Wednesday, August 14, 2013

Tahniah Pelajar LASAK, Result Exam 100%

Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kepada Allah SWT  berkat usaha dan kesungguhan guru-guru Kelas Tuisyen Lasak akhirnya pelajar yang telah mengikuti LASAK telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang ujian gerak gempur dengan 100%.

Ujian yang telah berlangsung pada Akhir Julai, 2013 baru-baru ini telah memeranjatkan ibubapa pelajar dan guru-guru SRI Al-Huda apabila melihat keputusan pelajar yang tidak disangka-sangkakan.  

Sebelum ini keputusan peperiksaan mereka tidak mencapai 100% dengan rate 50% tetapi setelah ikuti Kelas LASAK di Sri Al-Huda akhirnya pelajar dapat meningkatkan prestasi yang cemerlang. 

Semoga usaha yang dilakukan pihak LASAK dalam melahirkan pelajar yang berjaya dunia akhirat akan terhasil dengan baik. 

Akhir nya pihak pengurus LASAK mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SRI Al-Huda, Hajah Surayah Sarit,  Guru-guru dan ibubapa pelajar yang telah memberi kerjasama menyokong usaha murni ini dalam memastikan misi visi LASAK tercapai .

Selain melahirkan pelajar  berjaya dunia akhirat LASAK juga berusaha membantu membangunkan institusi kompleks pendidikan integratif dalam masa terdekat ini bersama semua pihak berwajib. 

Sokongan ibubapa pelajar dan masyarakat luar amat diperlukan. Insya-Allah 8hb September, 2013 sesi tahun 3-5 akan dibuka pendaftaran baru untuk pelajar-pelajar yang ingin ikuti LASAK. Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-6893185.

Tahniah kepada semua pelajar lasak yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang. Kami turut rasa gembira atas kejayaan anda semua. 

“Bersama Menyempurnakan Kecemerlangan Pelajar”

Pengurus Lasak 


Che Sue


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI