| "
  Buat YB yang amat saya hormati. Terlebih  dahulu saya merasa amat kesal dengan tingkahlaku YB  dalam  beberapa isu yang  saya rasakan tidak sepatutnya berlaku bagi seorang pemimpin seperti YB . Dalam  wanwancara saudara me lalui saluran media yang tahap  kebolehpercayaan yang rendah, saudara sebenarnya terperangkap dengan  soalan-soalan yang cuba melaga-lagakan sesama rakan pakatan.    Serangan saudara terhadap DAP adalah  serangan tanpa fakta dan tidak berasas. Seolah-olah saudara hanya berpandukan  maklumat yang dihebahkan oleh media pro kerajaan. Kenapa perkara ini berlaku.!  Jika suadara kata DAP parti perkauman cina yang mula menunjukkan belang ..apa  pula dengan UMNO.  Tidakkah UMNO juga lebih dahsyat , kes Memali umpanya. Lupakan saudara. Mana  pertimbangan saudara dalam isu ini. Tidakkah saudara bertanya pada Guang Eng  kenapa beliau dipenjarakan  suatu ketika dulu. Bukankan atas sebab membela seorang  perempuan Melayu yang mendakwa dirinya dirogol oleh salah seorang pemimpin  UMNO.  Jika nasib Melayu Islam seperti yang  diperjuangkan oleh saudara dalam beberapa isu terkini seperti isu penggunaan  kalimah Allah , tidakkan saudara  bertanya pada DAP siapa punya angkara yang menyebabkan anak-anak muda hari ini menjauhkan diri dari Islam,  siapa yang membenarkan program-program   yang melalaikan umat Islam  .  Lihatlah pakaian anak muda kita yang beragama Islam  . Siapa penganjur pesta maksiat  ini? Adakah DAP ! Harap saudara YB menjawabnya. Sedar atau  tidak sedar bukan isu nama Allah sahaja yang perlu ditangani secara bijak . Kita  juga hendaklah konsisten dan bijak dalam menangani pelbagai isu sensitif ini.  Jika rakyat didik dalam keadaan yang berlebihan dengan hiburan , tidakkan ianya  lebih bahaya dari apa yang berlaku sekarang.  Dalam kes Halimaton Saadiah seorang  kakitangan awam yang dipecat atas sebab pemakaian purdah  suatu ketika dahulu  siapakan peguamnya. Adakah dari UMNO ! Jawapannya sudah tentu tidak.  Tak lain  tak bukan YB Karpal Singh.  Dari mana datang parti beliau ? Sudah tentu dari DAP  yang digelar oleh saudara  dan beberapa rakan seangkatan dengan saudara selaku ekstrimis cina.Mana perginya  peguam Melayu Islam yang hebat masa itu?  Penulisan ini bukannya untuk membela  DAP tetapi sebagai gambaran yang menunjukkan betapa DAP sebenarnya bukan hanya  untuk perjuangan kaum cina bahkan untuk golongan orang Islam  .  Tidakkan saudara YB sedar bahawa nasib  orang Melayu di Pulau Pinang  sebenarnya bukannya berpunca dari tindakan YB Guan Eng tetapi lebih 50 tahun  UMNO bersama Gerakan  di Pulau   Pinang apa yang mereka buat.? Kenapa baru sekarang nak dibela.  Janganlah saudara kutip fakta  sampah dari akhbar yang tiada intergriti. Dapatkan fakta  yang jelas dari YB Guang Eng atau dari Laporan audit.  Jika saudara jujur untuk bela orang Melayu  ,  tahun lepas bila ada rumah orang Melayu di Johor kena roboh langsung senyap  sepi tiada berita. Kenapa tidak ada suara-suara yang marahkan kerajaan Johor   pada waktu itu    Sikap saudara yang lebih UMNO dari UMNO sebenarnya banyak  merugikan Pakatan dalam persiapan menghadapi PRU ke 13.  Banyak persoalan yang  timbul seolah - seolah saudara ibarat jurucakap UMNO yang baru. Banyak isu besar  negara yang perlu disentuh dan diperjuangkan oleh suadara tetapi tidak  kedengaran Isu PKFZ,ALTANTUYA,ENJIN JET  HILANG, ISU PERTUDUHAN LIWAT DSAI   seolah-olah hilang  begitu sahaja. Wang rakyat berbilion  hilang, tapi saudara asyik  terpaut dengan dendangan lagu  UMNO. UMNO dari dulu memang menjadikan DAP sebagai senjata untuk menjauhkan   orang Melayu dengan mereka.   Sebab itulah bilamana saudara muncul  dalam kaca TV 3/4  saya mengamati dengan jelas cakap-cakap saudara yang kebanyakkan bersumber  dari media milik  UMNO.  Begitu juga dengan Isu laporan Polis saudara terhadap  YB Khalid Samad. Adakah Saudara sudah merujuk secara peribadi pada YB Khalid  Samad atas ucapannya yang bagi saya tidak bercanggah langsung dengan Hukum hakam  .Jika ada nas  yang saudara boleh kemukakan barulah  saya dapat menerima apa  yang diperjuangkan oleh saudara.  Kenapa saudara tidak mempertikaikan kenyataan  menteri UMNO yang membenarkan penggunaan  perkataan ALLAH di Penang, Wilayah, Sabah dan Sarawak .   Tidak ada orang Islam kah di negeri berkenaan. Kenapa tiada laporan Polis  dibuat. Jangan cuba untuk menjadi jaguh.    Sedarkah saudara ..kebanyakkan  lagu-lagu bagi setiap negeri  juga menggunakan perkataan Allah . Sebagai contoh Kedah, Johor dan lain-lain negeri.  Adakah perlu untuk lirik lagu itu ditukar bagi mengelakkan dari orang-orang  bukan Islam menyebutnya semasa menyanyikannya. Harap saudara menjawabnya jangan  tak jawab.  Tidak sedar lagikan saudara tentang  prestasi negeri-negeri di bawah UMNO yang kaya seperti Sabah dan Sarawak  misalnya. Pemimpinnya kaya tetapi  bagaimana rakyatnya. Kenapa negeri ini masih miskin  sedangkan hasil balak, duit royalti saban tahun kemana  hilangny! Inilah tugas seorang YB yang berjaya jika mampu mendapatkan maklumat -  maklumat seperti ini.Laporan Audit  dinegeri2 bawah BN adakah saudara  melihatnya.  Janganlah  kita asyik nak menuduh sesama rakan komponen. Bincanglah secara Profesional.  Adab berjemaah hendaklah dijaga.  Kredit pada UMNO kini sudah diberi yang rugi ialah rakyat.   Selagi kerajaan yang ada masih dipegang oleh UMNO tunggulah  akibatnya. Segala kemungkaran dan  kerosakan akan lebih dahsyat. Rasuah makin berleluasa. Penyalahgunaan kuasa juga akan  menjadi-jadi. Hiburan akan semakin menjadi-jadi. Artis disanjung ulama dihina.    Adalah amat  malang bagi rakyat Malaysia yang memiliki  Pemimpin seperti saudara. Saudara cuba nak berselindung disebalik keadilan Islam .  tetapi dalam masa yang sama jiwa saudara penuh dan sarat dengan fahaman kebangsaan yang didokong oleh UMNO.  Maaf jika  saya terkasar bahasa..tetapi inilah luahan isi hati pendokong Pakatan yang  kecewa dengan sikap mementingkan diri sesetengah ahli Parlimen Pakatan rakyat  .  Buat pemimpin Pakatan Rakyat inilah  masanya untuk menilai semulah pemimpin yang ada. Lakukanlah perubahan .  Bersihkanlah Parti dari mereka yang tidak setia serta  bermasalah dengan segera.  | 
No comments:
Post a Comment