Thursday, August 9, 2012
Video : Lembaran Aidilfitri, Kesusahan Mereka Apakah Kita Rasa??
Waaahh... sangat menyentuh hati, moga adik-adik, dan kita semua yang hidup mewah rasa kesusahan mereka, dan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Ringan kan hati menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Selamat Menyambut Hari Lembaran Aidilfitri buat semua Umat Islam, Maaf Zahir Batin :P)
Asrama Kota Puteri, Bestari di Sediakan Bagi Penempatan Sementara Pelajar UNISEL
Shah Alam : Isu penempatan asrama pelajar, Universiti
Selangor (Unisel) akan diselesaikan segera, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan
Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam Mesyuarat Exco baru-bari ini.
Menurut Halimah, penginapan sementara ini hanya
untuk menempatkan sebilangan kecil pelajar yang mendaftar awal di Unisel
sebelum Lembaga Unisel menilai masalah ini secara terperinci.
Tindakan ini diambil mengambil alternatif dengan
menyediakan penginapan sementara di Asrama Kota Puteri, Bestari Jaya, Kuala
Selangor.
“Sekiranya syarikat kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd
(JNSB) masih lagi tidak membenarkan hostel itu diduduki pelajar selepas
menjelangnya cuti Aidilfitri, maka Unisel akan mengadakan mesyuarat untuk
selesaikan masalah berkenaan.
Katanya lagi “kita tidak akan biarkan pelajar
Unisel ini terganggu pembelajarannya berikutan cara sebuah syarikat membina
bangunan (asrama) tujuan pembelajaran tidak memuaskan,”
Sementara itu, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr
Anuar Ahmad menyifatkan isu itu sengaja diada-adakan untuk menjatuhkan imej
serta kredibiliti universiti kerajaan negeri.
Beliau berkata, pihak pengurusan telah
memaklumkan kepada pelajar bahawa tarikh pendaftaran pelajar lama bagi semester
ini adalah pada 27 Ogos, iaitu selepas Aidilfitri.
“Jadi tidak timbul isu mengatakan kesemua pelajar
ini tidak dibenarkan tinggal di asrama atau dihalau keluar. Saya cukup kecewa
dengan isu penginapan yang dimainkan oleh pelbagai pihak.
“Mujurlah pelajar Unisel cukup matang dalam
mendepani semua isu sebegini, mereka bukan dari kalangan yang mudah terpengaruh
dengan andaian buruk,” katanya.
Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan lebih
3,000 pelajar Unisel bakal berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal
berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu enggan membenarkan mereka
menduduki asrama masing-masing.
Masalah itu didakwa berlaku kerana Unisel tidak
melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsesi sejak 15
bulan bagi pembayaran kampus induk dan tujuh bulan pengurusan asrama.
Editor : Khaulah Azwar
Wednesday, August 8, 2012
MB Di Halang Hadir Menyampaikan Sumbangan Sekolah
Shah Alam : Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussain membidas
tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menghalang Menteri Besar, menghadiri
majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di SMK Sultan Sulaiman, Bestari
Jaya baru baru ini.
Tindakan itu menindas wakil rakyat Pakatan Rakyat
kerana jabatan itu tidak pernah menghalang mana-mana wakil rakyat Umno-BN
menghadiri program sekolah.
“Jika benar mahu melaksanakan peraturan yang
tidak membenarkan ahli politik menghadiri program di sekolah, kuatkuasa kepada
semua wakil rakyat dan ahli politik.
“Namun ini tidak berlaku. Sekatan ini hanya
dikenakan kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Ini jelas membuktikan
Jabatan Pendidikan telah lari dari tanggungjawab penubuhannya dan lebih
berminat bermain politik,” katanya.
Menurut Faekah, minggu lepas Abdul Khalid, sebagai
ADUN Ijok tidak dibenarkan untuk menyertai majlis sumbangan ke SMK Sultan
Sulaiman di Bestari Jaya walaupun beliau dijemput oleh syarikat yang mahu
memberi sumbangan tersebut.
Abdul Khalid juga menyumbang RM 24,000 dari
Kerajaan Negeri.
Tindakan ini membuktikan mereka tidak menghormati
tugas dan tanggungjawab Tan Sri Abdul Khalid sebagai seorang wakil rakyat iaitu
Adun Ijok.
Ia juga menunjukkan sikap tidak malu JPN yang
menerima sumbangan RM 24,000 dari Kerajaan Negeri tetapi tidak sudi Abdul
Khalid menghadiri majlis pemberian sumbangan itu.
Halangan tersebut dikeluarkan melalui satu
pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kakitangan pejabat DUN Ijok.
Menurut SMS itu, Menteri Besar atau mana-mana
wakilnya dihalang menghadiri majlis penyerahan sumbangan.
Faekah berkata, Abdul Khalid selaku wakil rakyat
Ijok sewajarnya dijemput menghadiri program berkenaan kerana beliau turut
memberi sumbangan.
Jelas beliau, program tersebut bukan bermotifkan
politik sebaliknya program tanggungjawab sosial.
Beliau berkata, sekatan ini langsung tidak
dikenakan terhadap ahli politik UMNO-BN yang secara terang-terangan menghadiri
atau menganjurkan program berbaur politik di sekolah.
“Saya juga dimaklumkan pemimpin UMNO di Selangor
bebas keluar masuk ke sekolah untuk menghadiri program. Malah, (Ketua
Umno Selangor) Datuk Seri Noh Omar juga mengadakan lawatan ke Jabatan
Pendidikan Negeri baru-baru tanpa diketahui atas kapasiti apa.
“Adakah UMNO-BN tidak lagi mempercayai
KEMAS sehinggakan terpaksa mempergunakan Jabatan Pendidikan sebagai mata dan
telinga?,” katanya di Pejabat SUK, Shah Alam.
Editor : Khaulah Azwar
Thursday, August 2, 2012
ADUN Nafi Nikah dengan Abby
SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki
Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang
bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.
Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi
blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan
tohmahan yang tidak benar sama sekali.
Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.
“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh
timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik
bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi
hari ini.
Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah
Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru
sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah
pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.
“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini
terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah
satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah
ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.
“Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan
cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini
dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk
mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan
nama saya,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini.
Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium
laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang
hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar
mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.
Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, “hai abby... betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran” dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.
Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat ‘jodoh’ hasil
cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam
dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.
NOH Tak layak Soal Wang Rakyat
SHAH ALAM 3 OGOS : Dr Yaakob Sapari, Exco Selangor menafikan dakwaan Datuk Seri Noh
Omar yang kononnya Kerajaan Negeri menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai
kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Menurut Dr Yaakob, dana itu diperolehi menerusi
peruntukan Geran Selangorku bernilai RM5 juta bagi Program Pembasmian Rasuah
dan Penyelewengan.
Katanya, “Noh tidak layak berbicara soal wang
rakyat kerana beliau sendiri tidak mampu menyelamatkan penyelewengan dana
Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta oleh pemimpin Umno-BN”.
Jelasnya, sejak kepincangan itu didedahkan,
selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh tidak mengambil sebarang tindakan bagi
mendapatkan semula wang rakyat yang disalahgunakan oleh Pengerusinya, Datuk
Seri Mohamad Salleh.
“Selaku Menteri, Noh gagal menunaikan
tanggungjawab untuk berkhidmat dan menjaga amanah rakyat termasuk memastikan
tiada penyelewengan melibatkan dana kerajaan.
“Walaupun pinjaman RM250 juta diluluskan sebelum
Noh memegang kementerian itu, beliau sepatutnya mengambil langkah-langkah
tertentu untuk memastikan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mengembalikan
semula dana itu kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah beliau lagi, Geran Selangorku sememangnya
diperuntukan untuk kegunaan rakyat antaranya, Pengenalan Gaji Minima, Program
Memperkasakan Wanita, Pembinaan Infrastruktur Sukan, Pembaikan Infrastruktur
dan Program Pengukuhan Demokrasi.
Katanya, “bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri
bukan untuk membantu kroni, sebaliknya sebagai sokongan terhadap usaha dan
keberanian Rafizi mendedahkan kepincangan pengurusan dana rakyat.
“Rafizi adalah mangsa ketidakadilan sistem di
negara ini apabila pelapor kes rasuah dan penyelewengan dilayan seperti
pengganas dengan tangannya digari ketika dibawa ke mahkamah manakala suspek
rasuah pula diberi layanan VIP.
“Rakyat Selangor dan Malaysia dapat menilai
ketidakadilan yang berlaku di bawah pemerintahan Umno-BN.
Kita yakin bahawa penilaian ini akan
membawa kepada perubahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan datang,”
kata Dr Yaakob.
Editor : Khaulah Azwar
Mengimbau Sejarah Himpunan 901
GAMBAR BERSEJARAH DI HADAPAN MAHKAMAH: Tarikh 9 Januari 2012 JANGAN DILUPA.
Bakal Perdana MENTERI kita, TEERBUKTI TIDAK BERSALAH ATAS PERTUDUHAN LIWAT YANG JAHAT KE ATAS BELIAU. Sehingga kini LAWAN TETAP LAWAN!.........!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)







