Thursday, September 12, 2013

Tazkirah Jumaat : Pelihara Diri Daripada Ciri-ciri Munafiq

Tazkirah  Jumaat : 4 Ciri2 orang munafiq (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )
- HR Ahmad
Semoga peliharakan diri kita daripada ciri2 tersebut agar kita di hormati, di segani dan dipercayai. Perbaiki diri iman dan amal kita. siri peringatan buat diriku yang lupa agar sentiasa memudahkan urusan orang lain. Dan menjadi mukmin yang sejati. Ya-Allah kirimkan aku sahabat yang solih dan soliha yang sentiasa ingatkan diri ini kearah kebaikan dan mengingatimu, amiin ya rab

Kadang-kadang kita berjanji untuk senangkan kerja kita tanpa fikirkan kepada orang yang kita janji. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita janji itu perkara kecil jika kita tidak penuhinya. Akan tetapi sedarlah bahawa berjanji itu amat besar kesannya jika tidak ditunaikan. Bak kata pepatah, lembu dipegang pada talinya, manusia di pegang pada janjinya.
Lagipun menunaikan janji ini dipandang serius dalam Islam. Sehinggakan sesiapa yang tidak menunaikan janjinya akan dicop sebagai orang yang mempunyai sifat orang munafik.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )
- HR Ahmad
Jadi, berhati-hati jika berjanji. Fikir dahulu sebelum berjanji samada kita boleh tunaikan janji itu atau tidak. Ketepikan perasaan kasihan ataupun tidak sampai hati. Lebih baik berterus terang sahaja jika kita rasa tidak boleh tunaikan janji. Biar dia terasa hati dahulu daripada dia terasa hati di kemudian hari yang akan memungkinkan terjejas perhubungan silaturrahim.
Malah lebih malang lagi jika kita tergolong ke dalam golongan manusia yang mempunyai sifat orang munafik. Wana’udzubillah…
Jadi, jangan ambil mudah bila berjanji. Fikirkan kesannya dari segi hubungan silaturrahim dan kesannya secara total terhadap ummat Islam.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI