Wednesday, May 16, 2012

Wawacara : Perbezaan SRA, SRAI, KAFAI Pakatan Memerintah Selangor



Banyak perubahan yang telah berlaku semenjak Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) memerintah dari sudut infrastruktur bangunan sekolah, siliber pendidikan dan kebajikan guru terjaga.
50thn UMNO  memerintah, pelajar belajar tepi korider



Ikuti wawacara Wartawan  menyelami pengalaman Ustazah Zaleha Abu Bakar  yang berkhidmat di Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI)  KAFAI Taman Amaniah, Batu Caves.
Sejak bila ustazah berkhidmat di SRAI KAFAI?
Saya berkhidmat pada tahun 1993,
Berapakah bilangan murid  dan bilik kelas ketika itu. Boleh cerita serba sedikit tentang sekolah ini?
SRAI KAFAI Taman Amaniah, 1993  ketika itu hanya 60 pelajar  dan guru 4 orang sahaja. Ketika itu,  hanya 2 buah bilik darjah.  
Namun bilangan guru semakin meningkat iaitu seramai 17 orang semenjak Kerajaan Negeri Selangor memerintah. Perlantikan telah dibuat oleh  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Manakala  Sekolah Agama Rakyat (SAR)  hanya 3 orang guru  dan bilangan murid telah mencapai 550 orang murid dengan mempunyai dua sesi persekolahan.

Sebelum Kerajaan negeri Selangor (PR) memerintah, Masjid Taman Amaniah di tingkat atas kita gunakan sebagai kelas kerana pada masa itu, peruntukkan menaiktaraf sekolah tiada lagi.
Guna langsir sebagai tirai kelas. 1 Meja kongsi dua
Memandangkan peruntukan naiktaraf sekolah  semasa UMNO memerintah ,  pelajar terpaksa  belajar ditepi koridor, bahkan Quaters rumah imam juga kita tumpang jadikan kelas untuk darjah lima dan enam.
Bagaimana Gaji Guru ketika itu?
Gaji semua guru ketika itu sebanyak RM180. KWSP pekerja dan slip gaji guru tiada. Jika kami ingin tahu gaji sudah masuk atau belum kami kena berhubung dengan JAIS.
Tetapi kesusahan yang dirasai semua guru telah berakhir apabila negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) mendapat kerjasama JAIS, pentadbiran pengurusan lebih efektif.
Semenjak kerajaan (PR) memerintah ramai pelajar yang tamat pengajian berebut untuk menjadi guru KAFA.
 Pandangan Ustzah masa depan Guru SRA, SRAI, dan KAFA terjamin dibawah pengurusan Kerajaan Negeri Selangor Pakatan  Rakyat (PR)?
Zon selesa apabila Kerajaan Pakatan Sediakan Kelas 
Bagi saya, masa depan guru SRA, SRAI,  KAFA  akan  terjamin dengan berbagai benefit yang diberikan. Gaji guru kafa sudah mencapai RM1000 dan elaun daripada sekolah RM800.

Kerajaan PR juga  memberi sinar baru kepada semua guru-guru SRAI, SRA, KAFA   apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  telah menambah elaun guru-guru Sekolah Agama.
Tan Sri Khalid telah memutuskan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh kawasan negeri Selangor.
Kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.
Pada masa ini, semua guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,300 sebulan atau RM61 juta setahun.

Ini menunjukkan pemerintahan Kerajaan PR lebih effektif dalam segala bentuk pentadbirannya apabila Hasil Negeri di Pulangkan kepada Rakyat.
Hal ini tidak pernah dirasai rakyat semasa UMNO-BN memerintah selama 50 tahun, jelas Ustzah Zaleha dengan panjang lebarnya.
 Temubual salah seorang guru,  Nursyuhadah Mokhtar , 25,  
Pada tahun 2005 gaji  saya hanya RM400 tetapi semasa perubahan kerajaan berlaku pada tahun 2009 elaun nya telah naik sebanyak RM600. 
Pemberian  elauan kerajaan negeri Selangor RM300,  gaji bersih beliau RM1,300.00. Kenaikan diberikan sebanyak dua kali.
Nursyuhadah menunjukan slip gajinya.
Saya rasa gembiradengan kenaikan tersebut kerana memandangkan ekonomi negara yang semakin meningkat rasa gaji RM1000 tidak mengcukupi untuk duduk dibandar.

Dengan pengumuman yang dibuat oleh MB Selangor untuk menaikkan Elaun guru RM300 merupakan satu berita gembira buat semua guru SRA/SRAI sebagai pendidik.

Menurutnya walaupun gaji guru Sekolah KAFA yang diberikan tidak berapa tinggi namun yang diutamakan adalah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan berguna.
Baginya ilmu agama perlu diselaraskan dengan ilmu dunia.

Tiada guna jika ilmu dunia 100% lulus tetapi ilmu akhiratnya 100% kebelakang. Oleh itu suka  saya mewakili semua pendidik suka mengingatkan agar  Kerajaan Pusat UMNO-BN menjaga kebajikan guru-guru  seperti yang dilakukan kerajaan Negeri Selangor (PR).

1 comment:

  1. orang bodo ja percaya cerita guru sra selangor la nie... teruk.. jakim ja dok support

    ReplyDelete

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI