Monday, July 16, 2012

Provokasi UMNO Pagoh kacau Ceramah Nurul Izzah Anwar




Johor : Sekumpulan pemuda UMNO  memakai baju T-Shirt UMNO, JATI dan penglibatan kanak-kanak lingkungan usia 10 tahun membuat  provokasi dengan menaiki motor, mengebar  bendera Umno, menyanyi lagu  Umno  dalam ceramah PKR malam tadi di Pagoh Felda.

Keadaan semakin menjadi panas jam 10 malam  apabila  Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar memberi ucapan, namun keadaan  terkawal oleh petugas-petugas Unit Amal Malaysia.

Tinjauan wartawan  ditempat kejadian, provokasi berlaku sepanjang jalan  masuk ke Felda. Provokasi lisan dengan bersorak ‘tibai’ dan ‘liwat’. Pemasangan kain rentang, “PKR tiada di hati kami,  hanya UMNO di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami.”

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar  ketika memberi ucapan ceramahnya  malam tadi  meminta agar rakyat yang hadir tidak perlu takut dengan provokasi murahan UMNO.

"Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan ini kerana    kejadian ini sering berlaku apabila PAKATAN Rakyat (PR) mengadakan ceramah kelompok.

“UMNO jangan ingat negara ini milik mereka. Negara ini milik rakyat. Suara rakyat seharusnya dihormati.

“Pimpinan UMNO sewajarnya mendidik penyokong-penyokong mereka agar menghormati majlis orang

"UMNO sewajarnya  mengajar penyokong-penyokong mereka jika tidak suka seseorang, tidak  suka Parti Pembangkang mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian”, ujar beliau.

Menurut Nurul Izzah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun kerap dibuat aduan polis namun tiada tindakan sewajarnya diambil  untuk memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat.

Beliau beranggapan  penyokong-penyokong UMNO sering buat provokasi kerana takut rakyat buat perubahan apabila mendapat informasi tepat melalui ceramah yang disampaikan pimpinan (PR).

Nurul Izzah merangkap Naib Presiden Keadilan mengajak  seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Katanya, “di negeri Selangor pelbagai kejayaan telah dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah.

“Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun keatas telah menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500. Sumbangan tesebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya.
Sikap UMNO macam beruk makye, tak hormati majlis orang.

Bantuan Pendidikan sebanyak RM1000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan banyak perkara yang telah dikecapi oleh semua rakyat Selangor. Apakah negeri Johor tidak mahu kemudahan tersebut?”,  soalnya kepada semua  rakyat yang hadir dalam ceramah malam tadi .

Nurul Izzah  berucap  dalam ceramah selama setengah jam  menambah lagi,   “PAKATAN  janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan”.

"Kita harap rakyat  Johor  buat perubahan besar dengan menolak kezaliman UMNO yang memerintah 50 tahun  bagi mengentikan aktiviti rasuah yang diamalkan, pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni  sedangkan rakyat terus tertindas,” katanya.

Ceramah malam tadi juga diadakan majlis perasmian Ranting PKR, Felda Sri Jaya Bukit Serampang, Pagoh Felda yang  oleh Nurul Izzah.


Editor : Khaulah Azwar

Responds fb :


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI