Wednesday, June 20, 2012

SMKP Kapar Terima Pelbagai Anugerah Usahawan



Shah Alam: Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Perempuan Kapar meraih pelbagai anugerah di Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Permata Selangor 2012. 

Antara anugerah yang diterima ialah Anugerah Produk Terbaik, Anugerah Pengurus Terbaik, Anugerah Pengetua Terbaik, Anugerah Sekolah Terbaik, Anugerah Syarikat Terbaik serta Anugerah Persembahan Syarikat Terbaik.

Sekolah ini meraih anugerah berkenaan anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui syarikat Aurora Progresif Sdn. Bhd yang dianggotai pelajar dan guru sekolah.

Meriam Husin, Pengetuanya berkata, “semua warga sekolah memberikan sokongan padu serta menyediakan pelbagai bantuan seperti modal dan motivasi supaya syarikat yang ditubuhkan berjaya dalam perniagaan.

“Dengan motto ‘SMK(P) Kapar Juara, SMK(P) Mara’ Berbekalkan hasil keuntungan jualan melebihi RM60,000.

Semua warga sekolah memberikan apa “yang terdaya kepada para pelajar ini untuk berjaya,” katanya ketika ditemubual wartawan.

“Sekolah ini turut mencatat sejarah kerana berjaya meraih hasil jualan tertinggi sejak PUM ini dilancarkan pada tahun 1997 iaitu sebanyak RM263,356.

PUM turut mendapat kejasama Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) serta Jabatan Pelajaran Selangor.

Sementara itu, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dalam ucapannya berkata, “bagi sekolah yang terpilih untuk pelajar tingkatan dua dan empat di Selangor berpeluang menubuhkan syarikat Sendirian Berhad dengan diberi lesen perniagaan oleh PKNS”.

“Syarikat-syarikat ini akan menjual produk dan perkhidmatan di lokasi-lokasi terpilih selain dapat menjalani kursus-kursus berkaitan perjalan syarikat serta latihan keusahawanan dan perniagaan secara praktikal,” katanya ketika perasmian konvensyen itu di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Menurut Othman setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai 25 orang pemegang saham dan lima daripadanya adalah ahli lembaga pengarah”.

Selain itu, Othman berkata, “PUM berjaya menerapkan budaya keusahawanan kepada 15,925 orang pelajar sepanjang program ini dilaksanakan.

“Bermula dengan penglibatan sebanyak 10 buah sekolah di peringkat awal dan hanya di berikan modal sebanyak RM450, PUM membantu pelajar-pelajar ini belajar untuk berniaga,” katanya lagi.

Hadir di majlis ini adalah Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Selangor, Abdul Khalid Jaafar serta Penolong Pengarah Institut Keusahawanan Negara, Mohd Idzwan Abdullah.

 Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI