Thursday, October 4, 2012

Seruan Jihad, Bersih : 3 November Pemuda PR Sudah Sedia


Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia menyahut seruan Haji Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk bersama-sama menggerakkan anak muda khasnya untuk hadir beramai-ramai ke himpunan yang dirancang oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 3 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.


Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata PR terpaksa melakukan himpunan berkenaan kerana usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) masih gagal dilunaskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

“Kami bersama komponen Pemuda PR yakin mampu menggerakkan anak muda untuk turun bersama-sama bagi menyuarakan hak yang dinafikan oleh kerajaan.

“Walaupun usaha Umno / Barisan Nasional (BN) cuba 'menutup mulut' anak muda dengan perbentangan Bajet 2013 yang lalu, ianya bukan sebagai kayu ukur bahawa anak muda mudah 'dibeli' dengan kebendaan semata-mata.

“Kami juga berkeyakinan bahawa 50 peratus bagi sasaran jumlah himpunan tersebut akan diisi oleh anak muda yang bersama tuntutan BERSIH 3.0.

“Kami, Pemuda PAS yang sudah mula memanaskan gerakan himpunan-himpunan yang bermula dengan 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' di Alor Setar, Kedah  atas nama 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya' dan terus bergerak di seluruh negara serta program seumpamanya.

“Kami yakin momentum anak muda yang bersama Pemuda PAS sudah bersedia untuk turun di dalam himpunan besar tersebut. Malah kami juga yakin komponen Pemuda PR turut bersedia bagi menyahut arahan pimpinan PR bagi merealisasikan tuntutan BERSIH 3.0,” katanya.



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI