Tuesday, June 4, 2013

Nurul Izzah - Mahasiswa Malaysia Di Pelawa Sertai KEIP

PETALING JAYA 5 JUN : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengalu-alukan mahasiswa Malaysia menyertai program Keadilan Executive Internship Program (KEIP) yang akan diadakan selama lima minggu.
Beliau berkata, "program  KEIP akan bermula pada 26 Jun hingga 2 Ogos itu mengandungi enam modul berkaitan politik. Modul yang digunakan oleh parti politik ternama dunia seperti Parti Demokrat yang menyediakan program tersusun.
Antaranya modul untuk melatih dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai ilmu dan pengalaman politik, pembangunan dasar, daya kepimpinan, etika media dan lain-lain".
Menurut Nurul Izzah Ia dikhususkan kepada mahasiswa Malaysia di seluruh dunia dari apa jua latar belakang pendidikan yang berminat mengenai politik dan mahu mengetahui selok belok perjalanan pentadbiran parti dan wakil rakyat.
Nurul Izzah merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai menjelaskan lagi, "di akhir program setiap kumpulan pelatih akan mengusahakan satu projek yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial yang mempunyai kesan kepada politik negara termasuklah penganjuran program politik dan pembangunan dasar untuk PKR,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Antara kandungan modul itu ialah Kempen Pilihan Raya ; Sidang Parlimen ; Penyelidikan dan pembangunan dasar Aktivisme siswa ; Politik Akar Umbi dan Pengurusan Media. Pelatih yang menyertai KEIP akan dibayar elaun latihan setiap bulan.
Mahasiswa yang berminat menyertai KEIP boleh membuat permohonan secara online di laman http://internkeadilan.org


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI