Shah Alam : Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussain membidas
tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menghalang Menteri Besar, menghadiri
majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di SMK Sultan Sulaiman, Bestari
Jaya baru baru ini.
Tindakan itu menindas wakil rakyat Pakatan Rakyat
kerana jabatan itu tidak pernah menghalang mana-mana wakil rakyat Umno-BN
menghadiri program sekolah.
“Jika benar mahu melaksanakan peraturan yang
tidak membenarkan ahli politik menghadiri program di sekolah, kuatkuasa kepada
semua wakil rakyat dan ahli politik.
“Namun ini tidak berlaku. Sekatan ini hanya
dikenakan kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Ini jelas membuktikan
Jabatan Pendidikan telah lari dari tanggungjawab penubuhannya dan lebih
berminat bermain politik,” katanya.
Menurut Faekah, minggu lepas Abdul Khalid, sebagai
ADUN Ijok tidak dibenarkan untuk menyertai majlis sumbangan ke SMK Sultan
Sulaiman di Bestari Jaya walaupun beliau dijemput oleh syarikat yang mahu
memberi sumbangan tersebut.
Abdul Khalid juga menyumbang RM 24,000 dari
Kerajaan Negeri.
Tindakan ini membuktikan mereka tidak menghormati
tugas dan tanggungjawab Tan Sri Abdul Khalid sebagai seorang wakil rakyat iaitu
Adun Ijok.
Ia juga menunjukkan sikap tidak malu JPN yang
menerima sumbangan RM 24,000 dari Kerajaan Negeri tetapi tidak sudi Abdul
Khalid menghadiri majlis pemberian sumbangan itu.
Halangan tersebut dikeluarkan melalui satu
pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kakitangan pejabat DUN Ijok.
Menurut SMS itu, Menteri Besar atau mana-mana
wakilnya dihalang menghadiri majlis penyerahan sumbangan.
Faekah berkata, Abdul Khalid selaku wakil rakyat
Ijok sewajarnya dijemput menghadiri program berkenaan kerana beliau turut
memberi sumbangan.
Jelas beliau, program tersebut bukan bermotifkan
politik sebaliknya program tanggungjawab sosial.
Beliau berkata, sekatan ini langsung tidak
dikenakan terhadap ahli politik UMNO-BN yang secara terang-terangan menghadiri
atau menganjurkan program berbaur politik di sekolah.
“Saya juga dimaklumkan pemimpin UMNO di Selangor
bebas keluar masuk ke sekolah untuk menghadiri program. Malah, (Ketua
Umno Selangor) Datuk Seri Noh Omar juga mengadakan lawatan ke Jabatan
Pendidikan Negeri baru-baru tanpa diketahui atas kapasiti apa.
“Adakah UMNO-BN tidak lagi mempercayai
KEMAS sehinggakan terpaksa mempergunakan Jabatan Pendidikan sebagai mata dan
telinga?,” katanya di Pejabat SUK, Shah Alam.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment