Wednesday, July 24, 2013

ADUN Mohon Syabas Pertimbang Rayuan Ibu Tunggal dan Pesakit Kanser Sambung Bekalan Air Dan Saman


Batu Caves : Pesakit kanser dan merupakan ibu tunggal merayu agar pihak Jabatan Penguatkuasaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memasang kembali meter air No. KES:GBK/13/ES045 di alamat no B-2-12 Blok Bayu Taman Putri Laksamana.

Pushpagantha a/p Sumbaramainan berkata, bekalan air telah di potong oleh Syabas kerana saya tidak mampu membayar bil  air yang tinggi selepas kematian anak saya yang telah diserang sekumpulan samseng pada 5 Mei, 2013.

Saya akui kesilapan saya dengan menyambung meter air tanpa kebenaran pihak Syabas. Saya lakukan kerana sangat terdesak selain tidak dapat membayar bil sebanyak RM10,300 yang dikenakan saman, sewa rumah juga tidak dapat di bayar, katanya.

Menurut Pushpagantha semenjak bekalan air di potong beliau terpaksa menumpang rumah orang lain memandangkan beliau tidak mampu bekerja kerana keadaan kesihatan yang tidak mengzinkan.

Tambahnya lagi, untuk atasi masalah yang  saya hadapi ini adalah dengan meminta bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari.

Saya sangat berterima kasih kepada ADUN Batu Caves kerana menolong saya untuk memberi sumbangan bagi atasi kemelut yang dihadapi.
Sumbangan wang di berikan sekurang-kurangnya dapat menampung makan harian dan membeli ubat, katanya.

Sementara itu, Amiruddin Shari pula berkata insya-Allah dalam masa terdekat saya akan bantu beliau yang hadapi masaalah kewangan dan kesihatan.

Kematian yang berlaku keatas anak beliau merupakan pengajaran kepada generasi muda agar tidak mempersia-siakan kehidupan. Memilih kawan adalah penting agar tidak merosak masa depan.

Saya juga berharap agar pihak Syabas dapat mempertimbangkan rayuan sambung bekalan air dan mengurangkan saman yang di kenakan kepada  beliau yang merupakan ibu tunggal dan pesakit kanser. Saman yang tinggi akibat kecuaian beliau sebanyak RM10,300 benar-benar memberi tekanan kepada beliau. Saya juga terkejut melihat bil yang di tunjukkan kepada saya. 

Justeru, saya harap kerjasama dengan pihak Syabas agar dapat memberi kelonggaran kepada rakyat yang susah, katanya di Pejabat PKM DUN Batu Caves,  disini baru-baru ini kepada pemberita.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI