Saturday, June 13, 2009

Tanda- Tanda Meninggal Dlm Keadaan Baik.Siapakah org paling Bijak???

Salam disini ana ingin sharing sedikit ilmu tentang kematian. Sghnya org yg bijak itu adalah org yg sentiasa ingat akan kematian. Baru2 ni insan2 yg terhampir dgn ana telah pulang ke rahmatuallah AL-Fatiha disededakahkan kpd Arwah ayhnda ana Jamain Salleh, Abg Long, Opah ana dan muslimat Gmbk. Moga roh mereka ditempatkan dlm golongn org2 beriman dan bermal soleh, di pandang oleh ALLAH dgn belas ehsan, diterangi kuburun mereka spt kuburan org2 beriman insya-allah.. Alhamdulilah walaupun ana diuluti dlm kesedihan akhir2 ini ana sempat jg menguruksn jenazah muslimat gmbk, secara tiba2 pd 10/6/09 ana dan beberapa staff adun gmbk dimaklumkn kematian, so ana wakil pd Ahli Majlis merangkap pd Adun utk ziarah menjalankan tanggungjwb.

Sepanjang perjalanan ke Anjung rahmat ana tiba2 teringat org yg ana kasihi lebih2 ana teringat pd mak ana yg kurang sihat sejak akhir2 ni.. mungkin terkejut dengan pemergian opah ana yg terperangkap dlm kebakaran di rumah acik di klang. setitis demi setitis airmata mengalir merindui insan2 yg dikasihi ini.. ana kuatkan hati utk menjlnkan tgjwb ana di sana..

Setiba disana ana bersalam dgn ahli keuarga, tiba2 salah seorg dpd mereka bual dngan ana. katanya Cik Sue disini ramai puak BN tp kita skrg cuba mainkan peranan mendekati mereka moga mereka ada kesedaran.. (ana tak kenal m.cik tu actually, mgkn salah seorg penduduk disini..) ana diam je.. dlm hati ana berkata2 sekarang ni bukan ingat hal dunia.. bila tiba dlm mjls begini / dirumah ALLAH kita adalah setaraf tak ada bezanya hendaklah kita ingat akan kematian, 1 hari kita jg akan pergi.. (Insya-ALLAH jika diizinkan ALLAH ana akan ingatkan m.cik tu mugkin dia terlupa..) ana di bawa oleh anak tn rumah keatas. 10m'kemudian ana minta turun tangga dapur terasa hati utk membantu pengurusan jenazah .. mungkin ana dah terbiasa utk melakukan pengurusan jenazah setiap kali kematian di area rmh ana.. alhamdulilah sedikit ilmu itu ana amalkan bg memantapkan diri ana.. tp rasa sedih pula bila ana lihat tidak berapa org yg tahu tentang mandi dan kafankan jenazah.. ana terus ringankan diri dan tulang ana utk membantu mereka.. Alhamdulilah 12 tghari semua keje2 pengurusan selamat dijlnkan... Dan disini ana ingin kongsi sedikit tazkirah utk kita perbaikikan diri kita banyakkan amalan2 utk persiapan hari kematian yg tidak tahu akan berlaku...

Kucupan terakhir buat jenazah..
Apakah Tanda2 meninggal dalam keadaan baik? Kita mohon kpd ALLAHswt agar memberi kita kebaikan saat kita meninggal.

5 Tanda meninggal dalam keadaan yg baik iaitu :-

i) Bebruat Baik kpd ALLAH swt ;
ii) Memperbaiki taubat;
iii) Menyegerakan perbuatan soleh;
iv) mengikuti Sunah Rasullah; dan
v) Mengingati hari Akhirat

Ada pun tanda-tanda meninggl dalam keadaan buruk :-

i) Melakukan kemunafikan dan riyak;
ii) Mencintai dunia dan berkemas dengannya;
iii) Melakukan kemurkaan kpd ALLAH swt;
iv) Lalai kepada ALLAH swt;dan
v) Melambatkan taubat

Tanda2 baik ketika meninggal

Pertama : Melakukan perbuatan baik kpd ALLAH demikian yg diisyaratkan dala Al-Qurn dan Al -Sunnah. Firman Allah swt
" Jiakalu mereka memegang meyakini ALLAH nescaya ALLAH akan mendatangkan bagi mereka kebaikan"
Firman ALLAH :" Dan adapun org yg berjihad di jalan ALLAH nescaya kami akan mendatangkan petujuk jalan bagi mereka. Firman ALLAH " Hai org2 yg beriman berdakwalah kepada ALLAH dan hendaklah kamu bersama org2 yg benar"
Sabda Rasullah saw dalam Sahih Mulim:

" Maka barangsiapa yg diminta ALLAH pertanggung jawapannya dengan persaksian yg benar,maka ALLAH akan memasukkannya dm kegolongan para syahid, Walaupun ia meninggal di atas tempat tidurnya" {Hr Muslim}
Sebaliknya, sesiapa yg mendustakan ALLAH dan ia tidak sampai yg diinginkannya, friman ALLAh "Sesungguhnya ALLAH tidak akan memberi petunjuk bagi org dlm belengguan syaitan".ALLAH tidak akan memberi petunjuk bg org yg berkhianat. ALLAH tidak akan memberikan petunjuk bagi org2 yg tidak meninginkan hidayatya.
kebenaran kpd ALLAH memiliki 3 rukun:-
1) Memiliki niat dan melaksanakannnya debgan mencintai etaatan kpd ALLAH dan ia melakukan perbuatannnya dengan niat yg ikhlashanya kepada nya semata2.Ia mencintai ALLAH dan Rasulnya dari hati ke hati;
2) Anggota tubuhnya melakukan perbuatan dengan penuh ketaatan;

3) Waktunya digunakan utk ketakwaan kpd ALLAH swt maka barangsiapa yg melakukannya dengan kejujuran.
Sesungguhnya melakukan kejujuran hanya kepada ALLAH memiliki beberapa tanda2 yg telah dijelaskan. henaknya kamu melakukan kebaikan hanya untuk ALLAH semata2 & henaknya menjadikan reda ALLAH lebih dari segala2nya berbanding reda manusia.
"Seorang penyair berkata "maka hendaknya amu berlaku manis sementara kehidupa pahit, hendaknya kamu ikhlas sementara orang lain marah, Jika benar niat dalam hatimu maka setiap org berbuat kesalahan dan sesungguhnya diatas debu ada debu yg lain.
Sesungguhnya benar apa yg disabdakan Rasuallah saw kpd Ibnu Hibban dari perkataan Aisyah " org yg dianggap baik oleh manusia semenatara ia dimurkai oleh ALLAH maka ia mendpt murkanya. Dan bg siapa yg dimurkai oleh manusia namun ia di sukai ALLAH maka ia mndpt reda ALLAH dan keredaan manusia.

salah seorg shbt berkata "Kebenaran & Kejujuran yg bersama ALLAH adalah sama dengan hal terpuji & buruk bgmu. Maka jika ALLAH memberikan redanya tidak ada seorang pun yg dpt mencelakakanmu . Dan shbt lain pun berkata 'tidakkah kamu menginginkan kebaikan dari org lain, sementar itu tidak akan membuatmu kurang. Maka sebahagian org yg mendaapt pujian dari org lain ia akn berbuat riak. jika ia pergi bersama2 ia akan melakukan solat mlm dan dhua serta membaca Al-Quran. Sementara bila ia berada dalam rumahnya ia tidak pernah melakukan sedemikian itu.
Kedua - Memperbaharui TAUBAT. semesinya setiap pagi hendaknya ia memperbaharui taubatnya kerana dosa2 banyak dilakukan oleh seorg hamba. Olehitu seorg hamba sepatutnya bertaubat selalju dengan melakukan istigfar dan peyesalan.

Ketiga - Bersegera berbuat perbuatan baik, oleh itu gunakan umurmu dengan perbuatan baik.Sedarkah anda bahawa anda telah melakukn kebaikan selama hidup anda? Apakah masih ada hari kamu luangkan untuk melakukan ketaatan kpd ALLAH swt?? Hendaknya kamu perbanyakkan solat sunat, membaca AL-Quran & Zikir. Sellu meghadiri majlis IMu, mencintai org2 yg soleh dan membela para pemimpin ALLAH. Jug menegur mereka yg melanggar ketentuan dan hukum-hukum ALLAH.
Keempat - mengikuti sunnah Rasul saw. Bg org yg tidak mengikuti sunah saw maka dalam dirinya bererti banyak keraguan. Firman ALLAH swt Maka demi TUHANmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yg mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa kebenaran dalam hati mereka terhadap putusan yg kamu berikan dan mereka menerima sepenuhnya. ({An-Nisa:46}
Oleh itu tanyalah pada diri kamu apakah kamu tlh memperhatikannya? Firman ALAh swt" Akan ttp manusia henaknya melihat dirinya sendiri, jika mereka akan menjumpai Tuhannya" . Sebahagian dari manusia hanya sedikit sekali yg mahu mengingati Rasul saw. Dia tida merasa bangga bila menyebut namanya. namun sebalinya dia akan mengagung2kan kemulian dan keagunga org lain. Jika mereka mencianta Rasul saw maka akan nampak kecintaan mereka dari iperbuatan mereka sendiri.
Kelima - Selalu ingat kan hari akhirat dan persiapan nya. melakukan amalan soleh dgn mengingat tentang akhirat. Kebanyakkan org soleh berkata " jikalau seseorg lupa dengan menyebut kematian dari hati 1 jam saja maka hatinya telah rosak".
Sebahagian dariapda meeka meletakkan kain kapan dihadapan sebagai tempatnya di kg. Al-Husy, jk ia hendak idur & sambil membaca Al_Quran adn kemudian ia keluar & berkata, ya Mamun ssghnya Kamu keluar tlh melakukan amalan yg baik.

Kita mengatakan "Jgn kamu mempersiapkan kuburan dalam rmh akn ttp henadknya kia elalu mnjg diri kita agar selalu melakukan solat 5 waktu, ketaqwaan kdp ALLAH, selalu melakukan kebaikan , selalu memperhatikan kepentingan ALLAH swt, mengingati akhirat & selalu berzikir pd ALLAH swt.
Adapun mereka yg selalu lalai kpd ALLAH sesungguhnya mereka selalu buta dan tidak mengingati ALLAH kecuali pd waktu mabuk. .



Friday, June 12, 2009

BAHAGIAKAH KHDPN KITA???


Bila berkata tentang bahagia, sudah pasti setiap insan menyukai dan mengimpikannya. Kebahagiaan adalah merupakan sebuah perasaan yang sangat sukar diungkapkan. Dan ia bersifat sangat subjektif.Berdasarkan definisi di dalam Kamus Dewan, edisi ketiga, bahagia membawa maksud: “suasana senang dan aman, aman damai, serta gembira”.

Bahagia sebenarnya lebih bersifat subjektif, sebuah perasaan yang lahir dari dalam lubuk hati, membawa sebuah pengertian yang sangat bermakna. Bahagia dicapai apabila seseorang itu merasa sebuah kepuasan, gembira, kecukupan, serta penuh kesyukuran dan keredhaan.
Kebahagian adalah milik semua. Bahagia tidak hanya dimiliki oleh mereka yang kaya raya dan berharta. Kerana boleh sahaja, orang yang kaya raya tidak bahagia kerana runsing dengan keselamatan hartanya yang bertimbun.Tidak kurang juga dengan keadaan manusia yang sehari-harinya penuh dengan keletihan disebabkan sibuk mengejar harta dan kerjaya. Tiada lagi masa untuk duduk bersama keluarga, isteri mahu pun suami. Sehinggakan hubungan cinta menjadi hambar.

Bahagia juga belum tentu dapat dicapai dengan memiliki sebuah kediaman yang mewah dan indah. Kerana boleh sahaja, rumah besar itu hanya mejadi penjara baginya yang penuh dengan kesunyian tanpa hiburan. Ibarat seekor burung yang terkurung di dalam sangkar emas.Bahagia juga belum tentu dimiliki dengan memiliki pasangan (suami/isteri) yang tampan atau cantik rupawan. Kerana ketampanan dan kecantikan itu akan menghilang ditelan waktu.
Di antara faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kenikmatan hidup sekaligus faktor menuju bahagia adalah faktor kesihatan, kecukupan makanan, kasih sayang, serta suasana persekitaran. Namun, cukupkah hanya dengan ini sahaja?Maka dengan itu, sebuah kebahagian belum tentu dapat dicapai hanya dengan beberbekalkan harta yang melimpah ruah, kerja yang lumayan hasilnya, kediaman yang mewah, serta rupa fizikal yang menawan semata-mata.
Jadi, bagaimanakah hakikat bahagia yang menjadi idaman dan kejaran seluruh manusia yang hidup itu?Jika kita kembali kepada agama, sebenarnya kebahagiaan itu hanya dapat diraih dan dinikmati oleh mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip-prinsip agama bagi setiap urusan yang mereka lakukan untuk perjalanan hidup mereka.
Apabila mereka meletakkan prinsip-prinsip agama sebagai keutamaan, di sini mereka telah meletakkan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai keutamaan mereka. Mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada mereka dan dengannya mereka bersikap qana’ah atau sentiasa merasa cukup serta berpuas hati (redha).
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d, 13: 28)Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):
“Sesiapa di antara kamu yang merasa aman dirinya, sihat tubuhnya dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari tersebut, seakan-akan dia telah diberi semua kenikmatan dunia.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Hadis ini hasan menurut penilaian al-Albani di dalam Silsilah Hadis ash-Shahihah) Rasulullah juga turut menjelaskan bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta yang menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati.
“Kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)Orang yang kaya hatinya, dia sentiasa memiliki sifat qana’ah dengan menerima apa yang Allah berikan. Dia sentiasa redha dan merasa puas di atas usahanya. Tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan.
Dan dia juga tidak rakus mengejar dunia serta tidak pula meminta-minta. Seolah-olah dia sentiasa memiliki kecukupan.Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):“Benar-benar beruntung orang yang telah memeluk Islam, mereka diberi kecukupan rezeki dan qana’ah di dalam menerima apa jua pemberian Allah terhadapnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berpesan kepada kita supaya sentiasa melihat siapa yang berada di bawah kita dan dari mereka yang kurang bernasib baik berbanding apa yang telah kita miliki. Dan bukannya dengan melihat kekayaan yang dimiliki oleh orang yang mewah berbanding diri kita.
“Lihatlah orang yang berada di bawahmu, dan jangan melihat kekayaan orang yang di atasmu, perkara itu lebih baik sehingga engkau tidak meremehkan nikmat Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Pesanan Rasulullah ini sebenarnya bertujuan mengajak kita untuk sentiasa merasa bersyukur dengan segala kemampuan dan hasil yang kita usahakan serta perolehi. Sekaligus menjauhkan kita dari merasa kurang bernasib baik dan bersikap tamak.
Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang baik adalah sangat merujuk kepada kehidupan berkeluarga iaitu dengan memiliki isteri yang baik, anak-anak dan keperluan berkaitan dengannya.Kerana Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita (isteri), anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (Surah Ali Imran, 3: 14)
Dengan itu, bagi sesebuah keluarga, suami dan isteri hendaklah sentiasa berkasih sayang, tolong-menolong dan saling memahami di dalam setiap hal-ehwal urusan kehidupan mereka. Mereka saling mengerti tugas dan hak masing-masing berdasarkan apa yang telah digaris-pandukan oleh agama.
Setiap pihak sentiasa berusaha memberikan kebahagiaan, keceriaan, ketenteraman, dan kehangatan cinta sesama mereka.Rumahtangga yang bahagia yang dibina di atas landasan agama ia akan membawa pasangan suami isteri tersebut kebahagiaan yang berkekalan sehingga ke syurga yang penuh kenikmatan.
Ini dapat diraih apabila mereka menjadikan rumah tangga mereka sebagai medan meraih keredhaan dan mengejar cinta Allah Subhanahu wa Ta’ala.Dalam persoalan ini, si suami selaku ketua keluarga bertangungjawab mengemudi keluarga yang dibinanya bagi tujuan menuju kebahagiaan tersebut.
Ini dapat dicapai apabila suami sentiasa bergaul, tahu mengambil hati, melahirkan rasa kemesraan, memupuk rasa mencintai dan memenuhi keperluan mereka dengan baik, dan dia sentiasa berusaha memibimbing isteri-isteri dan anak-anaknya kepada perkara yang dicintai oleh Allah.
Dengan kefahaman agama yang teguh dan satu di antara ahli keluarga, kebahagian akan dapat diraih dengan baik disebabkan mereka memiliki satu kefahaman yang teguh secara bersama. Mereka menuju fokus yang satu, iaitu keredhaan Allah semata. Sekaligus, ia bakal melahirkan generasi yang cemerlang di atas ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang jauh dari perasaan dengki, hasad, tamak, dan benci. Sebaliknya, hidup mereka dipenuhi dengan tauhid, kasih sayang, saling mencintai, kesyukuran dan kemesraan yang berpanjangan.
Di antara faktor-faktor lain yang mendorong kebahagiaan bagi sesebuah kehidupan adalah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadisnya:“Empat (4) perkara yang mendatangkan kebahagiaan adalah:-
1 ) Isteri yang solehah,
2 ) Rumah yang luas,
3 ) Jiran tetangga yang soleh (baik), dan
4) Kenderaan yang selesa.
Dan empat (4) perkara yang mendatangkan kesengsaraan adalah:
1) Isteri yang buruk akhlaknya,
2) Jiran tetangga yang jahat,
3 ) Kenderaan yang buruk, dan
4) Rumah yang sempit (tidak selesa).
" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban. Hadis daripada Sa‘ad bin Abi Waqas radiyallahu ‘anhu, dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth di dalam Sahih Ibn Hibban. Juga dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah Hadits ash-Shahihah)
Dari hadis ini, yang dimaksudkan dengan isteri yang solehah, sudah tentu isteri yang memahami persoalan agama dengan baik, mengamalkan ilmunya (taat) dan sangat komited dengan kedudukannya sebagai seorang isteri.
Rumah yang luas adalah rumah yang sentiasa terisi dengan sifat qana’ah, terisi dengan aktiviti yang dicintai Allah, suasana yang tenteram dan ceria, dan kemudahan yang baik.
Kenderaan yang selesa adalah sebuah sarana yang sangat penting bagi tujuan kelancaran pengangkutan dan hal-ehwal urusan serta tugas seharian.
Jiran tetangga yang baik adalah merujuk kepada soal pergaulan yang baik dan kehidupan bermasyarakat di atas etika syari’at yang betul.
Dengan itu, apa yang sebaliknya adalah merujuk kepada unsur-unsur yang mampu mendatangkan keburukkan sekaligus jauh dari nilai-nilai sebuah kebahagiaan.Dan sebagai mengakhiri tulisan ini, penulis meletakkan fokus bahawa sebenar-benar kebahagiaan itu adalah kebahagiaan yang dibina di atas keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, sekaligus menjamin kehidupan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhirat.Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):
“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.” (Surah ar-Ra’d, 13: 29)
Catatan daripda shbt ana utk kita manfaatkan bersama : Nawawi B. Subandi,12:35, 13 Jun 2009, Rawang Putra.

Anda Teranyai oleh Seseorang?? Dapatkan Rawatan segera...


Salam adakah anda, keluarga. adik beradik, saudara mara rasa diri teranyai oleh seseorg?? Kalu YA.. disini ana ingin menjemput semua shbt2 pengunjung blog ana utk menghadirkan diri dlm prg. ONE STOP CRISIS CENTRE (OSCC) "PUSAT PERLINDUNGAN BAGI MEREKA YANG TERANIAYAI"-JAWATANKUASA TETAP HAL EHWAL WANITA NEGERI SELANGOR)"

Tarikh : 21/6/2009 (Ahad)
Masa : 8:30am
Tenpat : Dewan Masyarakat Tmn Samudera, Gombak

*Percuma tiada sebarang bayaran,Jangan Takut, malu dll buangkan semua perasaan yg anda pendam selama ini, utk mendapat kekuatan & rawatan kembali.. AYUH Bangun WAHAI MUSLIMAT / WANITA2 YANG TERANAYAI untuk membela diri kembali..

Semasa program ini dijalankan kami akan adakan prog Melukis utk kanak2 berumur

i) 10-12thn;
ii) 7-9thn

Apa dia One Stop Crisis Centre OSCC??

One Stop Crisis Centre (OSCC) Atau lebih dikenali sebgai Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah ditubuhkan pd 1997 bertujuan mewujudkan 1 pusat perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh kepada mangsa penderaan, perkosaan dan keganasan rumahtangga.
Pusat ini ditubuhkan Khas merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa tersebut serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami trauma yg serius.
Amnya 1 Stop Cffrisis Centre terletak di bawah Jab. Kecemasan setiap Hospital kerajaan dimana trdapat kakitangan terlatih yg ditugaskan utk merawat & memberi penjagaan yg sewajarnya kpd mangsa yg dtg. Mangsa yg dtg bukan saja mendptkan rawatan fizikal ttp akan diberi perlindungan sewajarnya termasuklah menyediakan tempat tinggal serta diasingkan kpd pesakit2 biasa supaya mangsa2 ini tidak berasa malu/ takut. Disamping itu pegawai polis jg ditugaskan di pusat ini utk mengambil keterangan daripada mangsa dan dibuat laporan polis dalam masa yang sama.


Kewujudan OSCC ini memang tepat pada masanya memandangkan kes2 melibatkan kaum wanita seperti penderaan dan keganasan rumahtangga semakin meningkat dari semasa ke semasa pada masa ini.
Terdapat 6 Hospital kerajaan di Selangor yg mempunyai kemudahan 1 Stop Crisis Centre iaitu:-
i) Hospital Ampang
ii) Hospital Serdang
iii) Hospital Selayang
iv) Hospital Sg Buluh
v) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
vi) Hospital Kajang
Keganasan terhadap wanita dilakukan terhadap wanita semata2 keran mangsa adalah WANITA. Ia boleh berlaku dalam bentuk perlakuan / ugutan berunsur keganasan yg boleh mendatangkan kesan negatif kepada mangsa dari segi fizikal, mental dan seksual.
Jenis2 Keganasan yg berlaku keatas kaum Wanita adalah :-
1) Rogol- Merujuk kdp serangan seksual yg mana penyerang memaksa mangsa yg enggan bersetuju utk melakukan hubungan seksual.
2) Gangguan Seksual- Merupakan hakikat yg dihadapi oleh ramai wanita di tempat kerja mahupun di tempat belajar. Ia merupakan sebarang tingkah laku berunsur seksual yg tidak diingini dan memberi kesan sebagai 1 gangguan samada secara lisan/bukan lisan, psikologi/Fizikal. Mungkin gangguan secara lisan kelihatan seperti gurauan bagi si pelaku ttp kpd mangsa ia dalah 1 perkara yg sgt hina & menyebabkan mangsa terasa diri tidak selamat akibat perbuatan tersebut.
3) Keganasan rumah tangga - Berlaku didalam rumah dan pemangsa merupakan ahli keluarga. Ia berlaku dlm bentuk fizikal, lisan, seksual/psikologi. Ramai wanita yg bekahwin menderita akibat penderaan yg berlaku keatas mereka & mengalami trauma yg teruk sehingga tidak mampu melakukan tugas seharian dengan sempurna. Kebiasaannya mangsa mengalami keadaan tahap kemurungan yg serius dan menyebabkan mereka mengabaikan kesihatan dan mudah jatuh sakit.

Doa Amalan Daripada Darul Syifa

Salam alhamdulilah hari ini ana kumpulkan semangat utk meneruskan pena ini utk kita kongsi bersama walaupun kini diberi berbagai ujian , ana anggap sebagai kifarah daripada ALLAH swt terhadap diri ana supaya lebih mnjadi insan rabbani..insya-allah.. Disini ana kongsikan sedikit doa2 amalan utk kita kongsi bersama dan diamalkan insya-allah..

Doa Utk Dikasihi, semua orang.





Doa Dimudahkan membayar Hutang


Doa dihilangkan perasaan berdebar2 / takut..


SELAMAT BERAMAL..

Wednesday, June 10, 2009

Koleksi Foto Muktamar 55thn Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat {Selamat Bermuktamar buat semua Ansaruallah}

Para perwakilan beratur membuang undi

Kusyuk dan tawadhuk perwakilan, petugas mendengar taklimat muktamar
Buku cenderahati muktamar
Alamak mcm nak terjun ana dibuatnya terlalu ramai sampai x blh masuk
Buku risalah muktamar yg penuh dgn provakasi.. bukan daripada terbitan PAS pusat
Carta Organisasi Syura Ulama' 2007-2010

Bersama shbt2 Lajnah Keselamatan di dewan Makan
Bersama shbt2 Lajnah Nursery
Suasana Dewan Mkn, rest sat selepas penat bertugas
Reporter mengambil maklumat perkembangan POLITIK utk semua pimpinan Muslimat
Saf pimpinan Muslimin menjamu selera selepas perasmian
K. Wan & K. Nuri sedang ditemubual oleh reporter (Saf Pimpinan PAS Pusat & DMPNS)

Ulama' Profesional sedang menjamu selera selepas perasmian Muktamar
Buku Cenderahati & Kad Petugas..ana ni tak tahu le nama je dkt Lajnah Pendaftaran ttp tiap kalai prog ana kena jg kemasukan peserta, kata depa ana ni garang dlm menjlnkan tugas so kena pertahankan agar tidak semua org masuk dgn senang..maklumle skrg PKR dh dpt tawan rakyat so SB dan kuncu2 begitu mudah masuk..so kena care.. ana pun tak tahu le dari segi apa shbt2 menilai ana dlm tugasan, nak tak nak kena le buat.. Kecik tp..

Bilik Conferences Muslimat utk ditemu bual oleh Reporter.
Saf Pimpinan DMPNS..

Waduh..muslimat2 mengalah tennga muslimin.. dimanakah wahai Mujahid dgn biarkan muslimat membuat keje2 yg adventure..
Muslimat Serba Boleh (MUSLIMAT POWER...) Yg penting Kejasama..

Reporter buat liputan sepanjang muktamar muslimat dijlnkan
Bersama shbt2 walaupun ana paling muda tp pd ana dlm pershbtn tidak kira umur.. berukhwwah krn ALLAH..
Senyum riang shbt2 menghiburkan hati. hilang segala kepenatan
Pemerhati, perwakilan kusyuk mendengar ucapan perasmi..
Perasmian dijlnkan..
Haha... masa ni ana kena checked semua kemasukan.. adk2 seram sejuk bila dok disini coz macam2 ragam org yg masuk... buat perangai pun pelik2..golongan2 yg Prof/Ulama', NGO2 ..mg kesatuan hati diberi insya-allah..
Ana bersama shbt adk Husna menyemak kemasukan pendaftaran peserta
Husna, Tengku, ana le.. 2org adk ni pun suka sgt menyakat ana.. tp semua sporting2..
Lajnah Bentara prog..ramai yg takde lagi ni. mcm kumpulan nasyid le pula..
Huhu... muslimin turut sumbangkan tenaga membuat persiapan muktamar 3/6/09
Persiapan tempat, muslimat yg tidak henti2 bertugas pd 3/6/09
Setiap Lajnah memberi taklimat utk tindakan gerak kerja..

Ana, Eifa, Tengku, Husna, kumpulan sama, sedang beri taklimat pd petugas lajnah pendaftaran..
M.cik ni ana tak blh dekat dgn dia. kami sering je nak bertengkar.. bukan bertengkar pe.. suka gurau.dgn dia.. paling sporting.. suka buli ana.. kami sering bersama di dlm PRK.
Ummi ku yg sentiasa sibuk melayan kerenah anak buah dlm persiapan tempat (Ustzh Mariyam)
Alhamdulilah siap dh stage dan tempat Muktamar musliamt kami...
Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat

Segala puja-puji bagi Allah Tuhan yang Maha Mengatur dan Menguruskan seluruh alam. Sesungguhnya dengan izin dan inayahNya jua kita dapat bertemu dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 ini.

Kepada semua, saya mengalu-alukan kehadiran dan keterlibatan dalam menjayakan muktamar ini. Marilah kita bersama-sama menjadikan muktamar kali ini sebagai wadah kepada muslimat untuk menaiki mata tangga perjuangan yang lebih tinggi. Moga segala penilaian, teguran, pandangan dan idea-idea baru yang dijana akan membakar lebih marak api kemaraan muslimat di dalam perjuangan ini.

MENYEMARAKKAN KEMENANGAN

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.- at-Taubah: ayat 41

Sidang muktamar yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ya Malikul Mulk, Tuhan Yang Memiliki seluruh kerajaan di mukabumi ini. Allah yang telah memberikan kekuasaan dan kerajaan kepada gabungan Pakatan Rakyat melalui pilihanraya baru-baru ini di negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta seketika di Perak sebelum dirampas dengan rakus oleh Barisan Nasional dengan mengenepikan suara rakyat.

Sejarah telah melakarkan satu lagi keajaiban Allah s.w.t. yang mana gabungan Pakatan Rakyat merupakan parti-parti politik yang serba kekurangan telah dapat memenangi hati rakyat bagi membela nasib mereka dan menentukan halatuju serta masa depan negara. Jauh berbeza dengan gabungan Barisan Nasional yang tanpa segan silu menggunakan seluruh jentera kerajaan negeri dan pusat untuk kepentingan mereka bagi mempertahan kuasa.

Sesungguhnya fenomena ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa arus kehidupan rakyat yang semakin berubah dan matang, mahu memilih jalan hidup yang berteraskan kepada kebenaran dan keadilan sejagat yang sememangnya menjadi tuntutan Islam. Walaupun dicurahkan dengan segala bentuk kebendaan, ianya sudah tidak mampu memikat hati rakyat yang semakin sedar dan bimbang bahawa negara kita sedang menuju ke arah kehancuran.

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Secara sedar ataupun tidak, kita berhadapan dengan satu peradaban jahiliyyah yang berteraskan kapitalisma berdasarkan amalan riba? dan segala rupa bentuk materialisma yang mengakibatkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Satu peradaban yang dilihat sekarang telah menghasilkan kepincangan sistem kekeluargaan, pendidikan, ekonomi, sosial, dan perundangan. Ataupun boleh dikatakan seluruh sistem kehidupan sudah menampakkan tanda-tanda ke arah kehancuran.

Dalam keadaan kegusaran dan kebuntuan ini, kita lihat manusia mula tercari-cari jalan keluar dan mula mendekati Islam sebagai jalan penyelesaian kepada seluruh kepincangan dan kehancuran ini. Sememangnya Islam sebagai satu cara hidup telah pun menjanjikan kesejahteraan kepada kehidupan manusia sejagat.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

?Sesungguhnya Allah menyeru (manusia) ke tempat kediaman yang sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada manusia yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) ke jalan yang betul dan lurus (yang selamat itu).? - Yunus: ayat 25

Oleh itu bermula dari kemelut ini, marilah kita bertekad untuk mengambil kesempatan yang datang ini untuk terus menyemarakkan kemenangan agar usaha-usaha dakwah dan pengislahan atau reformasi masyarakat dapat kita lakukan dengan lebih berkesan.

MENGUKUHKAN KESATUAN FIKRAH & AMAL

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Kita insafi bahawa kemenangan yang dianugerahkan Allah s.w.t. ini menuntut kita mengisinya dengan kebenaran dan keadilan Islam. Tuntutan perjuangan memerlukan kepada pengorbanan yang hebat. Juga keutuhannya memerlukan kesatuan fikrah dan amal yang jelas serta berterusan seperti ditunjukkan oleh para Nabi, Rasul dan seluruh pejuang Islam dahulu sehingga kini.

Usaha-usaha bagi mengukuhkan kesatuan fikrah dan amal adalah satu kemestian bagi jamaah Islam. Ianya dapat memastikan kesinambungan perjuangan dan tidak lari dari landasan sebenar. Muslimat PAS sendiri terdiri daripada pelbagai golongan termasuk ulama?, profesional, aktivis dan suri rumah yang menjadi ?grassroot? kepada perjuangan ini. Kepelbagaian latarbelakang muslimat ini merupakan pelengkap kepada kekurangan setiap pejuang yang akhirnya akan melahirkan satu saf muslimat yang dinamik umpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Kejelasan aqidah dan prinsip perjuangan merupakan teras dan dasar kepada kepelbagaian ini. Justeru akhirnya akan membawa kepada kemantapan dan kecemerlangan. Perbezaan pendapat dan pendekatan merupakan sifat kreativiti Allah Ya Musowwir dan Ya Khaliq. Allah s.w.t telah memberikan sifat tersebut kepada manusia agar manusia menjadi kreatif dalam usaha-usaha kembali kepada Allah s.w.t. dengan mengadun-jalin pelbagai idea dan pendekatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk agama-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.? - As-Saf: ayat 4

Oleh itu perbezaan-perbezaan yang wujud harus diterima sebagai kepelbagaian teknik dakwah yang harus merangkumi pelbagai jenis mad?u atau sasaran dakwah.

Dewan Muslimat PAS sentiasa menerima dengan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menggabungkan diri dalam perjuangan ini dan bersedia menerima teguran, pandangan dan pendapat demi kecemerlangan perjuangan.

MUSLIMAT BERINTERGRITI & BERPERANAN SEBAGAI DA'I KEPADA MASYARAKAT

Bagi memastikan kesatuan yang kukuh di kalangan jentera muslimat, usaha-usaha ke arah melahirkan muslimat yang bercirikan kepada muhajidah, berilmu, beriman, beramal, bertaqwa, beristiqamah serta berperanan sebagai da?i pada masyarakat mestilah dipertingkatkan.

Untuk itu, Dewan Muslimat Pas akan terus memberikan komitmen kepada usaha-usaha pembentukan kepimpinan dan amilin yang profesional melalui penubuhan akademi naqibah. Harapan kita ianya akan dapat mendidik dan melahirkan saf kepimpinan yang mampu memimpin wanita di semua peringkat, serta menjadi amilin yang mampu menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk perjuangan suci ini.

Mudah-mudahan dengan itu kita para pendokong Muslimat akan termasuk di dalam golongan mereka yang berjual beli dengan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksudnya;

"Wahai orang-orang beriman, mahukah Aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).? - as-Saf: ayat 10 ? 11

PERANAN MEMANTAPKAN AKHLAK MASYARAKAT

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Dewan Muslimat PAS di semua peringkat hendaklah sentiasa memberikan komitmen yang berterusan bagi membawa masyarakat kepada berkeperibadian dan akhlak yang tinggi dan terpuji. Muslimat adalah agen perubahan bagi kemantapan kehidupan masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Sewajarnyalah berbekalkan dengan pentarbiyahan tenaga para dai? dari kalangan muslimat ini serta kesatuan fikrah berupaya menarik minat masyarakat ke arah matlamat yang diidamkan.

Muslimat menekankan akhlak terpuji di dalam semua aspek kehidupan termasuk aspek ekonomi, pendidikan, kekeluargaan, perundangan, kesenian, sukan dan sebagainya. Akhlak terpuji yang dibawa oleh Islam ini adalah seperti nilai-nilai jujur, amanah, bertanggungjawab, hormat menghormati, bantu-membantu, prihatin dan seumpamanya.

Sifat-sifat ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah merupakan keperluan manusia sejagat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.? - al-Anbia: ayat 107

Begitu juga seluruh manusia menolak keperibadian buruk yang akan merosakkan kehidupan seperti rasuah, penyelewengan, amalan riba?, mementingkan diri sendiri, kezaliman, penindasan dan seumpamanya.

Di dalam usaha-usaha kita membina masyarakat berakhlak, Dewan Muslimat PAS ingin menegaskan bahawa ummat Islamlah sewajarnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat keseluruhannya. Tanggungjawab ini terpikul berat ke atas bahu Muslimat PAS.

Muslimat PAS harus berbeza dengan wanita yang tidak menjalani proses tarbiyah yang lain. Jika tidak akan jadilah keadaan sebagaimana perumpamaan yang menggambarkan keadaan ?ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul?.

Islam telah diturunkan sebagai satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Ummat Islam mesti kembali kepada cara hidup Islam dan meninggalkan cara hidup jahiliyyah yang dibawa oleh penjajah. Cara hidup yang kuat dipengaruhi oleh penjajah ini telah menyempitkan Islam sebagai hanya satu agama ritual dan telah diwarisi serta membelenggu ummat Islam hingga kini.

Umat Islam harus mengembalikan sistem perundangan Islam, pendidikan Islam, perubatan Islam, kekeluargaan Islam, ekonomi Islam, kesenian Islam dan sistem kerjaya yang berlandaskan Islam. Kembali kepada satu sitem hidup Islam sebagai ad-Deen - "Islam as a way of life? satu kehidupan yang diredai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

?Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan jangan kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.? - al-Baqarah: ayat 208.

Dewan Muslimat melalui program penerangan, kebajikan, perundangan akan terus memberikan komitmen yang sangat tinggi bagi membawa masyarakat Islam khususnya di Malaysia ini kembali kepada cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan. Tidak lupa juga kita mendokong usaha-usaha Nisa? memperkenalkan dan memikat para remaja kita ke arah cara hidup Islam yang syumul.

Membawa masyarakat keluar daripada kemelut kehancuran institusi keluarga

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Dewan Muslimat PAS sangat prihatin terhadap masalah yang menimpa institusi keluarga khususnya umat Islam. Kadar perceraian yang tinggi dan sangat mencemaskan menunjukkan penyakit yang kronik sedang menimpa institusi keluarga.

Dewan Muslimat ingin menegaskan bahawa institusi keluarga mestilah kembali kepada peranannya yang asal iaitu melahirkan dan membina ummat yang memperjuangkan kehidupan yang diredai oleh Allah SWT.

Hari ini kita dapati matlamat perkahwinan bukan lagi untuk membina keluarga yang menjadi batu-bata masyarakat yang kukuh. Malang sekali ianya seolah-olah telah menjadi tempat dimana dunia dan wang ringgit menjadi matlamat sehingga melupakan tanggung jawab isteri, suami untuk memberi kasih sayang dan mendidik anak-anak.

Kekusutan hubungan suami isteri yang sangat mencemaskan ini, akhirnya membawa kesan negatif kepada anak-anak. Akibatnya anak-anak terabai dan membawa mereka kepada gejala sosial yang melalai dan merosakkan mereka.

Menyedari akan hakikat ini, Dewan Muslimat perlulah mengembelingkan tenaga bagi membuat program-program kesedaran dan pengisian rohani bagi membawa mereka kembali kepada fitrahnya yang asal dan akhirnya akan membawa kepada keharmonian rumahtangga.

MENGUBAH MINDA WANITA MALAYSIA

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Wanita Malaysia perlulah dibawa ke arah mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Sebahagian mereka perlu mengubah minda sedia ada yang selama ini dibelenggu dengan pelbagai kepercayaan dan prinsip yang negatif, akibatnya mereka mundur dari segala aspek.

Kekurangan ilmu tentang kehidupan termasuk perundangan, hak-hak wanita, pendidikan dan ekonomi menjadikan masih ramai wanita Malaysia hari ini hanya mampu mengikut arus dan tidak mampu berfikiran kritis, proaktif dan inovatif. Usaha-usaha perlu kita lakukan bagi membawa wanita kepada kecemerlangan serta mampu memilih yang benar dan yang salah.

Tegas Allah SWT pada firman-Nya yang bermaksud:

"Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.? - Az-Zumar: ayat 9

Pemikiran negatif yang berpada dalam ?zon selesa?, takut untuk mencuba perkara baru, takut gagal, takut mengambil risiko dan tidak mampu menempuh ujian dan dugaan dengan penuh ketabahan menjadikan ramai kaum wanita Malaysia khususnya wanita Melayu hanya menjadi pengguna, tetapi tidak mampu mencipta produk baru dan pendekatan baru.

Masalah ini ditambah lagi dengan sikap malas, suka mencari jalan pintas, suka bergantung kepada orang lain dan tidak mahu berusaha. Akhirnya masih ramai wanita-wanita ini tertipu dengan pelbagai tipudaya skim cepat kaya dan seumpamanya.

Oleh itu, Dewan Muslimat perlulah memberikan komitmen yang tinggi melalui pelbagai program penerangan. Sasarannya adalah termasuk wanita bandar, luar bandar, warga emas khususnya wanita Melayu. Usaha-usaha ini bagi mengubah minda mereka daripada berfikiran negatif dan statik kepada pemikiran positif dan dinamik yang akan menggerakkan perubahan di dalam masyarakat.

MENGUASAI POLITIK NEGARA

Politik negara kita hari ini telah dicemari dengan pelbagai amalan rasuah, penyelewengan dan ketidakadilan. Ramai ahli-ahli politik di negara ini telah dilabelkan oleh sebahagian besar rakyat sebagai perompak harta negara, yang mana mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mendapatkan keuntungan dan wang ringgit bagi kepentingan diri.

Kesibukan mencari ruang-ruang kepentingan diri menyebabkan kurangnya masa untuk memikirkan pembangunan negara dan kepentingan rakyat. Sekiranya ada yang mengkritik dan membangkang, maka pelbagai tindakan politik akan dikenakan sehingga ramai yang terpaksa berdiam diri walaupun nampak penyelewengan yang jelas di depan mata mereka.

Namun begitu, PAS dan parti-parti rakan dalam gabungan Pakatan Rakyat tidak pernah gentar dengan ugutan dan tindakan mereka. Kebenaran dan keadilan terus dilaungkan dan ditegakkan. Dewan Muslimat ingin menegaskan kepada semua aktivitis PAS dan Pakatan Rakyat bahawa kami sentiasa memberikan sokongan padu dan akan terus bersama walau apa dugaan sekalipun yang akan mendatang.

Dewan Muslimat akan bersama menyumbangkan usaha-usaha yang telah dirancang oleh PAS Pusat dalam agenda membawa ciri-ciri Islamiyah dalam berpolitik dan bernegara. Sesungguhnya kesyumulan Islam hanya dapat dinikmati melalui amal yang berterusan bukan sekadar retorik sahaja.

Jika tidak terjadilah suasana seperti UMNO yang mengagungkan Islam sebagai satu tamadun lampau yang dapat dilihat kesyumulannya hanya pada lipatan sejarah dan juga pada lembaran kertas kitab-kitab yang tersusun baik di perpustakaan.

PERANAN MUSLIMAT DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG & HALA TUJU NEGARA

Dewan Muslimat PAS tidak ketinggalan memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang negara. Muslimat yang diwakili oleh beberapa orang tokoh Muslimat yang menjadi Ahli Dewan Negara (Senator), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terus menerus memperjuangkan kebenaran dan keadilan, membela mereka yang tertindas serta mereka yang menjadi mangsa politik Barisan Nasional.

Peranan muslimat dalam menentukan hala tuju negara akan semakin terserlah dengan lahirnya tokoh-tokoh muslimat di kalangan pengamal undang-undang, pengamal perubatan, ahli-ahli akademik, ahli-ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat.

Dewan Muslimat mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua cendikiawan muslimat yang sanggup mengorbankan status dan jawatan mereka demi perjuangan.

MENYOKONG KONSEP KERJASAMA POLITIK

Dewan Muslimat juga menyokong sepenuhnya setiap keputusan Majlis Syura Ulama? dalam menangani cabaran politik tanah air seperti konsep Tahaluf Siyasi dan sebagainya.

Dewan Muslimat sangat menghargai semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan daripada parti-parti PKR dan DAP yang menghormati Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Harapan kita persefahaman dan semangat setia kawan ini dalam gabungan Pakatan Rakyat dapat diperkukuhkan lagi.

Dewan Muslimat juga sangat menghargai sumbangan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS yang telah banyak membantu PAS terutama di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil. Sokongan padu mereka ini membuktikan PAS telah mampu menunjukkan keperibadian yang dapat diterima oleh semua pihak termasuk dari kalangan bukan Islam.

MEMBINA GENERASI PELAPIS NEGARA

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Sedarilah bahawa terlalu ramai para remaja telah rosak aqidahnya, yang memerlukan sumbangan kita untuk membawa mereka kembali kepada fitrah asal sebagai seorang hamba Allah s.w.t. Banyak pihak hari ini lalai dan leMAka tidak menyedari akan perancangan musuh Islam yang menyerang secara gerak saraf dengan menghantar hiburan, pelbagai jenis dadah yang merbahaya dan merosakkan kesihatan, arak, budaya rempit, lepak dan sebagainya sebagai senjata bagi menghancur masa depan generasi muda kita.

Malah mereka yang dihantar untuk pemulihan ke pusat-pusat seranti semakin bertambah dari hari ke hari. Agenda pemulihan ini amatlah sukar dan kurang berkesan serta memakan belanja yang sangat besar. Sesungguhnya cara Islam yang mengutamakan pencegahan adalah lebih berkesan dan terjamin kejayaannya.

Proses kehancuran ini dipercepatkan lagi dengan internet yang telah disalahgunakan untuk menyebarkan bahan-bahan lucah dan perkara-perkara mungkar. Pihak yang bertuhankan wang ringgit ini telah menggadaikan masa depan generasi muda demi kepentingan mereka sendiri.

Dewan Muslimat bersama Nisa? sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi mendekati para remaja bagi memujuk mereka kembali kepada cara hidup Islam. Nisa? telah mula memantapkan jenteranya melalui pelbagai unit yang sesuai dengan jiwa remaja termasuk unit dakwah, kaunseling, kebudayaan dan sukan bagi menyediakan diri sebagai rujukan kepada para remaja yang bermasalah dan kehilangan panduan hidup.

Dewan Muslimat PAS juga menyedari akan fungsi cendikiawan muda terutama dari kalangan mahasiswa yang seharusnya memainkan peranan penting di dalam membawa para remaja kembali kepada Islam. Keupayaan minda dan intelek yang dikurniakan Allah SWT harus digunakan untuk memikirkan pelbagai pendekatan dan teknik bagi menarik kembali mereka yang telah terpesong ke jalan yang lurus.

Dewan Muslimat PAS juga mendesak pemansuhan akta AUKU yang telah mematikan sifat kritis dan kreativiti mahasiswa yang akhirnya melahirkan ramai mahasiswa yang jumud, beku dan tidak prihatin terhadap segala permaslahan masyarakatnya.

Dewan Muslimat PAS sentiasa memberi komitmen untuk membawa mahasiswa kepada hala tuju yang sebenar iaitu sebagai pemimpin masa depan yang akan menggunakan seluruh kekuatan intelek yang dikurnia Allah s..w.t bagi merancang masa depan negara. Seterusnya memainkan peranan membawa negara ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

SOKONGAN GENERASI MUDA

Dewan Muslimat PAS merasa sangat terharu dengan perubahan yang ditunjukkan oleh generasi muda di dalam beberapa pilihanraya-pilihanraya kecil baru-baru ini. Walaupun dalam keadaan keperibadian yang tidak sepenuhnya Islam, mereka masih yakin untuk menerima PAS sebagai satu wadah untuk mengubah nasib mereka.

Ini menunjukkan generasi muda sudah sedar akan kerosakan dan kehancuran yang sedang mereka alami dan ingin kembali ke pangkal jalan bersama-sama dengan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Dewan Muslimat PAS ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang padu yang diberikan oleh generasi muda hari ini. Marilah sama-sama kita berganding bahu melakukan sesuatu untuk memberi kesedaran kepada semua generasi muda di Malaysia ini dan membawa mereka kembali ke jalan fitrah asal mereka.

MUSLIMAT & AGENDA KEBAJIKAN

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Di dalam kemajuan negara yang dibanggakan oleh kerajaan BN, sebenarnya masih ramai lagi rakyat yang dhaif, tertindas, teraniaya dan yang tidak cukup keperluan hidup dan masih memerlukan bantuan. Perbezaan antara golongan kaya dan miskin sudah mulai menampakkan jurang yang sangat besar.

Ini adalah kerana sistem zakat kerajaan BN hari ini tidak mampu melaksanakan fungsinya secara berkesan. Ditambah lagi dengan situasi ekonomi berasaskan kapitalisma dan materialisma yang semakin lumpuh, bilangan rakyat miskin akan meningkat hari demi hari.

Dewan Muslimat PAS juga menyedari bahawa rakyat negara ini bukan sahaja miskin harta, tetapi juga miskin agama. Jentera kerajaan BN yang ditugaskan memberi ilmu agama kepada rakyat tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Islam hadhari yang diperjuangkan kerajaan BN tidak menampakkan sebarang kesan dalam membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai satu cara hidup.

Mewujudkan pusat khidmat bersepadu (One Stop Center)

Menyedari akan situasi rakyat yang semakin kronik, Dewan Muslimat PAS telah memberi komitmen yang tinggi selama ini terutama bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat dan NGO yang memperjuangkan kebajikan rakyat dalam membantu golongan miskin, tertindas, teraniaya dan kurang upaya mengikut keupayaan yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Dewan Muslimat juga sedang berusaha untuk menubuhkan Pusat Khidmat Bersepadu (One stop center) di semua peringkat bagi membolehkan masyarakat berbilang kaum datang untuk mendapatkan pelbagai khidmat mengikut kemampuan PAS.

Ketrampilan muslimat sebagai rujukan masyarakat

Bagi memberikan pelbagai perkhidmatan alternatif kepada masyarakat, sudah tentulah Muslimat harus menyediakan jentera kebajikan yang ramai dan berkebolehan serta mempunyai ketrampilan bagi membolehkan muslimat menjuarai kerja-kerja kebajikan dan pembelaan.

Oleh itu Dewan Muslimat PAS menyeru kepada semua ahli muslimat agar menyediakan diri dengan pelbagai kebolehan dan kemahiran agar kita boleh memberi sumbangan melalui pusat khidmat ini. Dalam masa yang sama, Dewan Muslimat juga menyeru seluruh muslimat yang bekerjaya yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang untuk turun padang bersama seluruh jentera muslimat bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

PAS FOR ALL? mempertegaskan PAS sebagai wadah pilihan ummah

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, agenda ?PAS FOR ALL? telah banyak menarik minat pelbagai golongan untuk mendekati PAS. Walaupun selama ini PAS sememangnya sentiasa bersikap terbuka, namun dengan penekanan ini, PAS telah mampu dilihat sebagai wadah pilihan untuk pelbagai golongan dan kaum bagi memperjuangkan hak masing-masing.

Sifat keterbukaan, kerendahan hati dan keikhlasan pemimpin dan ahli-ahli PAS telah mampu meningkatkan kepercayaan pelbagai golongan untuk menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan pilihan mereka.

Dewan Muslimat PAS bersama dengan seluruh jentera PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam menunaikan hasrat ahli-ahli Kelab Penyokong PAS khususnya dan seluruh rakyat yang memerlukan bantuan.

MANSUHKAN AKTA RIMBA ISA

Dewan Muslimat mengulangi ketegasan bahawa akta rimba ISA ini mesti dimansuhkan segera. Kami amat bersimpati di atas penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh isteri-isteri dan keluarga mangsa ISA. Mereka yang tidak berdosa ini tersepit dan dizalimi oleh tindakan zalim kerajaan yang memenjarakan suami-suami mereka tanpa bicara dan tanpa peluang membela diri di mahkamah terbuka.

Sesungguhnya tiada penjara tanpa bicara dalam Islam. Keadilan Islam memberikan hak kepada yang dituduh untuk membela diri. Firman Allah SWT yang bermaksud:

?Wahai orang-orang yang beriman jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu-bapa dan kaum kerabatmu, jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu akan kemaslahatannya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran, dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.? - an-Nisa?: ayat 135

MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN DI MANEK URAI

Kita melihat senario yang amat ganjil sekarang dimana BN yang diterajui oleh UMNO begitu ?phobia? dalam menghadapi pilihanraya kecil di Malaysia. Terutamanya di kawasan dimana kedudukan Pakatan Rakyat adalah kuat dan dapat menyaingi BN.

Berbagai helah akan dicari dengan memperalatkan SPR dan menggunakan mahkamah untuk mengelak berlakunya pilihanraya kecil. Sehingga kini dengan izin Allah s.w.t. BN telah kalah berturut-turut di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang dengan majoriti yang besar. Sesungguhnya mereka merancang dan Allah s.w.t juga merancang. Akhirnya BN menarik diri dari bertanding di Penanti.

Setelah dengan rakus merampas kerajaan Perak, kini BN terdesak dan mencari helah supaya tidak berlaku pilihanraya kecil di seluruh negeri Perak. Kita tetap mengulangi desakan rakyat agar mereka diberikan hak memilih kerajaan Perak yang mereka inginkan. Tiada pilihan lain bagi penyelesaian kemelut di Perak hanyalah sebaik-baiknya mengada pilhanraya bagi rakyat memilih kerajaan yang mereka yakin dan sokong sepenuhnya.

Kini kita diuji pula dengan kekosongan di DUN Manek Urai, Kelantan. Walaupun dikatakan bahawa Manek Urai adalah kubu kuat PAS, tetapi kita mestilah bersiap siaga bagi mempertahankannya.

Muslimat akan mempertingkat usaha-usaha ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang di Manek Urai. Tidak lupa juga doa dan munajat yang berterusan dipohonkan terhadap Allah s.w.t agar kemenangan berpihak kepada kita.

PENUTUP

Marilah kita meneguhkan parti kita dengan ciri-ciri Islamiyah ke arah penghayatan Islam yang syumul dalam mentadbir dan mempertahankan negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Usaha-usaha mengekal keyakinan serta melipat gandakan sokongan rakyat bukan Islam yang kita dapat selama ini, mestilah dipergiatkan. Seharusnya Kelab Penyokong PAS diberikan peranan yang lebih besar bagi meraih dan mengekalkan sokongan mereka terhadap parti kita.

Marilah kita memohon kepada Allah s.w.t agar melempahkan rahmat dan keampunanNya kepada kita dan saudara-saudara kita yang telah mendahului kita menemuiNya.

Akhir sekali, marilah kita dengan segala rendah hati memohon agar Allah s.w.t memberkati Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 ini, supaya berjaya menjana rumusan dan tindakan susulan yang matang.

Saya mengajak Muslimat sekalian bersama-sama melaksanakan aspirasi MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-49 ini dengan tema:

"MENYEMARAK KEMENANGAN, MENYATU RAKYAT?

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wasalamu?alaykum wa rahmatullahi wa barakaatuh.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar! - tajdid_






Tuesday, June 9, 2009

Pantun Tutup aurat .Tutuplah Auratmu sebelum aurat mu ditutup dgn Kain Kapan


pantun tentang aurat (Ana amik sedikit bahan dariapda seorg shbt utk kita renungi bersama)
http://www.muhammadhazriq.blogspot.com/

Berpakaianlah Kamu sebagaimana Gambar di atas ini..inilah sebaik-baik wanita Islam
bagi yang terkena jangan marah atau kecil hati..ampun maaf dipinta.

Baju nipis nampak bayang, Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat
Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’Mata orang terbeliak,
kita membengis Bila kena kutuk,
kenapa menangis Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama Tak suruh berbungkus macam pocong Apa rasanya,
Kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak
Lurah Mata yang memandang boleh keluar
Darah Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai
Syaitan Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
Asal menutup aurat itu tuntutan Kalau dianggap susah,
Tu sebab bosan Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat ( from http://www.skycrewz.net/blog/pantun-aurat-pompuan-kompom-panas/

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI