Monday, July 9, 2012

Kerajaan Negeri Akan Bina Sekolah Taman Medan Walaupun Kerajaan Pusat Enggan kerjasama



SHAH ALAM : Menteri  Besar Selangor, Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim memberi amaran kepada Kerajaan Pusat sekiranya enggan  bina sekolah kebangsan di Taman Medan Petaling Jaya , kerajaan  Pakatan Rakyat Selangor akan membina sendiri sekolah tersebut. 

Abdul Khalid berkata ketika ditemubual oleh wartawan dalam Program Penerangan Geran Selangorku.

Menurut Abdul Khalid, projek tersebut boleh dijalankan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana populasi kawasan tersebut sudah melebihi 40,000 penduduk. 

Abdul Khalid berkata,  “Kerajaan  negeri telah meminta untuk sebuah sekolah kebangsaan dibina di situ tiga bulan lalu dan tanah juga telah diperuntukan bagi tujuan tersebut.

Ini sekaligus menyangkal dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa Kerajaan Negeri tidak memberi kelulusan tanah bagi pembinaan sekolah di Selangor”.

“Kita sediakan tanah, bukan kata satu sekolah malahan mana-mana sahaja Kerajaan Pusat minta untuk dibangunkan sekolah kita memang ada peruntukan tanah.

“Jadi mengapa timbul kenyataan   berbaur pembohongan dari seorang Timbalan Menteri? Saya pun tidak pasti kerana kenyataan beliau ternyata tidak benar dan beliau juga tahu ia tidak benar,”  soal Abdul Khalid.

Beliau mengulas lagi katanya,“sebenarnya Kerajaan Pusat yang enggan membina sekolah walaupun tanah sudah diperuntukkan untuk pembinaan.

Setiap 100 ekar pembangunan, pemaju akan beri tanah untuk Kerajaan Negeri wartakan bagi pembangunan sekolah dan lain-lain”.

“Tetapi masalah yang kita hadapi dalam kes ini, Kementerian Pelajaran tidak mahu buat dan ini adalah perkara yang amat mengecewakan kerana ia melibatkan keperluan pendidikan anak-anak kita,” katanya.

Justeru, saya mendesak  agar Kementerian Pelajaran menyediakan senarai lokasi yang diperlukan untuk pembinaan sekolah di seluruh Selangor.

“Berikan kita senarai, kita akan cari tanah untuk Kerajaan Pusat bina sekolah kerana kita sememangnya komited dan sangat menggalakkan wang rakyat disalurkan kepada pendidikan,” tegasnya.

Terdahulu, Dr. Puad mengeluarkan kenyataan meminta Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah kepada kerajaan pusat bagi membolehkan lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dibina di Selangor.

Menurut beliau, keengganan Kerajaan Negeri bekerjasama memberikan kelulusan tanah menyekat usaha Kerajaan Pusat membina lebih banyak sekolah di negeri ini.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI