Sunday, August 1, 2010

Pelancaran Dana Pembangunan Surau Al-Husna, Meriah

Tmn Selasih Fasa 1, Gombak - Pelancaran Dana Pembangunan Surau Al-Husna bagi menaiktaraf surau tersebut telah diadakan baru-baru ini dengan mengadakan majlis makan buah-buah tempatan bersama penduduk bagi merapatkan ukhwah antara pimpinan dan rakyat.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia.

Pengerusi Surau, Prof Dr Yusoff Hj Mohamed berkata, "alhamdulilah penduduk sekitar disini sentiasa memberi kerjsama dengan pihak surau dan program-program yang dijalankan disurau juga telah mendapat sambutan yang baik".

Dengan mengadakan berbagai program surau disini, pihak pengurusan pentadbiran surau telah bersetuju untuk memberi keselesaan kepada pendududuk dan pengguna luar yang datang ke surau ini dengan menaiktaraf infrastruktur surau seperti membetulkan syiling, tandas, menambahkan kemudahan-kemudahan asas dan sebagainya untuk kegunaan semua ahli qariah .Alhamdulilah dengan kerjasama semua penduduk, pihak surau telahpun berjaya mengumpul dana tersebut sebanyak RM43 ribu ringgit dan masih lagi memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan lain dimana anggaran keseluruhan kos tersebut sebanyak RM400 ribu ringgit .
Sementara itu YB Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia melahirkan rasa kesyukurannya kerana semua rakyat disini memberi kerjasama kepada pihak pengurusan surau dan mengimarahkan rumah-rumahALLAH dengan mengadakan berbagai aktiviti.
Seharusnya aktiviti dan kerjasama ini harus diteruskan agar rumah-rumah ALLAH ini tidak mati. Tiada gunanya surau dan masjid dibina dengan begitu megah tetapi tiada yang hadir untuk menghidupkan rumah ALLAH.
Jesteru itu, beliau menyarankan kepada semua penduduk sekitarnya agar membawa ahli keluarga untuk solat berjemaah dan mengikuti semua aktiviti-aktiviti yang telah disusunkan oleh pihak AJK pengurusan surau ataupun masjid, katanya.




Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI