Editor : Khaulah Azwar
Sunday, August 1, 2010
Pelancaran Dana Pembangunan Surau Al-Husna, Meriah
Editor : Khaulah Azwar
Sikap Lepas Tangan Di Selar
Dato' Dr Hasan berkata, pihak pemaju tidak begitu serius untuk memberi kerjasama dalam menangani masaalah tersebut. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah memberi notis mesyuarat dan meminta menghadirkan diri untuk melawat tapak projek berkenaan tetapi mereka gagal menghadirkan diri.
Tujuan memanggil pihak pemaju adalah untuk mengetahui status kedudukan rumah tersebut yang kini sudah 2 tahun lebih terbengkalai. Hanya tinggal 33 orang lagi pemilik rumah yang sepatutnya telah mendapat kunci rumah tetapi masih kini tiada jawapan.
Hanya kelihatan bangunan kosong yang tidak seindah digambarkan. Pemilik rumah yang melihat keadaan ini sudah pasti merasa kecewa dan menghadapi berbagai tekanan kerana mereka terpaksa menyewa rumah lain apabila pampasan sewa tidak dibayar lagi sejak 2 tahun yang lalu.
Dato' Dr Hasan memberi amaran bahawa jika pihak pemaju masih tidak memberi perhatian keatas pemasalahan ini beliau akan mengarahkan MPS mengambil tindakan termasuk mengkaji semula terma-terma perjanjian yang telah ditandatangani, katanya.
Editor : Khaulah Azwar
Saturday, July 31, 2010
Sikap Yang Baik

| |
| Huraian : |
|
i) Kita hendaklah berusaha sedaya upaya mengawal tingkahlaku agar dapat menunjukkan contoh teladan yang baik bagi masyarakat setempat. Sekiranya perbuatan kita yang baik itu menjadi ikutan orang lain maka kita akan diberi ganjaran pahala seolah-olah kita juga melakukannya. Contohnya amalan suka bersedekah, mengajarkan ilmu yang baik, menjaga aurat dan sebagainya. ii) Sebaliknya jika kita menunjukkan sikap dan perangai yang buruk kepada masyarakat, bukan sahaja kita akan mendapat kejian dan cacian malah sesiapa yang menjadikan kita sebagai ikutan mereka dengan bersikap suka menipu, berkelakuan tidak senonoh dan seumpamanya maka kita juga akan mendapat dosa yang sama seperti orang yang melakukannya. iii) Oleh itu berusahalah untuk menjadi individu yang baik dan terpuji kerana cerminan akhlak dan peribadi yang mulia akan menjulang kesejahteraan agama, bangsa dan negara. |
Friday, July 30, 2010
Bagaimana Cara Meraikan Anak-Anak Yatim Di Bulan Ramadhan ?
Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang saban tahun tidak pernah melupakan anak-anak yatim dalam penganjuran majlis mereka. Disamping dijamu makan anak-anak ini juga diberikan sumbangan yang berupa duit raya dan juga hadiah-hadiah yang lain.
Namun demikian ada beberapa perkara yang harus kita ambil kira. Ianya bukanlah satu peraturan yang harus kita patuhi tetapi hanyalah sebagai panduan.
1. Jangan memilih
Dirumah-rumah jagaan anak-anak yatim bukanlah semuanya dihuni oleh anak-anak yatim atau piatu sahaja. Terdapat juga anak-anak yang miskin dan anak-anak terbiar. Oleh yang demikian janganlah kita sebagai penganjur meletakkan syarat untuk menjemput anak-anak yatim atau piatu sahaja.. Jemputlah semua anak-anak yang ada disitu. Jangan dipinggirkan anak-anak yang lain. Jangan lupa juga untuk menjemput 3 atau 4 orang pengiring yang terdiri dari pengurus atau pekerja dari rumah tersebut.
2. Sediakan kenderaan atau tambang
Rumah-rumah anak yatim tidaklah mempunyai peruntukan yang besar bagi membiayai tambang atau sewa bas. Jika anda ingin menjemput mereka sediakan kenderaan yang sesuai. Atau jika mereka perlu uruskan sendiri pengangkutan, berikan sedikit peruntukan untuk sewa pengangkutan pergi dan balik. Jika syarikat atau jabatan anda memiliki bas sendiri adalah lebih baik.
3. Tempatkan mereka bersama tetamu anda yang lain
Jangan diasingkan anak-anak tersebut diruang yang khas yang berasingan dari tetamu lain. Tempatkan mereka bersama-sama tetamu lain. Mereka ingin sekali berinteraksi dan bermanja dengan orang lain. Adalah lebih afdhal jika mereka diselangselikan dengan tetamu disetiap meja.
4. Anak-anak yatim bukanlah bahan pameran
Seringkali berlaku anak-anak yatim ini akan dapat bertemu dengan tetamu khas seperti VIP atau artis ketika sesi bergambar atau sidang akhbar. Sebelum itu mereka ditempatkan dimeja barisan belakang. Mereka cuma dipanggil kedepan apabila tiba sesi bergambar atau ketika menjadi latarbelakang sesi fotografi artis.
5. Selera kita mungkin sama dengan selera mereka
Adalah tidak manis jika tetamu dihidangkan dengan makanan yang berbeza dengan anak-anak yatim. Mereka juga ingin menikmati juadah yang istimewa seperti orang lain. Oleh yang demikian jangan diasingkan hidangan mereka dengan hidangan tetamu-tetamu lain.
6. Jika memberi hadiah, berilah kepada semua
Jika anda akan memberi sumbangan atau cenderamata berikan kepada semua mereka. Tentukan jumlah mereka yang akan hadir dan sediakan sumbangan atau cenderamata yang secukupnya. Selain dari wang mereka juga memerlukan pakaian dan alat-alat tulis.
7. Beri peluang mereka tunjukkan bakat
Kebanyakan rumah anak-anak yatim mempunyai pasukan kompang atau nasyid mereka sendiri. Selain dari persembahan artis jemputan, mereka peluang anak-anak ini menunjukkan bakat mereka. Mereka merasa dihargai jika diberi peluang memberikan persembahan mereka. Tapi jangan lupa memberi notis awal semasa mengundang mereka. Mereka juga mempunyai aturacara yang ketat sepanjang bulan ramadhan.
8. Jangan tahan mereka hingga larut malam
Anak-anak perlu menjalani tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Mereka perlu hadir kesekolah pada awal pagi. Oleh yang demikian jangan menahan mereka didalam majlis anda sehingga larut malam. Lepaskan mereka pulang lebih awal supaya mereka dapat bangun sahur dengan segar dan seterusnya dapat bersekolah esok paginya. Awalkan acara penyampaian sumbangan dan cenderamata.
Semoga apa yang dipaparkan diatas boleh menjadi panduan kepada kita semua dalam mengendalikan majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim kelak. Jika anda ingin membuat sebarang penambahan atau komen, dipersilakan.
Sekiranya anda ingin mengundang anak-anak yatim untuk majlis anda kami senaraikan beberapa cadangan disini :
1. Persatuan Anak Yatim Flat Sri Sabah, Cheras, KL
No. Telefon : 019-3090771 (Abang Jo)
2. Pondok Penyayang Raudah, Batu 11 Gombak, Selangor
No. Telefon : 016-2373327 (Ustaz Mukhtaruddin)
3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, KL
No. Telefon : 019-2519082 (Ustazah Sarimah)
Wednesday, July 28, 2010
Oleh Ustaz Muhammad Abduh - Puasa Setelah Pertengahan Sya'ban
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا ان�'تَصَفَ شَع�'بَانُ فَلاَ تَصُومُوا
"Jika tersisa separuh bulan Sya'ban, janganlah berpuasa." (HR. at-Tirmidzi no. 738 dan Abu Daud no. 2337)
Dalam lafaz lain,
إِذَا كَانَ الن�`ِص�'فُ مِن�' شَع�'بَانَ فَلاَ صَو�'مَ حَت�`َى يَجِىءَ رَمَضَانُ
"Jika tersisa separuh bulan Sya'ban, maka tidak ada puasa sampai datang Ramadhan." (HR. Ibnu Majah no. 1651)
Dalam lafaz yang lain lagi,
إِذَا كَانَ الن�`ِص�'فُ مِن�' شَع�'بَانَ فَأَم�'سِكُوا عَنِ الص�`َو�'مِ حَت�`َى يَكُونَ رَمَضَانُ
"Jika tersisa separuh bulan Sya'ban, maka tahanlah diri daripada berpuasa hingga datang bulan Ramadhan." (HR. Ahmad)
Sebenarnya para ulama berselisih pendapat dalam menilai hadits-hadits di atas dan hukum mengamalkannya.
Di antara ulama yang menshahihkan hadits di atas adalah At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Al Hakim, Ath Thahawiy, dan Ibnu `Abdil Barr. Di antara ulama kontemporari yang menshahihkannya adalah Syaikh Al Albani rahimahullah.
Sedangkan ulama lainnya mengatakan bahawa hadits tersebut adalah hadits yang mungkar dan hadits mungkar adalah di antara hadits yang lemah. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah `Abdurrahman bin Mahdiy, Imam Ahmad, Abu Zur'ah Ar Rozi, dan Al Atsrom. Alasan mereka adalah kerana hadits di atas bertentangan dengan hadits,
لاَ تَقَد�`َمُوا رَمَضَانَ بِصَو�'مِ يَو�'مٍ وَلاَ يَو�'مَي�'نِ
"Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa." (HR. Muslim no. 1082). Jika difahami daripada hadits ini, bererti boleh mendahulukan sebelum ramadhan dengan berpuasa sebelum dua atau satu hari memasuki Ramadhan..
Al Atsrom mengatakan, "Hadits larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya'ban bertentangan dengan hadits lainnya. Ini kerana Nabi shallallahu `alaihi wa sallam sendiri berpuasa di bulan Sya'ban seluruhnya (kebanyakannya) dan beliau lanjutkan dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Dan hadits di atas juga bertentangan dengan hadits yang melarang berpuasa dua hari sebelum Ramadhan. Kesimpulannya, hadits tersebut adalah hadits yang syadz, bertentangan dengan hadits yang lebih kuat."
At Thahawiy sendiri mengatakan bahawa hadits larangan berpuasa setelah separuh Sya'ban adalah hadits yang mansukh (sudah dihapus). Bahkan Ath Thohawiy menceritakan bahawa telah ada ijma' (kesepakatan ulama) untuk tidak beramal dengan hadits tersebut. Dan kebanyakan ulama memang tidak mengamalkan hadits tersebut.
Namun ada pendapat daripada Imam Asy Syafi'i dan ulama Syafi'iyah, juga hal ini selari dengan pendapat sebahagian ulama terkemudian daripada Hambali. Mereka mengatakan bahawa larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya'ban adalah bagi orang yang tidak memiliki kebiasaan berpuasa ketika itu. Jadi bagi yang memiliki kebiasaan berpuasa (seperti puasa Isnin-kamis) , boleh berpuasa ketika itu, menurut pendapat ini. (Lihat Lathoif Al Ma'arif, 244-245)
Puasa Satu atau Dua Hari Sebelum Ramadhan
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,
لاَ تَقَد�`َمُوا رَمَضَانَ بِصَو�'مِ يَو�'مٍ وَلاَ يَو�'مَي�'نِ إِلا�`َ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَو�'مًا فَل�'يَصُم�'هُ
"Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah. " (HR. Muslim no. 1082)
Berdasarkan keterangan dari Ibnu Rajab rahimahullah, berpuasa di akhir bulan Sya'ban ada tiga model:
Pertama, jika berniat dalam rangka berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas terlarang.
Kedua, jika berniat untuk berpuasa nadzar atau mengqadha puasa Ramadhan yang belum dikerjakan, atau membayar kafarah (tebusan), maka kebanyakan ulama membolehkannya.
Ketiga, jika berniat berpuasa sunnah semata, maka ulama yang mengatakan mesti ada pemisah antara puasa Sya'ban dan Ramadhan melarang hal ini walaupun itu menyamai kebiasaan dia berpuasa, di antaranya adalah Al Hasan Al Bashri. Namun yang tepat dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan ataukah tidak sebagaimana makna tekstual dari hadits. Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kebiasaan dia berpuasa �seperti puasa Isnin-Kamis- , maka itu dibolehkan. Namun jika tidak, itulah yang terlarang. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy Syafi'i, Imam Ahmad dan Al Auza'i. (Lihat Lathoif Al Ma'arif, 257-258)
Kenapa ada larangan mendahulukan puasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan?
Pertama, jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah dalam rangka hati-hati, maka hal ini terlarang agar tidak menambah hari berpuasa Ramadhan yang tidak dituntut.
Kedua, agar memisahkan antara puasa wajib dan puasa sunnah. Dan memisahkan antara amalan yang wajib dan sunnah adalah sesuatu yang disyariatkan. Sebagaimana Nabi shallallahu `alaihi wa sallam melarang menyambungkan shalat wajib dengan shalat sunnah tanpa diselangi dengan salam atau dzikir terlebih dahulu. (Lihat Lathoif Al Ma'arif, 258-259)
Tuesday, July 27, 2010
Peneroka Sg Buaya nanti janji UMNO-BN
RAWANG – Peneroka Felda Sungai Buaya di sini masih menantikan janji UMNO BN untuk melangsaikan wang pendahuluan dan pampasan tanah mereka sepertimana yang dijanjikan pada pilihan raya kecil (PRK) yang lalu.
Pada PRK Hulu Selangor April lalu, UMNO BN berbelanja besar bagi memastikan kerusi Parlimen terbabit menjadi milik mereka. Antara janji manis yang dicanang UMNO-BN seperti yang dilaporkan media massa adalah isu penyelesaian pampasan tanah terbabit.
Para peneroka Sungai Buaya yang sememangnya bergelut dengan masalah tanah semenjak 15 tahun lalu,kini berasa seolah-olah dipermainkan UMNO BN apabila wang yang dijanjikan masih tidak dilangsaikan malah tidak terlihat sebarang usaha bagi menyelesaikan masalah lapuk peneroka sejak kerajaan selangor di bawah pentadbiran UMNO BN.
Menurut Ketua Kampung Sungai Buaya, Saidin Busu, segala permasalahan ini sudah diutarakan kepada kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan perkara ini setelah kerajaan pusat masih gagal membuat sebarang tindakan.
“Setakat ini kami sudah pun berjumpa dengan pihak kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri akan turun padang. kami mahukan hak kami dikembalikan”,katanya.
Seramai 363 peneroka Felda Sungai Buaya keluar daripada tanah rancangan itu pada 1994 bagi memberikan laluan kepada pembangunan dengan setiap peneroka dijanjikan bayaran pampasan RM 1 juta termasuk rumah
oleh pemaju Murna Jaya Development Bhd.
Bagaimanapun projek terbabit terbengkalai ekoran krisis ekonomi 1997 dan sehingga kini peneroka terbabit menerima tidak lebih daripada RM 250 ribu seorang dalam bentuk wang tunai secara ansuran atau rumah.
UMNO BN cuba mengaburi mata peneroka dengan habuan RM 50 ribu sebagai bayaran pendahuluan pampasan tanah oleh kerajaan persekutuan. Bayaran itu dalam bentuk Rm1,000 tunai dan bakinya dalam bentuk
bank draf yang boleh ditunaikan atau dilaburkan oleh penerima terbabit.
Nilai yang dipersetujui kerajaan persekutuan adalah RM 160 ribu seekar (0.4 hektar) ketika kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.






