Tuesday, February 2, 2010

Suara PUTERI REFORMASI.. NURUL IZZAH..

Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi Umno dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.

Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.

Sewaktu kes dibicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!

Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yang menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.

Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.

Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.

Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?

Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak. Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul Am PAS, YAB Menteri Besar Negeri Kelantan, Al-Fadhil Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pagi tadi – hadir bersama, menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.

Laungan 'reformasi' bergema lagi di mahkamah









KUALA LUMPUR, 2 Feb: Laungan reformasi kedua bergema di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini apabila perbicaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula.

Sekitar jam 2.30 petang ini, Anwar disambut oleh lebih 100 wartawan dan antarabangsa di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini.Dianggarkan lebih 1,000 rakyat pelbagai bangsa dan lapisan usia mula membanjiri mahkamah sehingga polis mula membuat kawalan di pintu masuk kandang perbicaraan.

Beberapa pemimpin utama Pakaran Rakyat seperti Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali antara yang terus hadir memberikan sokongan kepada Anwar.



Sebelum itu, dilaporkan berlaku suatu kekasaran kecil oleh pihak polis kepada beberapa orang wartawan asing yang mahu membuat liputan langsung ke atas perbicaraan Anwar di dalam kompleks mahkamah.

Manakala semua jurugambar turut diarahkan tidak mengambil gambar Anwar di dalam lobi mahkamah kononnya demi menjaga keharmonian mahkamah.Pagi tadi, Anwar yang diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anak-anak tiba di perkarangan mahkamah dengan disambut ribuan orang termasuk para pemimpin PKR, PAS dan DAP.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut tiba kira-kira jam 9.15 pagi sejurus selepas Anwar masuk ke dalam mahkamah.Sejak jam 9 pagi tadi lagi, lebih dua ribu rakyat bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi sokongan moral kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang hadir kelihatan mengangkat beberapa sepanduk bertulis Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2, Bebas Anwar dan Rakyat Bersatu Tolak Fitnah Terhadap Anwar, sambil melaungkan reformasi’ iaitu suatu slogan keramat seperti era Reformasi 1998 lalu.

Mengisi pentas bantah, Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli menyeru rakyat yang hadir supaya bersedia menempuhi gelombang reformasi kedua.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai mengulangi ucapan yang pernah ditegaskan oleh bekas Presiden PAS, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, "bukan kerana dia Anwar, sesiapa pun yang difitnah, Islam menyeru kita menentang kezaliman".

Sebelum itu, Ketua Strategik PKR, Tian Chua menganggap tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dialami Anwar mengulangi drama fitnah pada tahun 1997 lalu."Kita harap rakyat sekali kagi akan bangkit sama seperti 'drama 1997' lalu," jelasnyaBeliau yang juga Ahli Parlimen Batu tidak menolak kemungkinan bahawa perbicaraan kes Anwar yang bermula pada hari ini akan mencetuskan kesedaran rakyat dan reformasi kali yang kedua."

Kita telah menyaksikan suatu kes dakwaan fitnah ke atas Anwar yang sudah tentu akan membangkitkan gelombang kesedaran rakyat kedua," jelasnya di lobi mahkamah.Sejam kemudian, kelihatan Anwar keluar dari kandang perbicaraan lalu menuju ke anjung bantahan."

Saya masih mempertikai motif polis memanggil isteri saya untuk memberi keterangan beberapa hari lalu, sedangkan dakwaan sudah berlangsung hari ini," kata Anwar.Anwar turut merakamkan penghargaan kepada rakyat kerana sudi menyertai 'Gelombang Reformasi ke-2' bersama-samanya, sebagaimana waktu beliau disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan liwat yang berunsur fitnah.

Jelasnya lagi, perbicaraan kesnya akan bersambung pada jam 2.30 petang ini.Mendengar gelombang 'reformasi' tali menali oleh satu kelompok kepada satu kelompok yang lain, mengingatkan Harakahdaily pada peristiwa reformasi sedekad yang lalu.




p/s : SUARA RAKYAT KITA LAUNGKAN... REFORMASI.... ALLAHUAKHBAR.... ya-ALLAH dengarlah doa2 orang2 yang dizalimi oleh pemimpin2 & jentera UMNO yg telah mengkhianati pembantu2 agama2mu...tunjukkanlah kebenaran ini ya-ALLAH..amiin ya rab...

Monday, February 1, 2010

Adun Gombak Menangani Masalah Sek. Ren Integrasi Sg.Cincin


Gombak – Sebagai Pengetua Sekolah sudah pasti inginkan kebaikan untuk pelajar mereka, dengan memastikan para pelajar mendapat keselesaan dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya didalam kelas.

Dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai pengetua sekolah, beliau cuba melengkapkan kelengkapan aset yang terkurang. Setelah mendapat bantuan Dana daripada JAIS sedikit sebanyak telah mengurangkan bebanan kepada pihak sekolah .

Tetapi dengan aset (Meja, Kerusi) yang telah di dibekalkan oleh pihak JKR tidak mengikuti spesifikasi sudah tentunya membuatkan para pelajar tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan sedikit sebanyak membuatkan pihak sekolah merasa kesal diatas pembekalan yang diberi oleh pihak berkenaan.

Pihak sekolah telah membuat aduan tersebut kepada pihak YB Dato’ Hasan selaku Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam, agar dapat membantu mengatasi masalah tersebut kerana jika tidak mendapat surat sokongan daripada YB Dato’ untuk menukarkan kembali perabot tersebut sudah pasti menyukarkan pihak sekolah untuk berurusan dengan pihak berkenaan.

Setelah mendengar masalah tersebut YB Dato’ bersama pihak JKR, MPS, Ahli Majlis, Nazir Masjid, telah membuat kunjungan ke sekolah berkenaan baru-baru ini.

Kedatangan YB Dato’ telah disambut oleh pihak Pengetua Sekolah untuk mengiringi beliau kedalam Kelas bagi melihat keadaan kerusi dan meja yang dibekalkan dengan Anggaran baru yang diberikan oleh pihak JKR daripada pembiayai daripada pihak JAIS untuk kerusi & meja murid.


YB Dato’ telah dimaklumkan oleh pengetua sekolah mengenai masalah yang dihadapi selama ini adalah Kerusi & Meja murid yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Tindakan YB Dato’ untuk atasi masalah ini adalah beliau telah meminta pihak JKR agar dapat menukarkan kerusi & meja yang baru mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam masa terdekat.

Beliau berkata, sebagai pembeli pihak sekolah berhak membuat pertukaran jika apa yang dimohon tidak mencapai citarasa pengguna dengan mengikuti syarat-syarat perjanjian.

Apabila YB Dato’ meneliti perabot tersebut, jelas kelihatan meja tersebut tidak mengikuti spesifikasi yang telah dimohon oleh pihak sekolah dan tidak sesuai digunakan. Atas keperihatinan beliau terhadap pemasalahan ini, maka YB Dato’ meminta P.A beliau mengeluarkan surat sokongan sebagai membantu pihak sekolah bagi mengatasi masalah tersebut.

YB Dato’ amat berharap semoga dengan penyediaan kelengkapan sekolah yang mengcukupi, para pelajar akan mendapat keselesaan untuk belajar dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya didalam kelas.

Pihak Pengetua Sekolah yang mengiringi beliau kelihatan gembira apabila masalah yang dihadapi selama ini akan selesai dalam masa terdekat. Pihak Sekolah telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ dan kepada semua yang hadir diatas keperihatinan dan pemantauan yang diberikan disekolah tersebut .

Bagi YB Dato’ tiada yang lebih menggembirakan beliau melainkan apabila melihat anak – anak generasi muda ini berjaya dunia akhirat. Mereka adalah aset negara yang amat berharga dan merupakan sebagai pewaris untuk memajukan negara dengan Adil & Bijaksana apabila ketiadaan kita nanti.

Adun G.S – Mohon Penjelasan MPS Dengan Tuntutan Penduduk & PIBG Sekolah 2008


Gombak – Tahun berganti tahun namun janji MPS kepada Penduduk & pihak PIBG Sekolah tidak tertunai sehingga kini. Janji manis yang diberikan oleh MPS hanya untuk menyedapkan hati penduduk sekitar dan Sekolah berkenaan melalui kertas sahaja tetapi tiada sebarang tindakan dibuat.

Atas aduan yang diberikan, YB Dato’ telah membuat lawatan ke persekitaran Sekolah Hilcrest bagi mencari jawapan daripada pihak MPS berkenaan membina laluan jalan kaki bagi para pelajar.

YB Dato’ telah dimaklumkan oleh Penduduk & Pihak PIBG Sekolah bahawa pihak MPS telah berjanji melalui surat yang telah dikeluarkan (Ruj :bil 10 dlm MPS . 3/3-117/308 jilid 11 ) tahun 2008 untuk membina laluan jalan kaki bagi kemudahan para pelajar ke sekolah. Tetapi sehingga kini projek pembinaan tersebut tidak dibina lagi.

Lantaran itu setelah meneliti surat dan mendengar pemasalahan tersebut, YB Dato’ telah mengambil tindakan dengan meminta kerjasama pihak MPS untuk memberi penjelasan terperinci mengapa projek tersebut tidak dilaksanakan sehingga kini????? Yb Dato’ meminta agar tuntutan tersebut dapat dijawab secepat mungkin.

Editor : Khaulah Azwar

Sunday, January 31, 2010

Warga Orang Asli sentiasa mendapat kunjungan daripada Kerajaan PR



Kebajikan & hak Orang Asli harus dipandang berat walaupun mereka duduk di kawasan hulu perkampungan. Sebagai Adun Gombak, YB Dato’ bersama semua pengiring beliau, telah membuat lawatan kawasan tersebut untuk dinaiktaraf agar penduduk disekitar berkenaan mendapat keselesaan sewajarnya.

Beliau berkata, setelah membuat lawatan dibeberapa kawasan sekitar gombak, beliau berpendapat adalah tidak wajar jika pihak Kerajaan UMNO yang telah memerintah selama 50thn tidak menjaga kebajikan orang asli.

Walaupun mereka banyak ketinggalan arus moden namun mereka harus didedahkan dengan perkembangan ekonomi negara dan isu-isu semasa agar mereka tidak terus menerus ketinggalan dalam apa juga.

Mereka juga berhak merasai kenikmatan yang ada di m’sia pada masa kini. Perkongsian ini haruslah dirasai oleh semua pihak tidak kira bangsa, agama mahupun pemahaman pilitik yang berbeza.

Sebagai pimpinan tidak harus merahsiakan apa-apa kepada rakyat. Apa yang berlaku harus diterangkan dengan benar agar rakyat tidak merasai curiga pada pimpinan dan parti yang dipilih.

Memandangkan negara kini semakin maju adalah tidak wajar jika pihak kerajaan UMNO tidak memberi manfaat kebaikan untuk orang Asli dalam masa 50thn pemerintahan mereka. Cuba kita bandingkan pembangunan di Putrajaya dan persekitaran di Bt. Caves. Usahkan pembangunan / jalan dinaiktaraf dengan memakan berjuta billion tetapi mengapakah kemudahan awam/pembangunan/jalan raya bagi orang-orang asli tidak dipandang berat oleh pihak kerajaan UMNO setelah pemerintahan mereka selama 50thn. Dimanakah keadilan untuk rakyat??

Tinjauan Wartawan PKM DUN Gombak Setia bersama Nisa’ Gombak dan Adun H.Klang telah mengadakan program bersama orang Asli di Kemensah tahun lepas. Didapati rumah orang Asli telah dibina oleh Jab. Orang Asli. Tetapi masih ada kekurangannya kerana penduduk masih tidak mampu untuk membayai kos sara hidup yang semakin meningkat. Bekalan Elektrik dan Air masih tidak dimasuki lagi. Setelah membuat lawatan tersebut pihak Adun dan NGO telah berusaha untuk mendapatkan bekalan Elektrik untuk memberi keselesaan kepada penduduk orang asli.

Ketua Kg Orang Asli telah memaklumkan kepada wartawan PKM setelah 50thn merdeka, dalam pemerintahan UMNO, pihak mereka tidak diberikan kemudahan asas dan perhatian. Walaupun telah diminta banyak kali tetapi permohonan tersebut amat mengecewakan pihak mereka. Berbagai alasan yang diberikan oleh pihak Kerajaan UMNO dengan mengatakan Taraf Tarif Elektrik & Air sudah meningkat maka pihak kerajaan tiada peruntukan untuk diberikan kepada mereka.

Sabar dan terus bersabar.. dan kini penantian sudah berkhir, semenjak pemerintahan PR pemantauan telah dibuat oleh Adun Gombak Setia & Adun H.Klang.

Ketua Kg dan penduduk Orang Asli begitu gembira dengan kunjungan dan keperhatinan yang diberikan oleh kerajaan PR. Sering sahaja penduduk disini diraikan dengan program Hari Ibu dan Bapa. Anak-anak juga mendapat kemudahan peralatan sekolah. Malahan peralatan kelengkapan dapur juga diberikan kepada rakyat orang asli ketika program bersama Nisa’ Gombak dan Adun kerajaan PR.

Beliau berkata lagi, Kini pihak Adun & NGO sedang berusaha untuk mendapat bekalan elektrik. Permohonan bekalan elektrik sedang dalam proses.

Wartawan PKM telah dimaklumkan oleh Adun H.K mengenai status proses pembekalan elektrik yang telah dipohon. Terkini permohonan tersebut bersama NGO sedang dalam proses, Insya-ALLAH rakyat akan merasai nikmat bekalan elektrik tidak lama lagi dengan harapan tiada sebarang halangan daripada mana-mana pihak dalam membantu pembangunan orang asli.

Kini sedikit sebanyak warga orang asli telah mengubat kekecewaan mereka dengan perhatian dan tindakan oleh kerajaan PR walaupun baru masuk tahun ke 2 pemerintahan PR tetapi beliau merasa berpuas hati diatas kunjungan dan keperihatinan yang diberikan oleh Adun Gombak Setia & Adun H.Klang setelah kerajaan UMNO tidak mengambil berat terhadap penduduk orang Asli selama ini. Atas keperihatinan oleh kerajaan PR, kini memberi sinar baru kepada penduduk orang Asli. Sifat beginilah harus ada kepada pimpinan. Begitulah kata-kata ketua Kg. Orang Asli semasa program dilaksanakan.

Untuk memperkasakan lagi gerak kerja dan pemantauan penduduk, YB Dato’ Hasan bersama pengiring beliau telah membuat pemantauan di Jab. Orang Asli (JOA) baru-baru ini.

Setelah membuat lawatan di kaw (JOA) Y.B Dato’ berpendapat bahawa kawasan berkenaan tidak sesuai dilalui Bas dan memberhentikan kenderaan mereka di laluan berkenaan, memandangkan kawsasan tersebut terlalu sempit. Jika keadaan ini berterusan di bimbangi keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk sekitarnya akan tergugat lebih – lebih lagi apabila Bas ingin membuat “U-Turn” di kawasan tersebut.

Oleh yang demikian, beliau telah meminta pihak JKR, MPS untuk mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Beliau meminta agar pihak JKR mengeluarkan surat kuatkuasa kepada Pengusaha Syarikat Bas agar dapat mengikuti arahan tersebut untuk keselamatan pengguna dan penduduk sekitarnya.

Adun Perihatin terhadap penduduk “Penduduk Kesal dengan pembinaan pembentongan Tambahan”


Gombak – Tidak semestinya dengan pembinaan sesuatu dalam projek akan memberi kesan yang baik kepada penduduk jika tidak dibuat penilaian sebaiknya sebelum projek tersebut dilaksanakan.

Jika tidak diteliti dengan betul dan memikirkan kesan kebaikan dan keburukan sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. Sering sahaja penduduk disekitar Pinggiran Batu Caves membuat aduan banjir di kawasan berkenaan kepada pihak Ahli Majlis namunpun begitu tiada tindakan diambil oleh pihak yang harus bertanggungjawab.

Penduduk telah memaklumkan kepada Y.B Dato’ semasa program ” Breakfirst” bersama rakyat baru-baru ini di Pasar Moden Sri Gombak, hal ini terjadi disebabkan pembinaan pembentongan tambahan oleh pihak MPS. Dengan adanya pembentongan tambahan bukan memberi kebaikan tetapi memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya.

Aduan tersebut telah mendapat perhatian YB Dato’ dan beliau berjanji akan melawat kawasan berkenaan bersama pihak MPS, Ahli Majlis, JPS, JKR dalam masa terdekat.

Masa yang dinantikan oleh penduduk telah tiba dan kedatangan beliau telah diraikan oleh beberapa orang penduduk daripada Pinggiran Batu Caves. En. Duraisamy telah memaklumkan masalah utama adalah :-

a) Masalah banjir

En. Duraisamy telah memaklumkan kepada YB Dato’, bahawa pihak MPS telah membina pembentongan tambahan. Dengan adanya pembinaan tersebut, apabila musim hujan kawasan berkenaan kini mudah berlaku banjir.

YB Dato’ meminta agar pihak MPS dapat ambil tindakan segera untuk atasi masalah pembentongan tambahan ini bagi mengelak berlakunya banjir kilat dikawasan tersebut untuk keselesaan dan keselamatan penduduk. Harus diteliti kembali dimanakah terdapat kesilapan dan kekurangan dengan pembinaan pembentongan tambahan ini. Sepatutnya jika dengan adanya pembentongan, tidak akan berlakunya banjir tetapi menjadi sebaliknya. Oleh itu beliau amat berharap MPS, JKR dapat mengambil perhatian dan tindakan secepat mungkin.

b) Pembinaan Lampu Isyarat.

Selain daripada itu Lampu Isyarat yang terdapat di Persimpangan Sri Gombak berhampiran surau Ubudiyah. Didapati kawasan tersebut begitu sesak dengan laluan lintas lebih-lebih lagi waktu pagi & petang.

Dengan kesesakan tersebut sering berlaku kemalangan dan kawasan ini juga terdapat beberapa buah sekolah. Keselamatan pengguna dan pelajar amat dibimbangi oleh penduduk sekitar tersebut.

Langkah yang telah diambil oleh YB Dato’ dalam mengatasi masalah ini ialah meminta pihak JKR & MPS agar dapat ambil tindakan segera bagi atasi masalah ini secepat mungkin dan harus dipandang serius. Harus diteliti kembali, adakah pembinaan lampu isyarat yang diletakkan kawasan tersebut bersesuaian??.

Editor : Khaulah Azwar

Penduduk Bimbang menggunakan Jambatan Desa Makmur


Gombak – Setelah Negara semakin maju tetapi masih ada juga jambatan yang menghubungkan ke kawasan utama tidak dinaiktaraf. Ini amatlah memalukan apabila jika didatangi oleh pengunjung luar negara melawat negara m’sia yang boleh dikatakan sebagai negara membangun tetapi apabila dilihat kawasan pendalaman akan menjatuhkan pembangunan dan insfrasturktur imej m’sia sendiri.

Oleh yang demikian, untuk menaiktaraf insfrastruktur maka, YB Dato’ Hasan telah mengemaskini pemantauan gerakkerja dan melawat kawasan-kawasan bermasalah di sekitar gombak yang telah dilaksanakan baru-baru ini bersama Ketua Kg di Kaw Gombak, Nazir Masjid, MPS, JKR, JPS dan semua ahli Majlis, MPS di Zon Gombak.

Sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak , YB Dato’ telah mengambil semua perhatian dengan penerimaan setiap Aduan yang diberikan oleh Penduduk dan Ketua Kg. disekitar Gombak.

YB Dato’ bersama semua pengiring beliau telah menemui Tn. Said sebagai ketua kg untuk melawat Jambatan bagi membaikpulih Jambatan Desa Makmur yang menghubungi Jalan lama merintasi ke Sg. Gombak Bt. 10 1/2 Sg. Salak.

Beliau telah dimaklumkan, Penduduk begitu khuatir untuk menggunakan jambatan tersebut kerana jelas kelihatan Jambatan berkenaan tidak kukuh, rendah dan sering ditenggelami air apabila hujan lebat.

Setelah mendengar pemasalahan dan melawat jambatan berkenaan, YB Dato’ telah meminta agar pihak MPS, JPS, JKR dapat mengambil tindakan segera untuk menaiktaraf jambatan tersebut bagi memberi keselesaan dan keselamatan pengguna. Beliau meminta setiap agensi berkenaan dapat menyediakan laporan tersebut secepat mungkin.

Ketua Kg dan penduduk begitu rasa gembira dengan kunjungan dan perhatian yang diberikan oleh YB Dato’ terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk. Harapan Ketua Kg semuga kerjasama yang diberikan oleh YB dato’ dan semua pihak agensi dapat memberi kegembiraan kepada pengguna dan penduduk sekitarnya diatas tindakan aduan yang diberi.

Yb Dato’ juga amat berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama dan perhatian sewajarnya dengan setiap aduan yang telah diberikan oleh penduduk agar tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI