Wednesday, October 20, 2010

Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

‘Tawan’ bangunan Umno simbolik tawan Putrajaya

KOTA BHARU, 20 Okt: Dengan ‘tertawan’nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk ‘menawan’ Putrajaya nanti.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat ‘ditawan’ Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.

Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.

“Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya,” ujarnya.

Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.

Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai.

Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi.

“Namun yang lebih penting kita juga turut membuat pinjaman bank,” ujarnya.

Kesal Tindakan Syabas "Tekanan Air terlalu rendah



Tmn Berjaya Gombak - Ketidak puasan hati salah seorang penduduk sekitar Kg. Kerdas apabila dilihat tekanan air terlalu rendah disekitar kediamannya.

En Hashim Maon berkata, "Kerajaan Pusat bukan sahaja gagal membantu rakyat Selangor mendapatkan kemudahan air yang murah malah gagal mengambil tindakan ke atas Dr Mohd Khir Toyo yang telah memberi konsesi secara cuai kepada syarikat kroni".
Kerajaan Persekutuan (UMNO/BN) harus ingat kemelut air di negeri ini bermula apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibenarkan menaikkan tarif air tanpa mengambil kira beban tanggungan rakyat yang masih merangkak di dalam kemelut ekonomi global.

Katanya, kerajaan BN yang dipimpin oleh Khir telah menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas di mana syarikat itu dibenarkan menaikkan tarif sehingga 37% pada 2009, 25% (2012), 20% (2015), 10% (2018) dan 5% (2021).
Kini keperitan itu semakin terasa oleh saya sekeluarga dan penduduk sekitar apabila air dirumah terlalu rendah. Amat menyukarkan saya dan keluarga untuk menggunakan air sedangkan ia merupakan 1 keperluan asas.

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya kerana setiap bulan bil air kami bayar tetapi kami tidak mendapat hak kami. Saya dan penduduk disini rasa 1 tekanan kerana tidak sanggup lagi mencari air di luar sekitar kawasan kediaman kami, katanya.
Saya juga difahamkan daripada 1 sumber yang sangat dipercayai dimana dalam 2 thn lagi seluruh selangor dan k.l akan mengalami masaalah besar iaitu tekanan air yang terlalu rendah kerana syabas telah memainkan peranan penting dengan memasang alat bagi mengawal tekanan air tersebut.

Bukan saya sahaja rasa dianayai oleh pihak Syabas tetapi mungkin beberapa penduduk disini juga mengalami masaalah yang sama. Saya amat berharap agar kedatangan saya mewakili penduduk disini bertemu dengan Dato' Dr Hasan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia sedikit sebanyak dapat menyelesaikan kemelut ini dengan baik dengan segera kerana kami tidak sanggup menahan sabar dengan tekanan yang diberikan oleh syabas.
Setelah mendengar masaalah dan tekanan yang dihadapi oleh En. Hashim, Dato' Dr Hasan telah meminta Pegawai beliau (Omar Satari) untuk mengambil aduan tersebut dan adakan 1 mesyuarat khas bersama Syabas untuk atasi kemelut air ini terutamanya di negeri selangor dan insya-allah akan diusulkan dalam mesyuarat Exco akan datang, katanya.

"Insya-allah, Kerajaan negeri akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memberi kefahaman kepada rakyat Selangor bagaimana kerajaan terdahulu telah menganiaya rakyat melalui pemberian konsesi kepada syarikat kroni".

“Kita yakin rakyat Selangor menyokong penuh usaha kerajaan negeri mempertahankan hak air ini dan sentiasa mendoakan kejayaan kita,” ujarnya lagi.



Editor :Khaulah Azwar

Jemputan Pemerkasaan Institut Keluarga K.Selangor


Salam sejahtera.. Dijemput jurufoto, wartawan dan semua rakyat untuk hadir ke program mesra rakyat (PMR) Daerah K. Selangor bersama YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia. Ahli –ahli panel terdiri daripada :

Moderator : Y.b Dato Dr Hasan Ali
Penceramah :

1) Dr Zulkifli Mohamad Albakri
2) Ustaz Haslin B Baharin
3) Ustaz Zulkarnain Hamzah
4) Ustaz Halim Din

Semoga sama-sama meluangkan masa cuti hujung minggu ini dengan manfaatkan perkara yang berfaedah bersama ahli keluarga untuk mengikut majlis-majlis ilmu, insya-allah.Disertakan "handbill" program untuk rujukan



Editor :Khaulah Azwar

Tuesday, October 19, 2010

Marah, Sabar, Redha dan Syukur..mana pilihan kita?- Ustaz Hashim Al-Maranji

Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (QS. Al-Baqarah : 216).

Ayat ini memiliki makna tentang indahnya keredhaan. Makna redha dengan pemberian atau ujian yang telah Allah tetapkan kepada kita merupakan kunci kejayaan dalam meraih kebahagiaan. Sesungguhnya keredhaan itu memiliki buah yang melimpah berupa keimanan. Orang yang redha dengan ketetapan Allah akan terangkat ke tempat yang mulia. Hal itu mempengaruhi keyakinannya menjadi mendalam dan memiliki akar yang kuat, tertanam dalam hati.

Barangsiapa yang hatinya penuh dengan redha terhadap ketetapanNya. Allah akan memenuhi hatinya dengan kekayaan, rasa aman, serta qonaah, selanjutnya Allah menjadikan hatinya penuh cinta, inabah, tawakal kepadaNya. Bagi orang yang tidak memiliki keredhaan terhadap ketetapan Allah, hatinya penuh dengan kebencian, kemungkaran, dan kemarahan, dirinya sibuk dengan hal-hal yang sifatnya menyalahkan Tuhan, menyalahkan diri dan mencari kesalahan pada orang lain. Sikapnya cenderung reaktif, sensitif terhadap apapun yang membuatnya terjauh dari kebahagiaan dan keberuntungan.

Kesabaran, keredhaan, kesyukuran akan mengosongkan hati dari berbagai keterikatan, ketergantungan. Hati dibiarkan hanya untuk Allah. Sikap tidak menerima terhadap qodo' atau ketetapan Allah akan menjauhkan isi hati dari segala sesuatu hal yang bersangkutan dengan Allah. Selalu mengeluh tidak mampu merasakan kurnia yang Allah berikan kepadanya, di matanya hanyalah rizki yang tidak pernah cukup, nasib yang tidak baik, musibah yang tak pernah kunjung hilang, kesakitan yang disangkanya tiada ubat. Dirinya merasa berhak untuk mendapatkan yang lebih dari semua itu. Di matanya apa yang menimpa dirinya adalah Allah yang telah memberikan nasib sial. Allah dianggapnya yang bertanggungjawab atas penderitaan yang dialaminya, sebab Allah yang selalu memberikan ujian, musibah, cubaan dan bencana padanya.

Itulah sebabnya menjadi penting untuk kita bersikap sabar, redha dan syukur menerima ketetapan Allah sekalipun ketetapan Allah terkadang pahit rasanya. Keredhaan hati menghilangkan kesedihan, menjauhkan dari bencana, mendapatkan kenikmatan dan kurnia yang besar sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala. ' Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah. mereka tidak ditimpa bencana dan mengikuti keredhaan Allah. Allah mempunyai kurnia yang besar.' (QS. Ali Imran : 174).

Perhatikanlah benar-benar yang Allah memberikan terlalu banyak nikmat kebaikan, apakan wajar sedikit ujian kesakitan atau musibah menghilangkan rasa sabar atau redha atau syukur kepada al-Khaliq yang memberikan nikmat kita bergerak, makan, minum, oksigen dsbnya. Nikmat mata tidak akan dapat digantikan atau dibayar senilai dengan kesakitan yg kita alami atau ujian menimpa untuk sementara walaupun berulangkali. Renungkanlah Rahman dan Rahim Allah sebelum mengeluh atau menyalahkan Yang Maha Pencipta. Katakan Tak Nak kepada hasutan syaitan!!!

Monday, October 18, 2010

Hasrat untuk membina penambahan sekolah Al-Huda, Bt 7 Gombak

Tmn Berjaya Gombak, Gombak - Dalam menghadapi alaf baru yang melonjak-lonjak dalam bidang ekonomi, politik dan sosial, tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan di mana dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, keselesaan prasarana sekolah, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.

Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini, maka pihak sekolah Sri Al-Huda Batu 7, Gombak berhasrat untuk membina sekolah dengan menambah beberapa kelas memandangkan penambahan bilangan murid semakin bertambah seramai 430 orang bilangan pelajar dan 40 orang guru setelah 20thn beroperasi yang mempunyai 1 sesi persekolahan.

Berkata, En Shahran Kassim bahagian unit pendafaran sekolah Al-Huda, untuk mencapai matlamat tersebut pihak sekolah telah berbincang dengan pihak pengetua untuk mendapatkan pandangan pembinaan sekolah tersebut daripada
YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam /ADUN Gombak Setia terlebih dahulu.
Katanya lagi, "saya tidak mahu membuat sebarang keputusan tanpa perbincangan oleh mana-mana pihak yang mempuyai kuasa mentadbir negeri kerana bimbang akan menjadi isu demi untuk menjaga keselamatan pelajar dan guru-guru di sekolah ini juga".

Perbincangan 2 hala perlu ada dalam pentadbiran sekolah dan pimpinan yang menerajui dikawasan gombak ini. Oleh itu atas persetujuan daripada pihak sekolah maka saya dan beberapa rombongan bertemu dengan Y.b Dato' Hasan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia untuk mendapatkan pandangan yang bernas. Samada ia mendatangkan kebaikan ataupun keburukan pada masa akan datang.
Pihak sekolah telahpun membuat surat permohonan dan lain-lain urusan pada agensi terbabit seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan lain-lain agensi, namun masih tiada jawapan daripada MPS, katanya.

Setelah mendengar permohonon dan pandangan daripada pihak sekolah, ADUN Gombak Setia Dato' Dr Hasan telah mencadangkan kepada pihak pengurusan sekolah agar perlu dapatkan kelulusan, surat menyurat dan lain-lain daripada MPS, Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Tanah.
Disamping itu juga, Dato' Hasan meminta agar pihak sekolah dapatkan sebut harga pembinaan dan membuat lakaran plan yang tepat mengenai sekolah tersebut.

Beliau memahami untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap, pasarana yang selesa dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru ini amat memerlukan kerja-kerja pengurusan yang sangat rapi dan teliti. Pengorbanan masa , idea yang bernas dalam memberi tumpuan sesuatu projek itu amat diberikan penekanan agar mendatangkan hasil yang baik.
Insya-allah jika semua urusan yang telah dibuat oleh pihak sekolah telah menerima maklum balas daripada pihak agensi yang terbabit, beliau akan membantu untuk membuat sokongan bagi memberi keselesaan pelajar, guru dan kakitangan sekolah tersebut, katanya.



Editor :khaulah azwar




Sunday, October 17, 2010

PAS turunkan calon berkualiti di Galas

Dengan hanya tinggal beberapa hari saja lagi hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dun Galas pada 26 November sementara hari mengundi 4 November suasana sekitar Dun Galas dalam Parlimen Gua Musang semakin sibuk.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga memutuskan hari yang sama penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah.Kerancakan menjelang pilihan raya di Dun Galas semakin bertambah di mana pemimpin PAS dan Umno/BN semakin kerap mengadakan perbincangan di kalangan parti masing-masing.

Di samping itu, bendera PAS dan Umno/BN sudah berkibar di sana sini, khususnya di tempat strategik – di simpang empat, jalan masuk ke kampung, tempat lapang, berdekatan dewan, tempat orang ramai biasanya berkumpul dan tidak kurang rancaknya berdekatan pasar malam dan pasar harian. Pelbagai petak jualan sekitar Dun Galas, membawa ke Gua Musang, malah hampir sampai ke Merapoh sudah kelihatan banyak yang ditandai, malah ada yang sudah didirikan.

Dengan pengalaman panjangnya menghadapi pilihan raya umum dan kecil sejak lebih 40 tahun, PAS sudah menduga, seperti kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad bahawa dalam mana-mana pilihan raya juga sama, Umno/BN hanya ada satu modul iaitu menggunakan sumber kewangan dan menabur pelbagai janji, termasuk janji membina satu jambatan baru di Manek Urai.

Jambatan dua lorong dianggarkan bernilai RM7 hingga RM10 juta itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen pilihan raya kecil tersebut, bagi menggantikan satu jambatan merentasi Sungai sedia ada di kawasan itu.

"Kita akan dedahkan balik janji-janji ini di Galas," kata Idris lagi kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun kini Umno/BN sudah mula menimbulkan masalah air bersih di Kelantan, termasuk di Gua Musang dan ini nampaknya antara permulaan siri ‘serangan’nya terhadap pemerintahan PAS Kelantan. Tentu saja PAS akan menjawab isu ini dalam kempennya nanti.

Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP dijangka akan datang membantu sepenuhnya seperti dalam mana-mana pilihan raya. Sudah tentu DAP dan PKR akan menumpukan perhatian kepada pengundi Cina di Dun tersebut. Malah undi Orang Asli juga akan menjadi perhatian dan kedua-dua pihak akan berusaha menarik mereka.

Kita yakin dengan pengalaman PAS yang panjang dan telah terbukti selama ini hingga mampu memerintah Kelantan lebih 20 tahun, PAS akan mengatur kempennya berdasarkan pengalaman ini. Sekali lagi kita akan melihat kemampuan PAS Kelantan, dibantu oleh PAS negeri-negeri dan pendukung PKR, DAP membuktikan kemampuannya untuk mempertahankan Galas. Dewan Muslimat pula akan mengerahkan Briged Muslimatnya yang baru ditubuh untuk membantu kempen tersebut. Sementara Dewan Ulama, Pemuda, Muslimat, malah Dewan Himppunan Penyokong PAS juga akan turun padang berhabis-habisan untuk kempen tersebut.

Dalam Pilihan Raya Umum Dun Galas pada 2008 dulu, Chek Hashim Sulaima telah menang majoriti 646 mengalahkan calon BN Mohamad Saufi Deraman, sementara dalam Pilihan Raya umum 2004, calon BN, Mohd Saufi Deraman mengalahkan calon PAS Chek Hashim Sulaima juga dengan majoriti 1,729.

Perlu diingat dalam PRU ke-12 dulu, Tengku Razaleigh kalah 316 undi di Dun Galas, walaupun beliau menang di Dun lain dalam parlimen tersebut.

Dun ini mempunyai pengundi 65.4 peratus Melayu, 22.3 (Cina), 1.8 (India), sementara lain-lain 10.5 peratus. PAS tentu tidak sukar untuk menawan pengundi Cina memandangkan sokongan yang diberi oleh mereka dalam banyak pilihan raya sejak PRU 12 dulu. Namun PAS tentunya bekerja lebih keras lagi untuk menawan pengundi India dan Orang Asli.

PAS sedang meneliti calonnya di peringkat akhir di mana dari nama-nama yang tersenarai pendek, PAS mempunyai tokoh berkaliber baik dari kalangan berlatarbelakangkan ilmu agama dan professional. Ini kelebihan PAS selama ini yang tidak sukar mencari calon berkaliber yang mampu memenuhi cita rasa rakyat.

PAS memiliki kalangan ulama, professional dan amilin yang berwibawa, yang terbukti selama ini berdasarkan gerak kerja mereka, perbahasan mereka yang bermutu di parlimen dan di Dun-Dun.

Lebih dari itu para tokoh PAS setakat ini bersih dari pelbagai amalan buruk seperti rasuah, penyelwengan, penipuan dan sebagainya. Rekod mereka selama ini telah membuktikan selama ini.

Adalah difahamkan, PAS negeri dan kawasan seluruh negara sedang membuat persiapan terakhir untuk menghimpunkan seluruh tenaganya bagi membantu kempen PAS di Galas, malah di Batu Sapi juga – bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Oleh kerana hari penamaan calon dan hari mengundi yang sama di Galas dan Batu Sapi, tentunya pemimpin Pakatan Rakyat terbahagi dua untuk berada di hari pengumuman calon di dua tempat itu. Belum diketahui.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI