Wednesday, September 22, 2010

Penyokong@blogger tegar Umno akui, pembangunan di Kelantan semakin rancak di bawah pemerintahan PAS




Oleh: Pria Malaya

Ikuti pengakuan blogger tegar Umno di bawah tentang hakikat pembangunan yang kian pesat dan rancak di kelantan di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan...

Maklumat lanjut tentang pembangunan yang telah, sedang dan akan wujud di Kelantan, boleh rujuk link2 di bawah...


1. Mundurkah Negeri Kelantan ???
2.
Kejayaan-Kejayaan PAS di Kelantan @ TKO
3. Inikah yang dikatakan mundur????
4. Uniquely Kelantan: What’s Hot and What’s Not..?



Dan jangan lupa baca pendedahan terbaru oleh s/u kerajaan negeri kelantan di sini, "Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan"..begitu hasadnya kerajaan persekutuan (Umno) sehingga tidak membahagi2kan kekayaan/peruntukan negara secara adil mengikut perlembagaan seperti negeri2 lain..

Akhir kalam, sila ikuti pengakuan blogger Umno (bumiyang.blogspot.com) ini dibawah..jika penyokong Umno pun mengaku pembangunan kini rancak di kelantan, maka tiada maksud lain, sukarlah laluan Umno utk merampas kembali negeri Kelantan...fikir2kan, wallahua'lam...;)

p/s: Tentang isu kononnya 'projek mega' di Kelantan oleh I'Da World Group Sdn Bhd kita abaikan dahulu, jangan mudah terpedaya..

Selepas 20 Tahun Pemerintahan Pas - Tumpat, Kelantan Bakal Pesat Membangun???

Penulis berpeluang menghabiskan hampir lima hari di negeri Kelantan semasa cuti sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.

Pada pandangan penulis negeri Kelantan kita sedang menikmati pembangunan yang agak pesat. Pastinya tidak boleh dinafikan sebahagian besarnya telah disumbangkan oleh projek-projek kerajaan Persekutuan yang bernilai lebih RM 7 Billion dalam RMK ke 9.

Walau bagaimanapun, pada pandangan penulis, kerajaan negeri Kelantan juga telah semakin berjaya menunjukkan kematangan mereka di dalam usaha untuk membangunkan negeri Kelantan.

Banyak projek-projek pembangunan yang hampir siap umpamanya di Wakaf Chek Yeh, Pasir Pekan, Pengkalan Chepa, Gua Musang, kawasan berdekatan Tesco dan lain-lain lagi telah sedikit sebanyak "merubah" landskap bandar-bandar dan pekan-pekan di negeri Kelantan yang dahulunya serba daif, dan kekurangan tetapi kini dilihat sedang pesat menyaingi negeri-negeri lain di Malaysia.

Pembangunan projek-projek perumahan dan kawasan banglo oleh pemaju-pemaju kecil juga di lihat telah merancakkan lagi pembangunan oleh kerajaan negeri.

Penulis percaya jika projek yang bakal diusahakan oleh I'Da World Group Sdn Bhd dapat direlisasikan maka pembangunan negeri Kelantan akan lebih pesat dan rancak terutamanya di bandar Tumpat yang berdekatan dengan tapak cadangan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7). Mungkin Ir Arif Fahmi sememangnya pandai buat kerja.... Ini hanya pandangan peribadi penulis dan ianya dibuat hanya sepintas lalu. Apapun pastinya ada pihak yang patut diberikan sedikit pujian.

Selama ini kita asyik membangunkan kawasan-kawasan yang didiami oleh majoriti orang-orang berketurunan Cina seperti di Pulau Pinang, Johor Baharu, Selangor dan lain-lain apa kata jika kerajaan Persekutuan kali ini lebih menumpukan kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera kerana selain akan dapat menaikkan taraf hidup mereka dan rakyaat keseluruhannya, kita juga akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber asli dan kegunaan tanah yang masih belum dieksploitasikan sepenuhnya.

Jika rayuan Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperolehi "Royalti Minyak" kelak dipenuhi oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kelantan juga mungkin berpeluang untuk mendapatkannya, tetapi saranan penulis, gunakanlah pendekatan yang lebih bijak kerana tuntutan di mahkamah pastinya tidak akan ke mana...

Jika perlu apa kata Pas sengaja "kalah" di dalam PRU 13 dalam usaha untuk memperolehi "royalti minyak" sebagaimana yang bakal diterima oleh negeri Terengganu. Apa salahnya Pas berkorban untuk rakyaat Kelantan? Mungkin apabila semuanya berjalan lancar, Pas mungkin boleh memenanginya semua dalam PRU 14 ataupun PRU ke 15 nanti. Bukankah kepentingan rakyaat Kelantan adalah lebih utama??? - bumiyang.blogspot.com

Tuesday, September 21, 2010

Program Menyemarakkan ISLAM Selangor (PROMISE)

Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE) yang berlangsung pada pagi Sabtu setiap minggu akan meneruskan pengajiannya kembali

Tarikh : 26 September 2010.

Tempat : Di dataran Perpustakaan dan Muzium Negeri di Shah Alam.

Tetamu Jemputan : 2 orang personaliti TV ¬iaitu Ustaz Zulkarnain Astro Oasis dan Ustaz Zamri TV9.

Sila ha...dir beramai-ramai bersama ahli keluarga. Juadah disediakan.

Peranan Ibubapa dan pelajar ketika menghadapi peperiksaan

Gombak - Majlis Bacaan Yasin dan solat hajat sempena ketibaan menjelang peperiksaan UPSR sesi 2010 telah diadakan baru-baru ini anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia dengan kerjasama PIBG, dan Masjid Al-Khairiah.
Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada ibubapa/penjaga , guru-guru sekolah dan semua pelajar - pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Ibubapa/penjaga telah didedahkan apakah peranan mereka harus lakukan ketika anak-anak bakal menghadapi peperiksaan dan peranan tanggungjawab seorang pelajar dalam menghadapi peperiksaan.

Selain daripada itu, ibubapa/penjaga juga telah didedahkan bagaimana menangani masaalah anak-anak yang mempunyai masaalah displin dan pelajaran.

Ceramah motivasi tersebut telah disempurnakan oleh Y. B Dato' Dr Hasan B. Mohamed Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Setia dengan kehadiran penyertaan hampir 1000 lebih kehadiran pelajar dan ibubapa/penjaga.
Dato' Dr Hasan berkata, program tersebut merupakan 1 usaha bagi membantu para pelajar untuk memberi keyakinan diri dalam menghadapi peperiksaan yang hampir tiba.

Selain daripada itu mereka sendiri harus berusaha dengan bersungguh-sunguh untuk mencapai impian mereka bagi meneruskan kehidupan hala tuju mereka untuk membentuk masa depan mereka kearah yang lebih baik dan cemerlang.
Jika para pelajar tidak membuat persediaan yang lebih awal dan membuat persediaan saat-saat terakhir saya yakin mereka tidak akan mencapai matlamat mereka. Masa depan mereka juga akhirnya akan terkandas kerana kelalain mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar.
Dato' Dr Hasan berkata lagi, sebagai seorang pelajar, mereka harus menanamkan sifat positif dalam diri, cara pemilihan kawan juga akan mempengaruhi kehidupan mereka, katanya dalam penyampaian ceramah tersebut.

Sementara itu, Pn Zalina Zakim yang menghadiri majlis tersebut bersama suami dan anaknya yang bakal menghadapi peperiksaan berkata "Alhamdulilah, saya amat bersyukur dan gembira sekali dengan program yang dianjurkan oleh ADUN Gombak Setia dengan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, kerana ia merupakan satu dorongan kepada para pelajar untuk membuat persediaan yang cukup untuk hadapi peperiksaan".
Selain daripada itu, mungkin ada diantara ibubapa/penjaga selama ini terlalu sibuk dengan hanya memberi tumpuan pada kerjaya mereka sehingga terlupa peranan untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada anak-anak mereka, tetapi saya yakin setelah mereka menghadirkan diri dalam program tersebut sedikit sebanyak pengisian motivasi yang disampaikan oleh ADUN Gombak Setia dapat memberi kesedaran pada kita semua dalam menjalankan tanggungjawab kepada anak-anak.
Dalam majlis yang telah diadakan bukan sahaja ibubapa/penjaga didedahkan ilmu yang bermakna mengenai berbagai peranan yang harus dilaksanakan tetapi dengan kehadiran ibubapa, guru-guru dan pihak pengurusan PIBG hari ini, maka disini terbentuknya ukhwwah antara keluarga pelajar, pihak pengurusan masjid dan pimpinan.
Guru-guru juga seharusnya diberi peluang untuk bersama pimpinan untuk mengikuti berbagai aktiviti kemasyarakatan. Dengan mengikuti program tersebut guru-guru dapat menjalinkan hubungan lebih rapat dengan masyarakat luar dan tidak hanya melibatkan aktiviti sekolah semata-mata.

Amat sesuailah jika Y.B Dato' Dr Hasan mengatakan masjid merupakan wahana tranformasi masyarakat” dimana ia merupakan tempat berbagai peringkat umur tanpa mengira pankat dan keududukan, katanya ketika ditemubual selepas majlis tersebut dilaksanakan.



Editor : Khaulah Azwar


GAMBAR YANG MENYEBABKAN PIMPINAN UMNO MERACAU DALAM TIDUR....


Gambar ini memaparkan kepada kita akan hormatnyaseorang Raja terhadap seorang ulamak yang selama inidifitnah dan dibenci oleh pemerintahan BN.

Pernahkah anda melihat sebelum ini,seorang Raja memberi laluan kepada seorang ulamak seperti gambar di atas..??

Maka dengan kuasa Allah, seseorang itu mampu dinaik dan dijatuhkan hanya dengan kehendakNya.

Monday, September 20, 2010

Hapuskan Gengster disemua kalangan kaum

KUALA LUMPUR, 21 Sept: PAS mahu pihak polis menumpukan usaha membanteras gangsterisme secara menyeluruh dan bukannya tertumpu pada kaum India sahaja seperti yang dipinta oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jika pihak polis mengikut kehendak emosi Murugiah, masalah gangsterisme tidak akan selesai kerana ia bukan wujud kalangan kaum India sahaja.

“Kenyataan Murugiah dengan sendiri memberikan gambaran buruk tentang masyarakat India dan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh beliau sebagai seorang menteri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, gejala gangsterisme ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi termasuk kalangan VIP dan ahli politik yang melindungi mereka.

Kumpulan gangster, katanya ada di mana-mana dalam negara kita termasuk dalam pilihan raya seperti serangan yang berlaku ke atas Markas Pemuda PAS ketika Pilihanr Raya Kecil Bagan Pinang.

Menurutnya, beberapa kawasan di Lembah Klang dikenali oleh masyarakat umum sebagai kawasan gangster seperti di Chow Kit, Jalan Pasar dan Jalan San Peng, Jalan Petaling dan Brickfield di Kuala Lumpur manakala di Selangor, kawasan Puchong dan Klang cukup ditakuti kerana menjadi sarang gangster dan ah long.

“Pemantauan dan siasatan terperinci untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini yang sebahagiannya terlibat dengan jenayah berat termasuk membunuh, menculik, menyiksa dan menyerang mangsa mereka,” ujarnya.

Justeru, katanya PAS berharap agar pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan tidak terbabit sama dalam memberikan perlindungan atau bersubahat dengan kumpulan gangster.

PAS, tambahnya mahu satu jaminan daripada pihak polis tentang keselamatan rakyat keseluruhannya.

Beliau berkata, negara ini sudah cukup terkenal sebagai negara transit dadah, pemerdagangan orang dan juga penyeludupan barang serta penjenayah dan amat merisaukan jika dalam negra sendiri gangterisma dibiarkan berleluasa.

“Hapuskan mereka tanpa mengira gangster India, Cina atau Melayu kerana tiada bangsa dan agama yang membenarkan kewujudan kumpulan samseng dalam komuniti mereka,” tegasnya.

Jemputan Bacaan Tahlil Untuk Marhummah Dato' Sosilawati & 3 Individu Yang Dibunuh Kejam

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan majlis tahlil untuk Allahyarham Dato' Sosilawati dan tiga individu yg dibunuh kejam.

Program berlangsung pada seperti berikut :-

Tarikh : 23/09/2010 selepas Maghrib
Tempat : Masjid As-Syakirin, Gombak..

Semua dijemput hadir,minta disebarkan..

2nd REMINDER : JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI.


Salam Sejahtera...

Di jemput Tan Sri, Y.B, Dato', Datin, Tuan, Puan dan Cik untuk menghadiri majlis rumah terbuka Y.B Dato' Dr Hasan B. Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor / ADUN Gombak Setia seperti berikut :-

Tarikh : 2 hb Oktober, 2010 (Sabtu)
Masa : 12;00tgh - 4:00 ptg
Tempat : Lot 3586,Jln 4/71B, Pinggiran Tmn Tun Dr. Ismail, 60000, K.Lumpur (Berhadapan Masjid Al-Ghufran).

Kehadiran semua amat dialu-alukan. Minta kerjasama semua sahabat-sahabat dan pengunjung blog ana, untuk linkkan pesanan ini, dan sila sebarkan dalam Email dan egroup, blog, facebook semua sahabat-sahabat.

Semoga pertemuan dalam majlis diberkati ALLAH swt mampu mengeratkan ukhwwah sesama insan antara pimpinan dan rakyat, insya-ALLAH.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI