Wednesday, December 11, 2013

Selangor Melahirkan Ramai Tokoh Pendakwah Muda Dari Pelbagai Lapisan


SHAH ALAM: Exco Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, Sallehin Mukhyi menyifatkan perkembangan Islam di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai menakjubkan berikutan kerancakkan penganjuran program-program bercorak keagamaan di negeri ini samdada di dilakukan aktiviti tarbiyah dan dakwah di masjid atau di surau-surau.
Jelasnya, keadaan itu didorong oleh kesungguhan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti dan semua pihak terlibat dalam menyebarkan kefahaman sebenar Islam.
“Alhamdullilah saya lihat perkembangan Islam di Selangor khususnya lebih lima tahun ini adalah satu perkembangan yang cukup baik dengan program yang disusun (JAIS), (MAIS), Jabatan Mufti dan sebagainya.

“Saya kira kader - kader baru  perlu  diberi banyak latihan  sebagai satu program yang menyeluruh, malah mereka perlu mempunyai pelan tindakan untuk lima tahun akan datang. Perkara ini perlu dilakukan bagi menguji seseorang sebelum di lantik secara rasmi.  Ini adalah bertujuan bagi menghasilkan kader-kader yang berkualiti dan bertauliah.
Secara jujur saya lihat Selangor telah Berjaya melahirkan  ramai tokoh pendakwah muda dari Pelbagai Lapisan
 ”, kata Sallehen.
Beliau yang juga merangkap DUN Sabak Bernam menambah lagi “Program dakwah di Selangor juga dijalankan dengan mempunyai wawasannya, bukan sekadar memenuhi syarat, saya amat terharu dan gembira dengan perkembangan ini,” ujarnya selepas menyampaikan anugerah Tokoh Pendakwah Selangor 2013 di Dalam Program Muzakarah Pendakwah dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Program yanga di adakan itu seramai tiga orang menerima anugerah Tokoh Pendakwah iaitu,   Shah Kirit yang memeluk Islam pada 1996.
Shah Kirit ketika di temubual oleh wartawan beliau berkata, Selangor juga semakin banyak melahirkan tokoh pendakwah muda dari pelbagai lapisan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan di kalangan saudara baru.
Ini menunjukkan generasi islam kini semakin mantap dan berwawasan dan perlu di contohi di Negara-negara lain bagi melahirkan generasi ilmuan yang bermanfaat kepada orang lain.
Shah Kirit yang mempunyai pengalaman berdakwah di serata dunia merupakan Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn Bhd dan beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan 2012, Tokoh Saudara Muslim Muslimin dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2010 dan Tokoh Saudara Kita Maal Hijrah 2011 Negeri Selangor.
Sallehen Exco Agama menyampaikan anugerah kepada shah kirit
Sementara itu, Penerima Anugerah Tokoh Pendakwah Wanita, Datin Aminah Zakaria pula berkata usaha gigih Kerajaan Negeri bagi memperbanyakkan program keIslaman wajar dicontohi negeri-negeri lain.
“Saya harap Kerajaan Negeri dapat meningkatkan usaha mengilmukan masyarakat Selangor ini dan saya doakan segala langkah, perbelanjaan yang digunakan Kerajaan Negeri untuk menyebar dakwah ini mendapat ganjaran maksima dari Allah dan minta Allah terima segala amal pihak pentadbir Kerajaan Negeri, pegawai, kakitangan dan rakyat Selangor semua, semuga dapat keberkatan Allah,” kata beliau.
Aminah yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Muslimah Malaysia (Salimah) juga turut terkenal sebagai penyampai ceramah mengenai ‘Fiqh Wanita’ di stesen radio Ikim fm dan beberapa slot bimbingan wanita dalam rancangan Al-Hidayah di TV3.
Beliau juga kerap mendapat undangan untuk menyampaikan ceramah agama di serata dunia termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Brunei dan Singapura.
Manakala penerima anugerah Tokoh Penolong Pendaftar Nikah Selangor, Aziz Mahmood merupakan seorang bekas Guru Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Seri Lanang.
Beliau yang juga memegangan jawatan Timbalan Nazir di Masjid At-Tawqwa, Pekan Banting kini juga aktif sebagai penceramah kursus Haji.
Ketiga-tiga tokoh terbabit masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil, piala iringan dan sepersalinan pakaian yang disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi .


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI