Saturday, July 6, 2013

ADUN Sumbang RM100 Ribu Kemudahan Padang Futsall Untuk Belia dan Remaja (TJU)


Taman Jasa Utama : Belia dan remaja sekitar DUN Batu Caves rasa terharu apabila kemudahan sukan telah dilengkapi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves , Amiruddin Shaari.

Shamsul Saad penduduk daripada Taman Jasa Utama (TJU) berkata, alhamdulilah semenjak Pakatan Rakyat (PR) memerintah belia dan remaja di sekitar DUN Batu Caves merasa berpuas hati apabila kelengkapan sukan seperti padang futsall,  pingpong, dewan badminton telah disediakan banyak kawasan.

Sebelum PR memerintah kelengkapan sukan untuk kami tidak disediakan dengan sempurna  walaupun telah dibuat permohonan kepada pihak berwajib namun menjadi satu kekecewaan kepada  penduduk disini apabila pihak berwajib menyatakan tiada peruntukan untuk kemudahan sukan. 

“alhamdulilah kini impian belia di kawasan ini inginkan sebuah tapak padang futsall telah tercapai di bawah pemerintahan kerajan PR  dalam masa tahun kedua. Pada tahun pertama padang futsall di sekitar DUN batu Caves telah banyak disediakan mengikut kawasan dan apa yag kita lihat ia mendapat sambutan  rakyat khususnya golongan belia dan remaja”, kata Shamsul.

Menurut Shamsul sebelum ini kawasan  tersebut merupakan tanah lapang  yang digunakan untuk kenduri  tetapi  telah di naiktaraf menjadi padang futsall. Dengan adanya padang futsall ibubapa tidak risau lagi keselamatan anak-anak mereka yang sebelum ini sering balik lewat, pergi cybercaf√©, lepak, lumba motor haram dan sebagainya.

Beliau menambah, “semenjak padang futsall yang baru dirasmikan oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari kini sebanyak 10  pasukan ditubuhkan  yang terdiri daripada belia dan remaja”, ujarnya.

Sementara itu, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari dalam ucapan perasmiannya pula berkata, golongan belia dan remaja perlu manfaatkan padang futsall ini dengan sebaiknya. Adalah menjadi tanggungjawab bersama dengan kemudahan yang diberikan semua pihak perlu menjaga dengan baik.

Ibubapa  tidak perlu risau lagi untuk mencari anak-anak mereka khususnya golongan remaja yang masih di bangku sekolah. Carilah mereka di padang futsall. Saya yakin mereka akan berkumpul beriadah bersama teman-teman disini. Selain padang futsall kita juga menyediakan kemudahan asas lain dalam Dewan orang ramai seperti pimpong, kaarem,  dan dat, kata Amir .

Menurut Amiruddin, sebanyak RM100 ribu telah di peruntukkan untuk pembinaan padang futsall dan lain-lain peralatan untuk kawasan (TJU) bagi melengkapkan kemudahan sukan untuk semua rakyat manfaatkan sebaiknya. Kemudahan yang disediakan boleh digunakan sesiapa sahaja tanpa mengira ideologi pemahaman politik yang berbeza.  

Amiruddin merangkap  Timbalan Exco Belia dan Sukan menambah lagi, padang futsall ini akan mula beroperasi pada 23 Jun, 2013. Saya juga suka mencadangkan agar pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) membuka kedai perniagaan bagi menarik ramai belia dan sukan untuk bersukan. Dengan kemudahan kedai menjual makanan dan minuman ia akan menambah kos pendapatan untuk JKP dikawasan ini.

Insya-Allah saya akan sumbangkan dana sebanyak RM20 ribu untuk membantu mereka membuka perniagaan disini, kata Amiruddin kepada pemberita di padang futsall (TJU) selepas merasmikan padang futsall.  

Ahli Majlis  MPS Zon 12 Zulkifli Hamzah pula berkata, “insya-allah dalam masa terdekat kita akan besarkan Dewan orang ramai  yang telah dilengkapan dengan kemudahan sukan untuk keselesaan semua pengguna dan penduduk disekitar ini”.

Majlis perasmian telah diadakan dengan begitu meriah permainan bunga api, perlawanan persahabatan  kategori bawah 12 tahun antara pasukan  TJU dengan Sungai Tua,  manakala kategori remaja  pula 18 tahun kebawah  dengan  kategori vateren  yang berlawan dengan menggunakan kain pelekat.  Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini telah diberikan cenderhati  dan hamper .

Hadir sama dalam majlis perasmian Ahli Majlis MPS Zon 12,  Zulkifli Hamzah, Ketua-ketua Kampung Zon Batu Caves dan  wakil penduduk.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI