Thursday, May 16, 2013

Taati Guru Selagi Tidak Melanggari Syariat ISLAM, ADUN Gombak - Hasbullah Ridzwan


Gombak, 16 Mei : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Hasbullah Ridzwan  telah meraikan semua pendidik sempena Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah Integrasi Seri Al Huda Gombak (SERIAHG) pagi tadi.
ADUN Gombak Hasbullah Menyampaikan Hamper Untuk SERIAHG

Beliau dalam ucapannya berkata, setiap tahun semua sekolah akan menyambut hari guru bagi mengingati  jasa dan pengorbanan guru.

Namun setiap pelajar sewajarnya menyambut hari guru  setiap hari dan waktu bukan hanya sekadar setiap 16 Mei. Untuk menyambut dan meraikan guru adalah  dengan kaedah setiap pelajar harus menghormati, membalas jasa guru,  mentaati guru selagi mereka mendidik, memberi ilmu kepada kita,  katanya.

Menurut beliau selagi seorang guru memberi ilmu yang bermanfaat dan tidak melanggari syariat Islam maka setiap pelajar harus hormatinya seperti mana menghormati ibubapa. Ilmu yang diberikan perlu di amalkan agar mendapat syafaat kepada guru.

Hasbullah yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor meminta agar semua pelajar harus  muhasabah diri sejak daripada umur 5 tahun di peringkat pra sekolah kita tidak tahu membaca, tidak boleh menulis tetapi dengan adanya guru maka kita telah mampu membaca dan menulis sehingga masuk ke Sekolah Rendah, Sekolah Menengah , Institusi Pengajian Tinggi dan memperolehi kerjaya yang baik. Maka sewajarnya wajib semua pelajar dan semua peringkat menghargai guru walaupun guru-guru tidak minta dibalas, ujarnya.  

Dalam pada itu, beliau juga turut mendoakan guru-guru di (SERIAHG)  agar Allah memudahkan  setiap urusan sebagai pendidik,  di limpahkan rezeki yang luas, memperolehi rahmat daripada Allah SWT dalam memberi didikan kepada anak bangsa.

Semua guru  perlu menyedari  dan rasa perlu bertanggungjawab amanah kepada  semua pelajar demi selamatkan umah daripada kehancuran.
Bukan Rakyat yang minat ADUN Gombak, Pelajar Juga.

Sementara itu, Guru Besar SERIAHG, Hajah Surayah Sarit melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada ADUN Gombak yang sudi memenuhi jemputan daripada sekolah untuk meraikan majlis hari guru pagi ini.

Beliau berkata, Alhamdulilah kita rasa bersyukur majlis hari guru kali ini mencatit sejarah apabila ADUN Gombak sudi bersama meraikan hari guru untuk semua pendidik dan pelajar di sini. Sebelum ini pihak sekolah telah menerima bantuan dana sambutan hari guru bernilai RM3,500  serta Hadiah Saguhati daripada Parlimen Gombak, dan ADUN Gombak bagi membantu menjayakan majlis.

Dalam perutusan sempena Hari Guru dengan terma  Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda meminta  agar jasa dan pengorbanan guru di hargai. Setiap usaha, tenaga dalam mendidik  anak murid. Yayasan Tamir pendidikan mengucapkan tahniah kepada guru-guru, kakitangan dan warga sekolah yang telah memberi didikan yang baik di peringkat Institusi  pendikan jemaah Sekolah Rendah Islam (SRI), Sekolah Menengah Islam (SMI),  TASKI dan tahfiz  di seluruh negara.

Jelas Surayah lagi dalam perutusan tersebut, tanpa guru tiada pelajaran dan pembelajaran, tanpa guru ilmu tidak akan kembang, tanpa guru manusia tidak akan terdidik dalam mendapat ilmu.

Khidmat guru perlu di hargai. Kanak-kanak  adalah benih, guru adalah tukang kebun yang menerusi kemesraan yang cermat. Dapat membuka rahsia potensi yang tersembunyi dalam diri setiap pelajar. Islam beri kedudukan yang tinggi kepada orang yang beriman, memberi ilmu kepada org lain untuk diamalkan.
Guru-Guru Bergambar kenangan dengan ADUN Gombak

Sesungguhnya hari guru yang disambut setiap tahun adalah  bertujuan mengingati  dan membalas jasa semua pendidik. Disamping itu untuk memberi keinsafan kepada pelajar agar sentiasa menghormati guru.

Semua institusi pendidikan ABIM  perlu mengikut amanah pelaksanaan pendidikan Islam yang berhasrat melahirkan insan soleh dan umat terpilih iaitu  ummat yang abdikan diri kepada Allah SWT.

Matlamat pendidikan ABIM adalah berbeza dengan pendidikan sekuluar.  Justeru guru -guru  perlu membantu ABIM  dalam menetapkan makna dan falsafah bagi merialisasi sert melahirkan generasi ulul albab, jelas Surayah.

Majlis Hari Guru telah di adakan berbagai aktiviti dan program  yang telah di susun oleh guru-guru bersama pelajar bagi memeriahkan majlis. Antaranya Nasyid, Tilawah Al-Quran, Sukan, Persembahan Pelajar untuk Guru, persembahan guru untuk semua pelajar dan sebagainya.  

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI