Thursday, June 28, 2012

RM 170 Ribu Bantuan Pendidikan Untuk SMI dan SRI Ibnu Khaldun



Shah Alam : Kerajaan negeri Selangor  dibawah Portfolio Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah menyampaikan sumbangan bantuan pendidikan sebanyak RM 170 Ribu. 
Majlis di serikan dengan persembahan pelajar

Bantuan tersebut telah disampaikan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie untuk Sekolah Menengah Islam (SMI) dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Ibnu Khaldun. 

Shuhaimi  Shafie berkata, “bantuan itu adalah sebahagian dari dana RM 9 juta yang disediakan bagi pembangunan pendidikan di seluruh Selangor.

Peruntukan RM 446 ribu disalurkan bagi 16 SAR dan dua SJKC bagi DUN Sri Muda bagi Fasa Pertama tahun ini”.

Selain itu, “saya juga menyampaikan sumbangan sama kepada 16 Sekolah lain iaitu 14 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan jumlah keseluruhan RM 446 ribu. 

Kesemua sekolah itu masing-masing menerima sumbangan dari RM 5 ribu hingga RM 100 ribu”, kata Shafie.

Tambah beliau, “Saya harap bantuan sumbangan RM 170 ribu  kepada Sekolah Menengah Islam (SMI) dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Ibnu Khaldun dari Selangor  akan memberi makna besar bagi pembangunan kedua-dua sekolah berteraskan Islam itu.

“Insya-Allah  kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan ini kepada semua sekolah yang lain dalam Fasa Kedua nanti yang dijangka akan bermula pada Julai depan.

Saya berharap sekolah yang belum menerima bantuan ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya, ” katanya dalam sidang media selepas majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Sekolah-Sekolah  peringkat DUN Sri Muda di SMI Ibnu Khaldun,di sini.

Sementara itu, Pengerusinya, Hamdan Mokhtar berkata, “pihaknya berbesar hati menerima bantuan pendidikan itu buat pertama kali, dan dana tersebut boleh digunakan untuk mengembangkan lagi sekolah itu”.

Kata Hamdan, “pihak Sekolah mensasarkan pertambahan pelajar di kedua-dua sekolah itu sebanyak 400 hingga 500 orang bagi menjadikan populasi keseluruah lebih kurang 1,500 pelajar.

“Dengan peruntukan ini kita akan merancang pembangunan dengan penuh teliti untuk memanfaatkannya demi kepentingan anak-anak kita yang belajar di kedua-dua sekolah ini.

“Kita merancang membina 48 bilik kelas tambahan, kantin, dewan makan dan surau.Ia bersesuaian dengan usia sekolah yang sudah lebih 20 tahun,” katanya Dalam majlis itu, 


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI