Thursday, April 18, 2013

Suara Editor : Hari Mendebarkan Sempena Penamaan Calon. Jaga Adab Kita Semua

19 April, Gombak  : Salam Jumaat, Salam juang buat semua pencinta keadilan dan ingin menegakkan Islam di mukabumi ini. Insya-Allah panjang umur dengan izin Allah semua rakyat malaysia akan berhadapan dengan Hari Penamaan Calon Esok 20 hb April, 2013. 

Harapan Editor agar sepanjang hari penamaan calon berlangsung tidak akan berlaku huru hara daripada mana-mana pihak. 

Editor percaya jika kita hadir dengan suasana aman, tidak buat kacau, jaga adab percakapan, tidak membuat provokasi, banyakkan zikir, senyum kepada semua orang insya-Allah suasana penamaan calon akan berlangsung dengan aman. 


Semoga kita semua di beri hidayah daripada Allah SWT untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pendundi, dan wakil rakyat yang beribawa. 

Ingat jasa Adab dalam apa juga. Allah sentiasa perhati kita, kalau kita meninggal ketika ini, moga mati kita dalam Syahid yang diimpikan.. amiin..Jumpa di hari Penamaan Calon.. Hidup Gombak.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI