Monday, May 13, 2013

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Angkat Sumpah Penggal Kedua


Shah Alam, 14 Mei : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru saja pagi tadi  mengangkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang . 


Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.

"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik", kata beliau.

Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.

Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang  
Surat perjanjian menjalankan tugas dan amanah ditandatangani Oleh MB Selangor 

Tan Sri Khalid Angkat Sumpah di Hadapan Sultan Selangor



Pemimpin yang telus, amanah mengutamakan hak rakyat perlu diangkat. Takbir ..Allahuakhbar, Tahniah Tan Sri. :)

Mama (DSAW) papa (DSAI) meraikan Tan Sri Khalid selepas Angkat Sumpah






Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI