Wednesday, February 10, 2010

Mesti Baca- propaganda lagi...

Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka dia memperolehi pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutnya, tanpa dikurangi sedikit pun dari pahala-pahala orang yang mengikutinya. Sedang sesiapa yang mengajak ke arah kejahatan, maka dia memperolehi dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutnya, tanpa dikurangi sedikit pun dari dosa-dosa orang yang mengikutinya."


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Tambah sikit…

Madu & habbatussawdadisebut sebagaipenawar (ubat) dalam Al-Quran/Hadith... Allah yang menurunkan Al-Quran & Hadith...DIAlah yangmenciptakan manusia. Maka, DIAlah YangMaha Mengetahui penawar terbaik untuk manusia ciptaanNYA.. Jadi kenapa perlu bergantung kepada ubat ciptaan Yahudi yang telah diketahui mempunyai kesan sampingan & menambah penyakit


MESTI BACA - Warkah Buat YB Zulkilee Noordin


"

Buat YB yang amat saya hormati. Terlebih dahulu saya merasa amat kesal dengan tingkahlaku YB dalam beberapa isu yang saya rasakan tidak sepatutnya berlaku bagi seorang pemimpin seperti YB . Dalam wanwancara saudara melalui saluran media yang tahap kebolehpercayaan yang rendah, saudara sebenarnya terperangkap dengan soalan-soalan yang cuba melaga-lagakan sesama rakan pakatan.

Serangan saudara terhadap DAP adalah serangan tanpa fakta dan tidak berasas. Seolah-olah saudara hanya berpandukan maklumat yang dihebahkan oleh media pro kerajaan. Kenapa perkara ini berlaku.! Jika suadara kata DAP parti perkauman cina yang mula menunjukkan belang ..apa pula dengan UMNO.

Tidakkah UMNO juga lebih dahsyat , kes Memali umpanya. Lupakan saudara. Mana pertimbangan saudara dalam isu ini. Tidakkah saudara bertanya pada Guang Eng kenapa beliau dipenjarakan suatu ketika dulu. Bukankan atas sebab membela seorang perempuan Melayu yang mendakwa dirinya dirogol oleh salah seorang pemimpin UMNO.

Jika nasib Melayu Islam seperti yang diperjuangkan oleh saudara dalam beberapa isu terkini seperti isu penggunaan kalimah Allah , tidakkan saudara bertanya pada DAP siapa punya angkara yang menyebabkan anak-anak muda hari ini menjauhkan diri dari Islam, siapa yang membenarkan program-program yang melalaikan umat Islam .

Lihatlah pakaian anak muda kita yang beragama Islam . Siapa penganjur pesta maksiat ini? Adakah DAP ! Harap saudara YB menjawabnya. Sedar atau tidak sedar bukan isu nama Allah sahaja yang perlu ditangani secara bijak . Kita juga hendaklah konsisten dan bijak dalam menangani pelbagai isu sensitif ini. Jika rakyat didik dalam keadaan yang berlebihan dengan hiburan , tidakkan ianya lebih bahaya dari apa yang berlaku sekarang.

Dalam kes Halimaton Saadiah seorang kakitangan awam yang dipecat atas sebab pemakaian purdah suatu ketika dahulu siapakan peguamnya. Adakah dari UMNO ! Jawapannya sudah tentu tidak.

Tak lain tak bukan YB Karpal Singh. Dari mana datang parti beliau ? Sudah tentu dari DAP yang digelar oleh saudara dan beberapa rakan seangkatan dengan saudara selaku ekstrimis cina.Mana perginya peguam Melayu Islam yang hebat masa itu?

Penulisan ini bukannya untuk membela DAP tetapi sebagai gambaran yang menunjukkan betapa DAP sebenarnya bukan hanya untuk perjuangan kaum cina bahkan untuk golongan orang Islam .

Tidakkan saudara YB sedar bahawa nasib orang Melayu di Pulau Pinang sebenarnya bukannya berpunca dari tindakan YB Guan Eng tetapi lebih 50 tahun UMNO bersama Gerakan di Pulau Pinang apa yang mereka buat.? Kenapa baru sekarang nak dibela. Janganlah saudara kutip fakta sampah dari akhbar yang tiada intergriti. Dapatkan fakta yang jelas dari YB Guang Eng atau dari Laporan audit.

Jika saudara jujur untuk bela orang Melayu , tahun lepas bila ada rumah orang Melayu di Johor kena roboh langsung senyap sepi tiada berita. Kenapa tidak ada suara-suara yang marahkan kerajaan Johor pada waktu itu

Sikap saudara yang lebih UMNO dari UMNO sebenarnya banyak merugikan Pakatan dalam persiapan menghadapi PRU ke 13.

Banyak persoalan yang timbul seolah - seolah saudara ibarat jurucakap UMNO yang baru. Banyak isu besar negara yang perlu disentuh dan diperjuangkan oleh suadara tetapi tidak kedengaran Isu PKFZ,ALTANTUYA,ENJIN JET HILANG, ISU PERTUDUHAN LIWAT DSAI seolah-olah hilang begitu sahaja. Wang rakyat berbilion hilang, tapi saudara asyik terpaut dengan dendangan lagu UMNO. UMNO dari dulu memang menjadikan DAP sebagai senjata untuk menjauhkan orang Melayu dengan mereka.

Sebab itulah bilamana saudara muncul dalam kaca TV 3/4 saya mengamati dengan jelas cakap-cakap saudara yang kebanyakkan bersumber dari media milik UMNO.

Begitu juga dengan Isu laporan Polis saudara terhadap YB Khalid Samad. Adakah Saudara sudah merujuk secara peribadi pada YB Khalid Samad atas ucapannya yang bagi saya tidak bercanggah langsung dengan Hukum hakam .Jika ada nas yang saudara boleh kemukakan barulah saya dapat menerima apa yang diperjuangkan oleh saudara. Kenapa saudara tidak mempertikaikan kenyataan menteri UMNO yang membenarkan penggunaan perkataan ALLAH di Penang, Wilayah, Sabah dan Sarawak .

Tidak ada orang Islam kah di negeri berkenaan. Kenapa tiada laporan Polis dibuat. Jangan cuba untuk menjadi jaguh.

Sedarkah saudara ..kebanyakkan lagu-lagu bagi setiap negeri juga menggunakan perkataan Allah . Sebagai contoh Kedah, Johor dan lain-lain negeri. Adakah perlu untuk lirik lagu itu ditukar bagi mengelakkan dari orang-orang bukan Islam menyebutnya semasa menyanyikannya. Harap saudara menjawabnya jangan tak jawab.

Tidak sedar lagikan saudara tentang prestasi negeri-negeri di bawah UMNO yang kaya seperti Sabah dan Sarawak misalnya. Pemimpinnya kaya tetapi bagaimana rakyatnya. Kenapa negeri ini masih miskin sedangkan hasil balak, duit royalti saban tahun kemana hilangny! Inilah tugas seorang YB yang berjaya jika mampu mendapatkan maklumat - maklumat seperti ini.Laporan Audit dinegeri2 bawah BN adakah saudara melihatnya.

Janganlah kita asyik nak menuduh sesama rakan komponen. Bincanglah secara Profesional. Adab berjemaah hendaklah dijaga. Kredit pada UMNO kini sudah diberi yang rugi ialah rakyat.

Selagi kerajaan yang ada masih dipegang oleh UMNO tunggulah akibatnya. Segala kemungkaran dan kerosakan akan lebih dahsyat. Rasuah makin berleluasa.

Penyalahgunaan kuasa juga akan menjadi-jadi. Hiburan akan semakin menjadi-jadi. Artis disanjung ulama dihina.

Adalah amat malang bagi rakyat Malaysia yang memiliki Pemimpin seperti saudara. Saudara cuba nak berselindung disebalik keadilan Islam . tetapi dalam masa yang sama jiwa saudara penuh dan sarat dengan fahaman kebangsaan yang didokong oleh UMNO.

Maaf jika saya terkasar bahasa..tetapi inilah luahan isi hati pendokong Pakatan yang kecewa dengan sikap mementingkan diri sesetengah ahli Parlimen Pakatan rakyat .

Buat pemimpin Pakatan Rakyat inilah masanya untuk menilai semulah pemimpin yang ada. Lakukanlah perubahan . Bersihkanlah Parti dari mereka yang tidak setia serta bermasalah dengan segera.

Wallahu'alam

JK Disiplin: Ikut saluran, bukan kritik terbuka



Salam.... alhamdulilah... dikesempatan ini, ana ingin memberi komen daripada DTI mengenai isu YB Dato hasan dan Khalid.. so.. ana penat nak jwb semua soalan2..yg ana terima sms/YM/Email.. yg terbaik ana rasa ikutilah wacara daripad DTI sendiri..kita ikut saluran yg betul bukan asyik mengkritik, bertanya dan mendpt saluran yg salah..buat kerja jemaah taknak.. jglah adab2 dalam jemaah..hormati keputsan syura' dan yg terbaik ana rasa.. bg le tumpuan pada gerak kerja jemaah yg masih bnyk kita blm buat.. jgn terleka walaupun sesaat..musuh2 ISLAM sentiasa memainkan peranan.... so siapa yg terkena dgn ana hari ini mohon maaf bnyk2.. ALLAH lebih mengerti mengapa jd begini.. jlnkan tgjwb kita sbg khalifah.. waallahhualam..

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, perlu mengikut saluran yang ada dan bukannya mengkritik secara terbuka.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengkritik jawatankuasa itu secara terbuka adalah tidak wajar memandangkan parti mempunyai saluran khas iaitu Jawatankuasa Rayuan bagi menerima sebarang bantahan.

"Kalau ikut prosedur parti, memang dilarang, kita tak puas hati kita bantah Jawatankuasa Disiplin, sepatutnya tidak berlaku."Mana-mana tak puas hati, ikut peraturan yang ada, pergi ke Jawatankuasa Rayuan yang ada, " katanya ketika ditemui Harakahdaily.Selain tidak sepatutnya berlaku,

Tuan Ibrahim juga mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana ianya boleh membentuk satu persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin dan PAS itu sendiri.

"Kita ada adab kita, ada akhlak kita dalam jamaah yang kita kena jaga, kalau tak boleh jaga akhlak, mengkritik tanpa adab, bukan sahaja menggambarkan kita tidak beradab tetapi yang lebih besarnya takut kita membentuk satu persepsi salah,"

katanya yang juga Naib Presiden PAS.Jawatankuasa Disiplin, jelasnya hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan parti dan bertidak dengan asas yang kukuh.Tugas utama jawatankuasa itu, jelasnya adalah untuk melihat perjalanan parti dengan baik dan menyekat elemen-elemen yang dianggap merugikan parti yang dibuat oleh ahli.

"Kita bukan nak hukum orang, bagi kita, seseorang itu tidak akan bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah."Bila ada kes, kita kena jatuh hukuman, biasalah kita jatuh hukuman, ada yang setuju dan tidak setuju tak boleh nak elak, memang akan ada yang gembira dan akan ada yang dukacita," katanya lagi.Berhubung cadangannya agar anggota jawatankuasa disiplin bukan daripada AJK PAS Pusat, beliau berkata cadangan tersebut bukan bererti beliau mahu lari dari tanggungjawab, tetapi mahu jawatankuasa tersebut dilihat adil.Beliau turut mengakui, cadangan tersebut sukar untuk dilaksanakan dan akan memakan masa yang lama kerana melibatkan pindaan perlembagaan PAS.

"Bukan saya nak lari dari tanggungjawab, soalnya adalah Jawatankuasa Disiplin bukan sahaja hukuman adil, tapi dilihat adil, itu yang payah," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli parti menumpukan kepada agenda lebih besar, iaitu gerak kerja pilihan raya berdepan Umno/BN daripada sibuk mengkritik PAS atau Pakatan Rakyat.Hujung bulan lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan Khalid digantung enam bulan daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat, manakala Hasan Ali diberi amaran bertulis.Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.


Jangan diskriminasi Adun Pakatan - Nizar

IPOH, 10 Feb: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin mahu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mendiskriminasi Adun Pakatan dan menunjukkan keikhlasan jika benar-benar mahu mereka memberikan kerjasama.

Pada sidang media di Pejabat PAS Perak malam tadi, beliau berkata, Adun Pakatan sedia memberikan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan negeri namun segala sekatan ke atas Adun Pakatan Rakyat perlu dihentikan.

Ianya termasuk tidak menghalang peruntukan kepada setiap Adun Pakatan Rakyat supaya mereka dapat meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat tanpa batasan perkauman dan fahaman politik.

Adun Pakatan juga perlu diberi kebenaran menggunakan dewan-dewan orang ramai untuk kebaikan rakyat.

Nizar juga mahukan Kerajaan BN Perak memberikan ruang yang secukupnya kepada Pakatan Rakyat untuk turut serta dalam Jawatankuasa Tindakan Dewan Negeri.

Pada sidang media itu juga Nizar turut menyatakan rasa sedihnya di atas keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memihak kepada Zambry, sambil menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu sejarah hitam, bukan sahaja bagi negeri Perak, malah bagi seluruh negara.

Keputusan yang dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan tersebut katanya, memperlihatkan seolah-olah menyokong kerajaan haram di Perak dengan hujah-hujah yang tidak konsisten berbanding dengan kes-kes yang hampir sama berlaku di Sabah.

Mengenai kemungkinan beliau membuat rayuan ‘review’ terhadap penghakiman tersebut, Nizar menegaskan beliau tidak berminat dan tidak mahu membuang masa kerana urusannya sangat rumit.

Nizar memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan bertindak sebagai pembangkang yang kuat dan sihat serta berkesan dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan dalam masa yang sama akan meneruskan kerja-kerja sebagai wakil rakyat yang prihatin terhadap masalah rakyat.


Juara Rakyat bukti Umno lemah

ALOR SETAR, 10 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, apabila pemimpin Umno menyatakan program Juara Rakyat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) membuktikan BN sudah hilang sokongan rakyat.

Sehubungan itu, tegasnya, PAS tidak tergugat dengan program Juara Rakyat yang sedang dianjurkan oleh Umno di seluruh negeri kebelakangan ini.

"Program tersebut hanyalah sebuah program turun padang bagi pemimpin parti mereka mendekati rakyat. Oleh kerana itu, PAS yang menerajui Pakatan Rakyat (PR) di Kedah tidak akan tergugat sedikit pun dengan program yang mereka anjurkan.

"Apabila pemimpin mereka menyatakan program tersebut mampu untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat Kedah kepada Barisan Nasional (BN), maka ia seolah-olah membuktikan BN sendiri sudah hilang sokongan rakyat dan cuba untuk meraih semula sokongan tersebut. Sekaligus ia membuktikan kelemahan diri mereka sendiri," ujarnya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, seandainya rakyat negeri ini tidak menyokong BN atau Umno, maka ini bererti rakyat juga menolak Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau juga menyelar dakwaan Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang mendakwa kerajaan negeri gagal menangani krisis air.

“Dakwaan Shafie gangguan air di Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech dan Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah tidak wajar dan bermotifkan politik semata-mata. Kedua-dua kawasan tersebut mempunyai dua situasi yang berbeza, tiada berlaku krisis air seperti didakwa oleh beliau di sana.

"Eloklah beliau meninjau masalah air di kawasannya sendiri di Semporna, Sabah terlebih dahulu, sebelum membuat kenyataan tidak tepat di negeri ini," katanya.

Menurutnya, gangguan bekalan air yang berlaku di Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech kerana bencana alam sehingga menyebabkan air di kawasan tersebut tercemar dan proses rawatan yang dijalankan mengambil masa sehari.

Tambahnya, gangguan itu juga adalah kerana aliran air yang tercemar kerana sisa-sisa kebakaran dari kawasan berhampiran.

Jelasnya, bekalan air di UUM tidak mencukupi kerana tidak dapat menampung permintaan penduduk yang telah bertambah sehingga mencecah seramai 30,000 orang berbanding sebelum ini hanya 15,000 orang.


Bangkit dengan semangat membara - Presiden PAS





KUALA LUMPUR, 10 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti seluruh negara dan negeri Perak supaya meneruskan gerak kerja dan bangkit dengan semangat baru yang membara ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

"Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya berpandangan walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, namun yakin rakyat negeri Perak masih dan akan terus bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Ianya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat negeri itu menerusi proses pilihan raya umum ke-12 lalu.

Episod hitam ini juga diingatkan jangan sesekali melemahkan semangat juang seluruh kepimpinan PAS negeri itu.

"PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak agar bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

"Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini," katanya.

Monday, February 8, 2010

Keputusan yg amat mendukacitakan..Dimanakah KeADILAN???





PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.














Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.

p/s : Khaulah Said : Ana rasa benar2 terkilan dgn apa yg berlaku dinegara kita skrg. Sistrem Demokrasi yg tiada ketulusan lagi. Kalau Betul mr Zambry sorg yg benar, tidak merampas kuasa sambutlah cabaran PRK Negri perak ini. Bubar Parlimen.. Rakyat M'sia terutamanya di Negeri Perak sudah pasti merasa kecewa.. Berendamkan Airmata menyimpan satu perasaan kebencian yg meluat dihati keatas parti BN. Jika Parlimen dibubarkan ana pasti sokongan rakyat masih lagi berpihak pada PAS walaupun kini berbagai propaganda yg dimainkan oleh UMNO utk menjatuhkan PAS.

Tetapi....ingatlah ALLAH juga merancang yg terbaik utk kemenangan ISLAM..cuma kita sendiri kena bangkit & LAWAN dgn laknatuallah daripada jentera2 & pimpinan2 UMNO.. kalau tidak ..sudah pasti..utk mencapai kemenangan amatlah jauh sekali dgn sifat kita yg tiada hati utk bertarung demi utk perjuangan ISLAM... lihatlah Walaupun rakyat bangsa Cina/India..

seingat ana.. semasa bertugas di perak.. masya-allah hati ana tertanya2 dan merintih mengapa bangsa lain boleh memberi sokongan padu pada parti PAS. Mereka lilit bendera PAS di badan mereka sepanjang berkempen..setiap rumah mereka dipenuhi dengan bendera PAS.. bendera PAS menjadi kebanggaan mereka.. ye.. inilah BENDERA ISLAM yg harus dikibarkan diseluruh pelosok DUNIA..


Ana yakin janji ALLAH yg pasti.. pasti akan berlaku sesuatu diluar dugaan..rakyat akan bertindak dan lebih membuka mata dgn apa yg berlaku kini.. doa dipanjatkan agar rakyat seluruh m'sia bersatu hati.. teruskan kerja2 dakwah dan jgn berlengah... buangkan sifat kemalasan diri, pentingkan diri..kini bukan masa utk berlengah seminit kita terlepas.. musuh telah memasuki ruang2 utk menyebarkan dakyahnya..HANCUR UMNO...

Cita2 utama ana dan semua pejuang ISLAM sudah pastinya adalah mengkuburkan UMNO..walaupun mengambil masa..ttp kalau ALLAh sudah berkata QUN FA YAKUN..maka akan terjadilah... tunggu dan lihat... ALLAHHUAKBAR...

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI