Monday, February 3, 2014

TAWARAN MENGADAKAN KEM SEMPENA CUTI SEKOLAH ATAU KURSUS SYARIKAT – PEMBERIAN VOUCHER RM500


Ruj Kami : KSR/Pro/Sue/02-( 03)-2014
Tarikh : 04 Februari, 2014

Kepada : Sesiapa berkenaan

Tuan / Puan;

TAWARAN MENGADAKAN KEM SEMPENA CUTI SEKOLAH ATAU KURSUS SYARIKAT – PEMBERIAN VOUCHER RM500

Perkara di atas dirujuk . Di doakan semoga tuan / puan di kurniakan kesihatan dan keafiatan yang baik dalam menjalani tugas.

Sempena cuti sekolah tidak lama lagi, Kem Sri Raudhah ingin menawarkan kepada tuan / puan voucher bernilai RM250 atau RM500 sekiranya sekolah atau syarikat tuan / puan mengadakan kem atau kursus di tempat Pusat Rekrasi kami. 




Untuk pengetahuan tuan / puan antara aktiviti yang di tawarkan di Kem Sri Raudhah adalah seperti Jungle Tracking, Night Walking, Ikhtiar Hidup, Rempuh Halangan, Paintball, Kuliah, Qiammulail.

Tenaga pelaksana adalah terdiri daripada jurulatih professional, Fasilitator yang bertauliah dan krew yang mahir dalam mengadakan kem.

Kursus Kem yang ditawarkan adalah seperti berikut

1) Kepimpinan Dalam Pasukan
2) Motivasi diri
3) Mind Power
4) Khemah Ibadah
5) Motivasi pendidikan akhlak
6) Jati Diri
7) Smart Solat
8) Program Ke Fasilitator
9) Unit Beruniform
10) Kem Kecemerlangan
11) Kem Ibadah
12) Team Building
13) Family Day
14) Camp Fire
15) Lawatan Ke Perkampungan Orang Asli

Kemudahan yang disediakan Dewan Makan, Dewan Solat, Dewan Terbuka, Dewan Tertutup, Chalet Kapasiti 120 orang, Dorm kapasiti 60 orang, Khemah kapasiti 200 orang.

Mengumpul Dana

Sekiranya sekolah atau syarikat tuan / puan ingin mengumpul dana untuk pembinaan dan sebagainya pihak kami ada menyediakan peralatan permainan seperti Bouce castle, bicycle tracker, zorb ball dart attack, bola jarring, sukan rakyat, straight ball. Sewa peralatan tersebut RM5000.00. 




Pihak tuan / puan akan diberikan tiket untuk pelajar bermain setiap aktiviti yang disediakan. Dengan bayaran dikenakan kepada pelajar pihak sekolah atau syarikat mendapat keuntungan disitu. Sewa peralatan adalah sehari.

Untuk tempahan, Lawatan tapak kem, tempahan dan sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 013-6893185 / 017-2436875, Sekian terima kasih .

SRI RAUDHAH ENTERPRISE

Che Sue
Pengurus Operasi

“Berhibur, Beramal, Berdakwah”
 — bersama AlAminfoodcorner AfcNorlina Nordin,Rozan Azen Mat RasipTanyalah UstazHezry YasinAkhi Fairuz Al-JengkawiNur QamarRozaini Mohd RosliKrista Tmn SelayangUstazidriss AhmadDato Seri Anwar IbrahimUstaz ZamriNorani Abu BakarAdun Pas PahangPasti Ibnu Sina GombakNafisah TahirBerkat Iklan Signboard SelayangSakinah Arshad Ahmad,Umm Amna AzraZaidy Adun Taman TemplerSriah Al HudaWufi UiamPusat Khidmat RakyatMohd Fauzan MadzlanShaharom MdShariff dan Ummu Hadi.
Suka ·  · Hentikan Pemberitahuan · Bagikan · Sunting · Promosikan ·Februari · Disunting · 

Anwar dari Kajang ke Putrajaya - Part 2

PRK Kajang: Kalau Nak Tahu Umno-BN lebih awal membazir


SHAH ALAM 4 FEB:  Umno-BN lebih awal membazir kerana berlaku dua dua pilihan raya kecil (PKR) di Selangor suatu ketika dahulu di Parlimen Kuala Selangor dan DUN Permatang, kata Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.  
Ujarnya pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, sebagai Menteri Besar Selangor.
UMNO BN 55“Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan,” kata Saifuddin.
Katanya, Muhammad meletak jawatan ekoran pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.
Abu Hassan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di Dun Permatang, yang mana ketika itu disandang Datuk Jamaluddin Adnan.
Pada pilihan raya kecil 29 Mei 1997 itu Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi dan Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar 6 Jun.
Datuk-Saifuddin-AbdullahSaifuddin yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates berkata, tidak ada sesuatu yang pelik apabila berlaku perletakan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.
“Begitu juga dengan kes di Perak selepas pilihan raya umum 2008, seeloknya diadakan pilihan raya kecil apabila tiga Adun Pakatan Rakyat beralih sokongan kepada BN,” katanya pada diskusi anjuran kerajaan negeri di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC).
Diskusi bertajuk ‘Demokrasi Di Malaysia’ turut mengundang anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator.

Surat untuk Ibu dan Ayah- Jika Suatu Hari Engkau Menjengukku di Penjara





SIMFONI KASIH TAUTAN HATI