..  


Editor : Khaulah Azwar

Wednesday, June 27, 2012

Persoalan PTPTN dan Kedangkalan UMNO



Shah Alam : YDP PAS Shah Alam, Khalid Samad menempelak kepimpinan UMNO khususnya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin   yang telah mengumumkan bantuan PTPTN tidak lagi wujud untuk para pelajar UNISEL.

Khalid Samad berkata, “walaupun isu ini telah hampir sebulan berlalu, tetapi kerana tindakan kolot sebegini telah pun menjadi sebahagian dari modus operandi mereka sejak dari dahulu lagi.

“Tindakan yang dilakukan oleh UMNO kepada semua mahasiswa merupakan politik dendam dan kotor yang sanggup memangsakan rakyat semata-mata atas kepentingan politik UMNO.

“Pada masa yang sama juga ianya membuktikan tanpa syak lagi bahawa UMNO juga tidak mengambil berat bahawa tindakan yang diambil akan menjejas masa depan Majasiswa UNISEL yang majoritinya adalah Melayu.

Maka menjadi jelaslah pada semua, UMNO tidak memperjuangkan nasib Melayu tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah nasib UMNO. Dan apabila nasib UMNO terjejas, maka nasib Melayu sanggup dikorbankan oleh UMNO tanpa berfikir panjang”, katanya dalam kenyataan medianya di SUK Shah Alam, disini.

Menurut Khalid, tindakan mereka itu adalah bertujuan supaya kerajaan Negeri Selangor melutut merayu agar dibuka kembali peluang untuk mendapat bantuan PTPTN untuk para pelajar UNISEL.

Dengan itu akan ditempelak kerajaan Negeri Selangor dengan sombong berkata, “inilah buktinya! Kerajaan PR tidak mampu dan janji menghapuskan PTPTN adalah janji kosong semata-mata!”

Bagaimanapun,  UMNO dan Menteri Pelajaran terkejut-beruk  apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid mengistiharkan bahawa UNISEL akan jual asetnya sebagai usaha menampung kos pendididkan mahasiswa UNISEL sebaik sahaja isu PTPTN menjadi bualan pada bulan lepas.

Dalam keadaan itu, di mana kerajaan PR Selangor menangani permasalahan pinjaman PTPTN dengan sanggup membiayai para pelajar UNISEL dari sumber sendiri, maka UMNO terus bertindak menarik balik keputusan mereka.

Khalid merangkap Ahli Parlimen Shah Alam menambah lagi,  “Rakyat dapat menilai, UMNO semakin parah  dan kedudukan mereka di kaca mata rakyat, sekaligus  semakin naiklah imej kerajaan PR Negeri Selangor.

Untuk mengelak kerugian politik dan disebabkan itu semata-mata, maka keputusan itu ditarik balik dan Majasiswa UNISEL dibenarkan untuk memohon pinjaman PTPTN, ujarnya.

Dalam pada itu, Khalid berpendapat  UMNO sememangnya tidak memahami bahawa rakyat mempunyai hak dan segala cukai yang dikutip dari rakyat perlu digunakan dengan cara yang menguntungkan rakyat. Bukan digunakan sebagai kekuatan kewangan untuk mengugut atau merasuah rakyat supaya menolak PR atau menyokong BN.

Tuntutan supaya PR melaksanakan dasar pendidikan percuma di peringkat Negeri PR tidak masuk akal kerana sumbangan cukai dan pendapatan dari rakyat dan kesemua Negeri termasuk Selangor, telahpun diserahkan kepada pusat untuk melaksanakan dasarnya bagi setiap sektor termasuk sektor pendidikan.

Katanya, “Kerajaan  UMNO kurang mementingkan sektor pendidikan dan untuk menentukan sesuatu bajet yang tidak memungkinkan pendidikan percuma dinikmati rakyat.

“Ataupun, mungkin bajetnya cukup pada dasarnya tetapi disebabkan amalan ketirisan, kebocoran dan kronisma, maka ianya tidak mencukupi.

Dengan itu rakyat terpaksa berhutang, termasuk melalui PTPTN, untuk menyempurnakan proses pendidikan anak masing-masing”.

Justeru,  “saya menyeru agar rakyat Malaysia terutamanya golongan Mahasiswa perlu yakin dengan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“InsyaAllah PR akan melaksanakan dasar pendidikan percuma sekiranya diberi amanah untuk memerintah di pusat.

“Ini adalah kerana kewangan peringkat Pusat adalah terdiri dari cukai dan pendapatan yang dikutip dari seluruh rakyat dan Negeri di Malaysia.

“Melalui kutipan ini maka Kerajaan Pusat perlu melaksanakan dasar pertahanan, pendidikan, kesihatan, keselamatan awam dan lain-lain.

“Jumlah perbelanjaan bagi setiap satu sektor adalah bergantung kepada sejauh mana ianya dianggap penting dan keperluan asas bagi rakyat.

Bagi PR, pendidikan adalah di antara sektor yang diutamakan dan oleh itu sektor pendidikan akan diberikan bajet yang mencukupi demi menjamin terlaksananya dasar pendidikan percuma”, katanya.
 
Editor : Khaulah Azwar

Tuesday, June 26, 2012

TGNA: Hayati Undang-Undang Allah Bagi Memerangi Rasuah

.


Kelantan Bebas Rasuah- UMNO B-End Harus Ikut PAKATAN Rakyat


SHAH ALAM  : Tiada pegawal peribadi, memakai hanya satu kereta rasmi, mendiami rumah sendiri dan memakai perabot yang tidak ditukar selama 20 tahun.

Ini antara langkah yang diambil Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi menerapkan amalan hidup sederhana bagi memerangi rasuah selama lebih 20 tahun beliau mentadbir Kelantan.

“Selain mengamalkan cara yang dianjurkan Islam, kecekapan menguruskan wang juga penting demi memastikan setiap perbelanjaan itu tidak sia-sia.

“Wang rakyat mestilah dibelanjakan secara berhemah dan perbelanjaan perlu dilakukan secara berjimat-cermat tetapi tidak sampai dilihat seperti kedekut,” Nik Aziz berkata ketika mengulas langkah-langkah yang beliau amalkan sehingga Kelantan dinobatkan sebagai bebas rasuah.

Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media sejurus selesai ucaptama Wacana Buku Rasuah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, bangunan SUK pagi semalam.

Dalam sidang media yang sama, beliau yang juga Mursyidul Am PAS mengkritik amalan demokrasi Malaysia yang dilihat tidak adil.

“Contohnya dalam isu royalti minyak di Kelantan, walaupun Tuanku Sultan Kelantan sendiri sudah titahkan dalam Dewan Undangan Negeri namun perkara itu langsung tidak diperdulikan Kerajaan Pusat.

“Sehingga kini, rakyat Kelantan tidak merasa walau seringgit pun hasil minyak yang diambil dari Kelantan,” luahnya dengan kecewa.

Sementara itu, Exco Negeri, Dr. Halimah Ali menjelaskan program hari ini diadakan khusus untuk berkongsi pengalaman dan kecemerlangan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri Kerajaan Pakatan yang bebas rasuah.

“Kita ingin memastikan bahawa negeri-negeri Pakatan bebas rasuah dan kita serius bekerja untuk menghapuskan gejala tidak sihat ini di negeri Selangor pula.”

Beliau berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM 15 juta di bawah Geran Selangorku untuk diberi sebagai insentif kepada rakyat bagi membantu memerangi rasuah.
 


Alhamdulilah, Buku Politik, Tarbiyah PAS di Usung Artis.

Lihat Teman, betapa eratnya beliau memeluk buku kami itu. Alhamdulilah.. bagaimana dengan diri kita yang  berkecipung dalam jemaah Islamiah?? 

Dah berapa banyak buku sudah di telaah?? berapa banyak buku kita kepit macam K. Habby.. (huhu.. soalan2 untuk muhasabah diri sendiri dan semua para pejuang,,

Alhamdulilah, terima kasih ya-Allah, Engkau berikan hidayah kepada ramai artis untuk beruzlah.. ramai yang dah semakin hampir kepadamu.. 

Sejuk mata memandang bila ana  lihat K. Habby pakai tudung labuh, di tangannya penuh dengan buku-buku tarbiyah dan dakwah. satu hari nanti doaku agar dia akan menjadi murabbiyah pada muslimat kami.. Qun Fa Yakun.


Respond fb:

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI