Wednesday, August 28, 2013

Pelajar Terharu Terima Bantuan Pendidikan Daripada ADUN

Batu Caves : Faezatul Hasliana Hashim yang bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada awal september ini rasa terharu apabila menerima bantuan pendidikan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari.

Beliau berkata, alhamdulilah saya benar-benar rasa terharu apabila permohonan bantuan sumbangan untuk menyambungkan pengajian mendapat perhatian ADUN. Permohonan yang dibuat tidak sampai sebulan selepas terima tawaran daripada Universiti Al Azhar Mesir dalam bidang Syariah.
100_3240

Namun begitu, saya tidak dapat menyambungkan pengajian di Mesir kerana arwah ayah yang baru meninggal dunia seminggu lalu telah berpesan agar tidak menyambung pengajian di Mesir memandangkan keadaan krisis negara. Selain itu saya  juga merupakan anak sulung perlu menjaga ibu dan dua orang adik  yang masih belajar di Sekolah Rendah dan Menengah. Dengan amanah ayah, saya akur dan  isnya-Allah akan menyambungkan pengajian di UKM dalam bidang  Usuluddin Fasafah.

Menurutnya, bantuan ini tidak pernah di terima oleh mana-mana parti dan kerajaan, inilah baru pertama kali beliau menerima bantuan daripada ADUN.

Insya-Allah dengan bantuan yang diterima saya akan manfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan masuk IPT. Saya juga telah dimaklumkan kerajaan negeri juga menyediakan bantuan kemasukan IPT dimana pelajar yang dapat menyambungkan pengajian akan menerima hadiah IPT sebanyak RM1000.

Kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor untuk semua pelajar tanpa kira bangsa dan parti benar-benar membantu rakyat Selangor. Semoga semua pelajar yang bakal menyambungkan pengajian dapat manfaatkan sebaiknya. Saya doakan semoga ADUN diberi kekuatan  dan kejayaan dalam mentadbir kawasan DUN Batu Caves,  katanya kepada pemberita setelah menerima bantuan daripada ADUN di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves disini semalam.

Sementara itu, Pegawai Khas PKM DUN Batu Caves, Shaharuddin Abu Bakar pula berkata, Tahniah dan takziah kepada adik Faezatul sekeluarga kerana atas kejayaan beliau untuk menyambungkan pengajian pada awal September ini.

Bantuan yang diberikan ADUN RM1000 diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu dirinya sekeluarga. Pihak kami juga mendoakan agar beliau dapat menjadi pelajar cemerlang dunia akhirat serta hasrat menjadi peguam suatu hari nanti akan tercapai walaupun beliau telah kehilangan ayahnya yang baru kembali kerahmatuallah. Semoga beliau dan ahli keluarga terus tabah hadapi ujian ini, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI