PETALING JAYA: Ketiadaan anggota beruniform Polis Diraja
Malaysia (PDRM) untuk menjaga keselamatan awam ketika sambutan ambang
kemerdekaan peringkat Selangor menggambarkan sikap dwi-standard, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr
Xavier Jayakumar.
Beliau berkata tindakan PDRM benar mengecewakan kerana slogan yang digunakan ‘Tegas, Adil dan Berhemah’
tidak menggambarkan perkara sebenar.
“Kita mahu, pihak polis bertindak adil berdasarkan slogannya, ‘Tegas,
Adil dan Berhemah’ dan bukannya hanya bertugas apabila melibatkan
program yang diadakan oleh Umno-BN sahaja dan pemimpin kerajaan pusat
sahaja, ujar beliau"
Menurut Dr Xavier, tiada seorang pun anggota polis beruniform
kelihatan bertugas dalam acara
sambutan yang berlangsung di Dataran
Kemerdekaan Shah Alam pada Ogos 30.
Beliau turut berkata tindakan polis itu telah menyebabkan keselamatan
orang ramai, pemimpin kerajaan negeri dan kakitangan awam terancam.
Menurutnya pihak polis sepatutnya mengutamakan keselamatan awam
dengan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi unsur-unsur kepentingan
politik mana-mana pihak.
Xavier sekali lagi melahirkan rasa kecewanya apabila PDRM dan
Angkatan Tentera Laut Malaysia menarik diri dari acara perbarisan
sambutan itu pada saat akhir.
“Adakah mereka menerima arahan dari ‘tangan-tangan di atas’ untuk
menarik diri dari menyertai program anjuran kerajaan Pakatan Rakyat?
“Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun kita sudah 55 tahun merdeka,
kita sedih kerana institusi keselamatan masih tidak bebas dan terus
dijajah,” ujarnya lagi.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment