Saturday, March 23, 2013

PKM DUN Gombak Sumbang Manhole Sump Parit Keselematan Pelajar


Gombak : Lega, hilang rasa kebimbangan di hati ibubapa pelajar dan pihak Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Huda  apabila masalah kehilangan beberapa penutup  parit lubang  (manhole) disepanjang Batu  Gombak 8 telah diatasi oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
Lawatan manhole parit oleh PKM DUN Gombak. Lubang telah ditutup.

Pengetuanya Surayah Hj Sarin berkata, pihak kami mengucap ribuan terima kasih kepada pihak PKM DUN Gombak Setia dan Ahli Parlimen Gombak yang telah membuat tindakan drastik demi keselematan pengguna terutamanya pelajar.

Laporan aduan kehilangan penutup lubang parit tersebut telah kita buat  selama enam bulan kepada pihak Jabatan Kerjaraya (JKR) Gombak pada Oktober, 2012 namun menjadi satu kekecewaan kepada pihak sekolah apabila mereka memberi berbagai alasan antaranya tidak mempunyai peruntukan untuk membeli peralatan tersebut sehingga kini.

Kami amat merasa bimbang dengan keselamatan pelajar yang bukan hanya  seramai lebih 500 ratus pelajar SRI Al-Huda bahkan pelajar-pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, juga sering menunggu ibubapa dan ahli keluarga disini terutamanya waktu persekolahan yang bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang, ujarnya.

Menurut Surayah, lubang sebesar enam kaki dan  dua belas inci dalam itu boleh memuatkan seramai sepuluh pelajar jika mereka terjatuh bermain disitu.

Tambahnya lagi, apabila penutup lubang tersebut telah hilang  kita dapati banyak sampah sarap berada dalam lubang berkenaan  dan tidak memberi keselesaan kepada pihak sekolah kerana berbau busuk yang sekaligus memberi pencemaran kepada kami .

Justeru, pihak kami berharap demi keselematan pelajar pihak  berwajib hendaklah memikirkan inisatif lain untuk atasi masalah ini dengan sebaikny, katanya kepada pemberita di Ibupejabat SRI Al-Huda, Gombak petang semalam.
Pelajar SRI Alhuda yang sering menunggu ibubapa disini. Keselamtan tergugat

Sementara itu, Rusnani Nasir ibu kepada dua anaknya yang menuntut di sekolah berkenaan melahirkan rasa syukur apabila kemelut yang dihadapi pihak sekolah dan kebimbangan ibubapa dapat diatasi dengan segera oleh PKM DUN Gombak Setia.

Beliau berkata, sebelum ini puas kita buat aduan kepada JKR Daerah  Gombak, kemudian mereka usul masalah ini kepada JKR Selangor. Namun tiada jalan penyelesaian yang terbaik.

Dalam maklum balas aduan diberikan oleh JKR, mereka menyatakan sebahagian longkang di laluan FT068 telah digantikan dengan menutup longkang konkrit dan masih ada kawasan yang tidak dapat di tutup kerana kenkangan kewangan.

Walaubagaimanapun mereka berjanji akan berusaha untuk mengambil tindakan awal dengan menyediakan penutup sementara namun sehingga sesi awal persekolah 2013 dibuka masalah tersebut tidak selesai.

Apa yang dihadapi pihak sekolah dan sebagai ibu sudah pasti saya rasa bimbang dengan keselamatan anak-anak SRI Al-Huda  disini, katanya.

Menurutnya, akhirnya keputusan telah dibuat sendiri dengan membuat aduan kepada PKM Dun Gombak Setia, dan Ahli Parlimen Gombak untuk atasi isu tersebut.

Kata Rusnani, saya tiada pilihan lain setelah melihat suasana yang tidak menyeronokkan kepada semua pengguna terutama pelajar-elajar disini sebelum terjadi perkara yang tidak diingini maka saya sewajarnya buat tindakan drastik dengan buat permhonan kepada pihak PKM DUN Gombak Setia.

Alhamdulilah proses untuk permohonan tersebut tidak sampai sehari dilakukan akhirnya jam 1 tengahari masalah yang kami hadapi telah selesai apabila mereka menutup lubang berkenaan.

Besar harapan saya harap penutup lubang kekal  dengan menggunakan besi disediakan untuk keselamatan pelajar dalam jangka masa panjang oleh pihak berwajib, dan kecurian penutup lubang tidak akan berlaku lagi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu atasi isu ini, kata Rusnani.

Sehubungan itu,  Ramli Talib Pegawai Khas Penyelaras DUN Gombak Setia pula berkata, apa juga masalah yang di hadapi oleh masyarakat atau pihak sekolah sewajarnya hendaklah di maklumkan kepada pihak Pusat Khidmat setempat.
Kesal apabila manhole sump di rosak oleh pihak tidak bertanggungjawab

Insya-Allah kerajaan negeri Selangor dibawah pengurusan Pakatan Rakyat (PR) telah menyediakan peruntukan yang bukan sekadar untuk pendidikan bahkan berbagai lagi.

Peruntukan untuk menaiktaraf jalan, infrastruktur sekolah memang disediakan setiap sekolah tanpa kira parti mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Namun begitu, menjadi satu kesalan pada kami apabila penutup lubang yang baru di tutup telah dipecah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan keselamatan pengguna. Maka dengan itu, kami berharap sekiranya masyarakat nampak kegiatan yang tidak sihat dilakukan oleh pihak berkenaan perlulah buat aduan dengan mengambil foto mereka untuk tindakan kami dengan segera,  kata Ramli.

Editor : Khaulah Azwar



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI