Monday, August 27, 2012

Lembaran Aidilfitri Suka dan Dukanya.


Alhamdullilah di  panjat kesyukuran kepada Allah SWT kerana di beri kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.
Tumpang gembira melihat gelagat keluarga Tn Hj Shariff

Berkira-kira untuk ana mencoretkan sedikit titipan untuk dirakamkan dalam blog yang banyak bermakna dalam kehidupan ana.

“ Soalan yang  banyak  timbul dalam mail box, sms, fb dan email, Apa dah jadi pada blog ini, sudah lama tak update.. hah, hanya Allah SWT jmengetahuinya.

Nekad dalam hati pertama kali wujudkan blog ini akan sentiasa update agar semua pengunjug tidak kecewa kerana tiada posting yang menarik untuk di kongsi bersama. Namun ada asbabnya tersendiri mengapa ianya terjadi, maafkan diri ini teman atas kelemahan diri L”.

Lembaran Aidilfitri kali ini, sungguh berbeza daripada 34 tahun lalu, dan 18 thn lalu.. tahun ini, ana dapat bersama ummi yang dikasihi.
Temankan ummi beraya rumah saudara di Jiboi.

Jauh disudut hati ingin sekali ana berkumpul dengan ahli keluarga ana, namun tiap kali lembaran ana rasa bukan diri ini sahaja ingin bawa diri jauh tetapi ana yakin adik, emak juga ingin lari daripada hakikat hidup yang dihimpit dengan berbagai ujian.

Tiap kali bersendirian, ucapan istigfar sering ana ungkapkan kerana ana yakin, mungkin ada orang lain lebih berat ujian diberi, maka seharusnya harus bersyukur walaupun pahit untuk menelannya.

Kadangkala happy, kadangkala rasa gelisah, nak sahaja bawa ummi bersama beraya dengan keluarga terutama dengan emak. Alangkah bahagianya jika kedua insan ini dapat bersama. Namun itu semua tidak akan berlaku.

3 hari, 2 malam bersama keluarga ummi di seremban. Kenakalan nana menjadi –jadi pula bila bersama adiknya irfan. Buat dada ana sering rasa sakit. Nana  jika seorang, dia pendiam tak senakal ini, mungkin ada kawan dia mula tunjuk kehebatannya. Rasa serba salah dengan keluarga ummi, maafkan diri ini kerana menyusahkan kalian.  

Disini, dapat juga mengenali ahli keluarga sanak saudara ummi. Jalinan ukhwah ana panjangkan tetapi tiap kali mereka Tanya siapa ana pada ummi. Kadangkala soalan itu buat antara kami rasa tidak selesa.

Kesian ummi sehingga terkeluar ayat yang kurang menyenangkan hati ana. Mungkin ini yang ummi pendam selama ini telah terungkai akhirnya. Sungguh pahit nak menelan apatah lagi untuk memikul kannya.

Namun kata-kata itu ana lupakan ibarat air laut menghempas badainya. Biarlah ianya berlalu cuma kadangkala ana muhasabah diri, betulkah ianya menyusahkan ummi??

Ada hikmah semuanya ana pasrah, insya-Allah doa sentiasa ana panjatkan agar ummi sentiasa dalam peliharaan Allah SWT, dan akan bertemu dengan seseorang yang mampu menjaga, mengembirakan diri ummi nanti. 

Insya-Allah insan ini sentiasa akan hulurkan bantuan, jika ummi memerlukan suatu hari nanti.. carilah ia dimana sahaja.. jika Allah mengkehendaki pasti dimudahkan..

Rasa terlalu kerdilnya ana untuk berada disini. Akhir nya sebelum ummi balik ke K.K ana hantar ummi bersama nana, irfan. Kami terpisah. Ana mencari kedamaian hati seketika. Mencari kekuatan untuk berpisah dengan ummi. 
Alhamdulilah siap juga pusara wan, temankan pakngah, maklong dan ummi ke pusara.

Nana irfan, sebaik sahaja tiba di KLIA hantar wannya, menangis tak henti. Jelas kelihatan kesedihan di wajah anak-anak ini tidak mahu berpisah dengan wannya. Ana kuatkan hati juga memujuk mereka. Kata wan pergi kerja, nanti wan balik. 

Hampir setengah jam memujuk hati anak-anak akhirnya jumpa juga tempat permainan kanak-kanak di KLIA.. alhamdulilah.. 

Selepas sejam mereka main, ana bawa mereka solat, nana, irfan tak henti sebut nama wannya. Dalam kereta, berbagai persoalan yang timbul. Tanya pasal kapal terbang, kenapa wan tinggal nana. Puas Handphone ana dijadikan mainannya. Dail no wan. 

Tapi tak dapat  call, sebab ummi dah flight. Nana sms, minta wannya telefon jika dah sampai K.K.. rindu pada wannya.
Tak dapat jumpa ummi lama, 10 minit je ummi dah nak flight.

Dalam hati ana berkata, inilah sifat manusia. Bila kita  ada disisi jarang sekali kita nak bersyukur dan menghargai masa bersama sebaiknya. Tetapi bila kita tiada disisi, berbagai perasaan menghimpit rindu, sayang, kalau boleh nak bersama sentiasa walaupun sesaat.

Hargailah tiap waktu yang Allah berikan pada kita untuk bersama orang yang kita sayang. Moga Allah merahmati ukhwah ini seperti mana yang di kehendaki.

Sekali lagi, maafkan anak mu ini, ummi sekiranya tidak dapat mengembirakan hati apatahlagi jika ia membebankan ummiL. Tidak pernah terlintas di hati ini untuk menyukarkan kehidupan orang lain.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli keluarga Seremban yang menerima kehadiran tetamu tidak diundang ini untuk merasakan nikmat Aidilfitri yang penuh bermakna walaupun wan, abah tiada lagi (al-Fatiha), moga Allah merahmati kalian sekeluarga.

Kadang-kala kita minta pd ALLAH setangkai bunga yang indah, tetapi ALLAH berikan kaktus berduri.kita minta kupu-kupu,tetapi  Allah berikan ulat.
Wan napa tinggalkan nana, nana nak ikut.. huhu.. penat nak pujuk dia.

Kita pun rasa kecewa bahkan marah!!! namun, kemudian kaktus itu berbunga indah dan ulat menjadi kupu-kupu yang cantik.

ALLAH tak  memberi apa yang kita harapkan. Tetapi ALLAH memberikan apa yang kita perlukan. Kadangkala kita sedih, kecewa, berburuk sangka.

Tetapi jauh di atas segalanya, ALLAH telah merangka yang TERBAIK dalam kehidupan kita agar kita selalu ikhlas dan saling memaafkan sesama insan.

HARGAILAH DENGAN SETIAP APA YANG ALLAH BERIKAN…MUNGKIN  APA YANG ALLAH BERIKAN  KITA TAK SUKA  MALAH BENCI, TETAPI ITULAH YANG TERBAIK ALLAH BERIKAN UNTUK KITA.

Sebak juga ana dibuatnya melihat tangisan anak-anak apabila wan tiada disisi.

Gembirakan hati anak-anak seketika bawalah main play background.

Nana dan irfan lihat map penerbangan K.lumpur ke K.K





No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI