SHAH ALAM, 6 NOV : Saya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita 
Harian dan beberapa blog media berkaitan laporan isu kebebasan beragama,
 yang didakwa berunsur fitnah, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam sidang medianya. 
Izzah dalam satu kenyataan media menegaskan, beliau  mengarahkan dua 
peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk melaksanakan 
tindakan tersebut.
“Saya telah mengarahkan peguam saya, Hanipa Maidin dan Sulaiman 
Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia,
 Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, 
berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang memutar belitkan 
sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.
“Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak 
teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan 
kebenaran dan demi keadilan,” katanya.
Semalam, muka depan Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk 
‘Melayu Bebas Pilih Agama?’ dengan memetik laporan portal Malaysiakini 
berhubung kenyataan Izzah.
Laporan itu berkata, pada forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa 
Bertanggungjawab’, Nurul Izzah didakwa menegaskan bahawa setiap rakyat 
di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama 
tertentu.
Editor : Khaulah Azwar 




No comments:
Post a Comment