Friday, September 11, 2009
Puasa Mukmin vs Puasa Munafiq

Salam Ramadhan yang penuh berkah,
Kita telah melangkah masuk ke bahagian kedua Bulan Ramadhan yakni kita berada di pertengahan Ramadhan. Semoga Allah SWT terus memimpin kita dan memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dengan ibadah dan amal soleh walau sedikit sekalipun.Sabda Rasulullah SAW ;
“Sebaik-baik amalan adalah amalan yang istiqamah (dilakukan tanpa henti) walau sedikit sekalipun”
Perhatikan ibadah kita pada bahagian yang pertama Ramadhan (10 hari pertama) untuk menjadi ukuran muhasabah kita bagi menggerakkan kekuatan ibadah dan amal dalam hari-hari berbaki dari bulan berkat ini agar kita tidak ketinggalan sedikitpun dari kebaikan yang telah dijanjikan di bulan mulia ini. Takutilah jika sekiranya kita tidak mendapat habuan dan kebaikan dari apa yang telah disediakan Allah daripada maghfirah dan kebebasan dari api neraka sepanjang bulan rahmah ini.
Sesungguhnya ada perbezaan antara puasa mukmin dan puasa munafiq.
Seorang mukmin pasti merasa sedih dan teramat berdukacita kerana hari-hari di dalam bulan Ramadhan ini semakin berkurangan. Akan beransur pergi meninggalkan kita bukan yang penuh barakah serta janji keampunan dari Allah. Bulan yang setiap amalan sunat diberi pahala amalan fardhu dan setiap amalan fardhu diberikan pahala seumpama melakukan 70 amalan fardhu di bulan-bulan yang selainnya. Akan pergilah bulan yang di setiap malam-malamnya dibebaskan 1 juta hamba-hamba berdosa daripada neraka yang mereka itu pada asalnya telah wajib atas mereka itu masuk ke dalam neraka Allah. Para sahabah menangisi pemergian Ramadhan dan merekalah sebaik-baik generasi yang mesti menjadi qudwah sekalian umat Rasulullah SAW.
Seorang munafiq pula, dek kerana kekotoran hatinya amat terseksa dengan Ramadhan. Semakin berkurangan bilangan hari yang berbaki daripada Ramadhan, maka semakin ia bergembira serta bersukacita. Seorang munafiq lebih memberikan perhatian bagaimana mahu menyambut hari raya berbanding meningkatkan amal ibadah serta merebut pahala di bulan Ramadhan. Mereka tidak pernah mempedulikan kualiti puasa serta ibadah sebaliknya terlalu asyik dengan baju baru, langsir baru, kuih raya, tukar perabut dan pelbagai kelalaian serta kealpaan lagi. Al Quran tidak dibaca apatah lagi tadabbur. Solat fardhu tidak dipelihara. Harta tidak diinfaqkan pada jalan sepatutnya. Malam dibiarkan berlalu tanpa istighfar dan doa. Alangkah malangnya mereka ini serta malang jualah pengikut-pengikut mereka. Semoga Allah melindungi kita serta memimpin kita kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Perteguhkan iman dan keyakinan demi meneruskan semaraknya semangat untuk bertungkus lumus beribadah serta melakukan ketaatan di bulan mulia ini. Moga kita dapat meraih kemenangan duniawi dan ukhrawi.
Indahnya ISLAM
|
Misteri undi pos dan anak mahathir wajar disebat?
Episode perjuangan pemuda PAS siap ke bagan pinang
1. Tidak lama lagi , akan berlangsung satu lagi pilihanraya kecil di Bagan Pinang Negeri Sembilan . Seperti biasa , seluruh jentera parti akan dikerah bagi menawan kerusi DUN tersebut .Thursday, September 10, 2009
Iklan-kemasukan-pelajar ke Ma'had Tahfiz Darul-fikri sesin 2010, Temerloh
Salam tlg mengiklankan kemasukan pelajaran Tahfiz di Sekolah Mahad adik ana di temerloh..
Jemput para pengunjung utk wawarkan pada shbt2, kaum keluarga bg melahirkan Generasi yg Mencintai, mengamal, memahami kandungan Al-Quran. Moga tidak akan terlupus Generasi AlQuran dgn hadirnya para pelajar Tahfiz, insya-ALLAH.
Ma'had Tahfiz Darul Fikri mula beroperasi pada Julai 2001 dan merupakan institusi pengajian agama yang berperanan membangunkan kemulian ummah melalui pertunjuk Al-Quran dan sunnah.
Matlamat penubuhan:
- Melaksanakan pendidikan Islam yg berteraskan kebahagiaan dunia dan akhirat.
- Melahirkan huffaz Al-Quran yang mampu menghayati Islam.
- Ke arah melahirkan generasi Al-Quran yang unggul.
- Melahirkan pendakwah yang berilmu dan bertaqwa.
- Melahirkan tenaga penggerak perjuangan Islam.
Pentadbiran:
Perancangan dan dasar-dasar Ma'had ditadbir oleh satu jawatankuasa yang diketuai oleh UST ROSLI ABDUL JABBAR sebagai pengerusi pentadbiran ma'had dan dibantu oleh UST KHAIRUL AZMI ISMAIL AL-MUQRY sebagai mudir serta guru-guru dan masyarakat setempat.
Sistem pendidikan:
- Pelajar diwajibkan menghafal Al-Quran 30 juzuk dalam tempoh tertentu (mengikut kemampuan pelajar).
- Pelajar didedahkan dengan matapelajaran agama dalam dua marhalah (I'dadie dan Thanawi)
- Pelajar juga didedahkan dengan pengajian kitab secara "talaqqi"
Peluang yang disediakan:
- Pelajar berpeluang mendapat ijazah sanad hafalan dan bacaan. (silsilah perguruan dari Mudir ma'had sehingga Rasulullah SAW)
- Berpeluang melanjutkan pengajian di bidang syariah (peringkat diploma atau ijazah) di luar Negara.
Syarat kemasukan pelajar:
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
- Boleh menguasai tulisan jawi dan rumi.
- Berumur di antara 12 hingga 14 tahun.
- Lelaki sahaja.
- Bersedia untuk tinggal di asrama.
- Lulus ujian temuduga.
Temuduga pelajar:
Temuduga diadakan secara terbuka (tanpa tarikh yang ditetapkan) bermula Ramadhan, tetapi hanya perlu membuat temujanji dengan Mudir ma'had di talian 019 9320100 atau pengerusi ma'had ditalian 019 9392134 terlebih dahulu.
Pengambilan pelajar.
Pengambilan terhad kepada 15 orang sahaja. Pemohon terawal dan layak sahaja akan diterima.
Tuesday, September 8, 2009
Kapsul Ramadhan Nisa' Gombak-Video Klip Nisa' gombak


Melihat kepada nama program yang dipilih, Kapsul bermaksud suatu pemberian atau sumbangan yang diberikan kepada pesakit untuk meringankan beban kesusahan yang dialami mereka. Jika dalam bidang perubatan, kapsul berperanan sebagai ubat, begitulah dalam bidang kebajikan. Harapan Nisa’ Gombak agar sedikit sumbangan dalam bentuk material dan spiritual ini dapat menjadi ‘ubat’ mengembalikan kegembiraan dan meringankan kesusahan mereka.

Selain itu, program ini menggalakkan para kakitangan seperti doktor, jururawat dan pentadbir hospital untuk turut sama mencakna persekitaran yang positif lalu mewujudkan kuantum motivasi bagi pesakit dan suasana hospital yang harmoni dengan nilai-nilai Islam.Pada perangkaan awalnya, sasaran program ini adalah para pesakit. Kami turut menyambut baik cadangan daripada salah seorang kakitangan agar mendekati golongan unmarried iaitu wanita yang tidak berkahwin tetapi mengandung di luar nikah dan menggugurkan kandungan yang menjadi penghuni hospital.Cadangan itu sangat kreatif dan membuka ruang cabaran dakwah kepada Nisa’ sendiri. Namun apakan daya, pengarah hospital tidak membenarkan pihak kami menganjurkan program kepada pesakit buat masa ini untuk mengelakkan penularan virus H1N1.
Kapsul Ramadhan dimulakan dengan majlis pemberian sumbangan dari Nisa’ kepada penghuni Anjung Kasih. Anjung Kasih adalah pusat penginapan yang menempatkan keluarga pesakit yang kurang kemampuan termasuk mereka yang tinggal jauh dan perlu berulang alik dari rumah dan hospital. Sumbangan telah disampaikan oleh En. Harul Hanan, pegawai Jabatan Kebajikan dan Sosial Hospital Selayang.Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat tarawikh dan sesi tazkirah Ramadhan di surau hospital. Sela masa antara Maghrib dan Isyak pula telah dipenuhi dengan majlis perasmian dan ucapan dari Pengarah Hospital Selayang, Dr. Hajjah Siti Zaleha binti Mohd Salleh dan Ketua Nisa’ Gombak, Pn. Arfifah bt. Abdul Sabian.
Ustaz Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud dari PTS Islamika, telah membuka sesi ceramahnya dengan begitu baik sekali. Bertepatan dengan tema program, beliau awalnya memuji tindakan Nisa’ terhadap anjuran program ini, tambahan diadakan dalam bulan Ramadhan.
Selain menerangkan perihal Ramadhan, tetamu Slot Remaja Radio IKIM.FM ini turut menyelitkan motivasi kepada hadirin bahawa setiap inci kehidupan ini terutama khidmat sosial yang dihulurkan kepada pesakit adalah nilaian kebajikan dan Ibadah.Selaku penganjur, Nisa’ Gombak mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak Hospital Selayang atas kerjasama yang diberikan. Harapan kami agar pihak hospital dapat memanjangkan kerjasama untuk program-program susulan pada masa akan datang.














