Thursday, October 11, 2012

Jika tak mahu bantu, jangan pula menyusahkan Jemaah


KUALA LUMPUR: PAS menasihati seluruh ahlinya agar 'tidak sesekali menyusahkan' perjuangan parti sekalipun tidak mahu membantu perjuangan ini.
Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam madahnya berbentuk nasihat pagi ini.

Madahnya berbunyi "Orang tua tua berpesan, kalau tanganmu tidak sampai untuk membantu mengusung sebuah rumah, jangan pula engkau bergayut di alang rumah"

“Maknanya kalau kamu tidak mampu atau tidak mahu menolong sewaktu orang ramai mengusung sebuah rumah. Ianya tidaklah sangat menjadi masalah.

"Tetapi janganlah pula engkau bergayut di alang rumah tersebut, janganlah engkau menyusahkan orang yang penat mengusung rumah itu,” kata beliau.

Tuan Ibrahim berkata nasihat itu adalah sesuatu yang amat indah untuk direnungi.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mengingatkan agar para pimpinan dan ahli PAS agar jangan menyusahkan perjuangan ini tatkala seluruh jemaah sedang bertungkus-lumus untuk memenangkan perjuangan Islam.

“Di waktu para sahabat, pimpinan dan ahli bertungkus lumus untuk memenangkan perjuangan Islam, jangan pula ada di kalangan kita yang menyusahkan perjuangan ini,” tegas beliau.

Semalam, beliau turut menasihatkan semua ahli dan pemimpin PAS supaya menghalakan senapang dan peluru kepada musuh bukan kepada kawan, walaupun tiada peluru di dalamnya."

Bagi beliau, tiada apa yang perlu diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI