Thursday, May 14, 2015

Nurul Izzah - Isu 1MDB malukan negara di peringkat antarabangsa

Isu pengurusan membabitkan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memalukan negara di peringkat antarabangsa, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Izzah pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini berkata, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakibatkan isu tersebut diperkatakan di peringkat antarabangsa, sekaligus memalukan negara.

"Pada pendapat saya, 1MDB dikritik di peringkat antarabangsa dan memalukan kita, saya merasakan Najib yang menyebabkannya," katanya.

"Bagi saya, kita perlu bekerjasama untuk memastikan Malaysia selamat. Kita bercakap soal kemusnahan ekonomi yang perlu diwarisi daripada mereka yang berkuasa," katanya.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, cara pengurusan isu Tabung Haji oleh Najib juga tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.

"Kita mahukan ketelusan, jawapan bagi memastikan proses-proses tertentu sebelum kita menangani isu membabitkan hutang, tetapi ianya tidak dilaksanakan," kata Izzah.

Isu membabitkan pembelian tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji menjadi 
kontroversi terkini 1MDB yang dibebani hutang RM42 bilion, selepas pendedahan jualan tanah kepada agensi pengurusan ibadah haji pada harga berlipat kali ganda daripada harga asal.
Isu tersebut tercetus apabila sebuah blog memuat naik dokumen urus niaga pembelian hartanah terbabit yang bernilai RM188.5 juta.

Susulan pendedahan itu, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudiannya mengumumkan Tabung Haji akan menjual tanah tersebut.

Izzah berkata adalah penting rakyat Malaysia mendapatkan perhatian antarabangsa berhubung isu berkenaan.

"Penting bagi kami, dalam kerjasama dengan kumpulan antarabangsa, kami sering membangkitkan suara rakyat di Malaysia yang menentang amalan salah guna kuasa, suara mereka yang inginkan perubahan dalam sistem. "Bukan kita mahukan campur tangan asing, tetapi kita mahu dunia luar faham," katanya.
Isu pengurusan membabitkan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memalukan negara di peringkat antarabangsa, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Izzah pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini berkata, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakibatkan isu tersebut diperkatakan di peringkat antarabangsa, sekaligus memalukan negara.
"Pada pendapat saya, 1MDB dikritik di peringkat antarabangsa dan memalukan kita, saya merasakan Najib yang menyebabkannya," katanya.

"Bagi saya, kita perlu bekerjasama untuk memastikan Malaysia selamat. Kita bercakap soal kemusnahan ekonomi yang perlu diwarisi daripada mereka yang berkuasa," katanya. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, cara pengurusan isu Tabung Haji oleh Najib juga tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.
"Kita mahukan ketelusan, jawapan bagi memastikan proses-proses tertentu sebelum kita menangani isu membabitkan hutang, tetapi ianya tidak dilaksanakan," kata Izzah.
Isu membabitkan pembelian tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji menjadi kontroversi terkini 1MDB yang dibebani hutang RM42 bilion, selepas pendedahan jualan tanah kepada agensi pengurusan ibadah haji pada harga berlipat kali ganda daripada harga asal.
Isu tersebut tercetus apabila sebuah blog memuat naik dokumen urus niaga pembelian hartanah terbabit yang bernilai RM188.5 juta.
Susulan pendedahan itu, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudiannya mengumumkan Tabung Haji akan menjual tanah tersebut.
Izzah berkata adalah penting rakyat Malaysia mendapatkan perhatian antarabangsa berhubung isu berkenaan.
"Penting bagi kami, dalam kerjasama dengan kumpulan antarabangsa, kami sering membangkitkan suara rakyat di Malaysia yang menentang amalan salah guna kuasa, suara mereka yang inginkan perubahan dalam sistem.
"Bukan kita mahukan campur tangan asing, tetapi kita mahu dunia luar faham," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-1mdb-malukan-negara-di-peringkat-antarabangsa-kata-pkr#sthash.5ed3N2hv.dpuf

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI