Monday, January 7, 2013

Kesibukan Pejuang, oo masa.. siapa diri ini padanya.

Gombak : Alhamdulilah, masa yang Allah beri 24 jam dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk bekalan ahirat akan datang, Semoga tiap apa yang di lakukan di terima Allah SWT dan pahalanya di sedekahkan kepada Arwah ayahanda, bonda dan ummi yang dikasihi. 
Alhamdulilah anugerah sijil penghargaan IIUM kepada hardcore SRI Alhuda

(K.Nani jemput ana di KAED sambil berkata takpe akak jemput anti, nanti ada pula yang kena culik.. pecah perut ketawa besar ana di buatnya..ayat ana dalam sms di beri padanya.. pandai juga kakak seorang ni mengusik).

Satu perkara yang melucukan ana untuk kongsi bersama, sepanjang sibuk dalam menjalankan tugas harian sebagai pekerja, pejuang dan anak, tak pernah berlaku dalam hidup ini kasut terputus.  

Ahad baru-baru ini, pagi sibuk hadirkan diri dalam usrah di sentul, kemudian mesyuarat dan jam 3 ptg pula mesyuarat di IIUM bersama adik2 titian wahyu bagi merangka jadual mentor mentee.  

Entah macam mana, selepas mesyuarat ana dan sahabat2 ingin ke cafe. Tiba2 kasut terputus. Masya-Allah sudah berakhirnya usiamu. Memang tak nampak tanda2 kasut itu akan meninggalkan ana, memang nampak kuat tetapi inilah yang dikatakan Allah akan ambil nyawa kita bila-bila masa sahaja dalam apa kita lakukan (inilah gambaran yang ana dapat simpulkan ketika itu, ya-Allah berilah keampunan pada hambamu ini, amiin). 
K. Nani famly, moga bahagia dunia akhirat.

Lalu ana panggil k.nani.. 'huhu.. akak camana ni, kasut tiba-tiba putus.. terkekek2 k.nani dan adik2 ketawakan ana. 

K.Nani : ei, banyak sangat berjalan sampai terputus kasut.. kedai kasut di IIUM waktu ahad memang tak buka. adik2 bagi stepler  kasut agar dapat ke cafe. 

Alhamdulilah dapat juga menuju ke cafe sambil makan dengan adik2 dan k.nani ada je yang melucukan kami yang sukar untuk ana gambarkan.. terhibur juga hati ini. 

Moga apa yang dirancang hari ini dapat menjadi kenyataan bagi melahirkan ummah yang  berguna. 

Hari ini gembira bila dapat solat bersama k. nani, dan kongsi cerita. Setiap orang perlukan seseorang untuk mendapatkan pandangan. Yang lebih di perlukan adalah orang2 yang terhampir namun apabila masa orang terhampir tak mengizinkan untuk bersama rasa kadangkala hati ini berkata2 dan menangis siapakah diriku padanya, begitu sukar untuk meluangkan masa bersama lagi, utk bertanyakan khabar tidak seperti dulu, berjumpa kadangkala bagaikan seperti orang asing apabila perjalanan masa hampir berbulan2 tak bersua.. 

Puas sudah di fikirkan untuk recharged ukhwah, namun kadangkala jadi lemah dan lemas apabila hanya seorang saja yang menjadi penyelamatnya.  Tidak seperti dulu lagi..  apa yang terbaik berilah pada kami, andainya tidak maka jauhilah dan jadilah kami hamba yang redha dalam ketentuanmu, amiin ya rab:(

Moga Allah tetap pelihara ukhwah ini, doakan ana.. Tuhanku Hanya Engkau tempat ku mengadu :( 

Terkedu juga bila mendengar kata2 k.nani, terasa bebanan yang terpikul sedikit terlerai juga. 

Moga Allah beri kekuatan pada diri ini dalam bermujahadah, syukran ya -Allah atas pertemuan kasih sayang yang diberikan dalam jemaah ini. Ya-Allah peliharakanlah ia hingga jannah.


 · 
  • Azwar Khaulah ei.. sibuk btl org tu ye.. tp kenangan btl selalu bz gak x le sampai putus kasutr ni dgn akak mmg pecah rekod.. tq 4 ukhwah. hrp dpt kejesama dgn adk2 ni..
  • Ummu Hadi kasut tu tunggu masa je nak putus, sue yg tak sedar, bz sgt, all rounder lah katakan. :)))
  • Azwar Khaulah yeke?? kesimpulannya akak bgtulah nyawa kita yg tak tau bila akan dijemput Allah swt. walaupun hr ni akan nampak sue. pagi dan ptg kita usrah dan meting sama, seharian bersama.. tiba2.. akak di khabarkan sue meninggal.walaupun masa kt jumpa akak nmpk sue mcm sht, tp jmpa shbt di masjid dia pula gaduh.. "akak nmpk pucat mcm tak bermaya.. sakit lg.. sy diam.. terus bangun alhamdulilah sht cuma mcm lipas kudung hr ni.. siapa tahu kan.. maka dgn itu, kita perlu tingkat amal ibadah, jg hubungan dgn allah dan sesama manusia. kehidupan yg sementara je kita ni akak.. anyway tq sgt2 sbb sudi ajak sue. jgn lupa foto yg sama dgn akak napa tak upload.. nak buat kenangan.. nile dia k.nani yg melucukan 


  

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI