Thursday, May 17, 2012

Exco Gesa Gaji Minima Perlu Di Kaji


  
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali menggesa kerajaan Pusat mengkaji semula gaji minimum RM900 bagi pekerja di Semenanjung sementara RM800 bagi Sabah dan Sarawak.
Beliau mengulas tawaran Kerajaan Pusat menyelaraskan gaji minimum demi kepentingan warga pekerja.

Kata beliau,  “saya berpendapat tawaran itu sama sekali tidak relevan kerana tekanan ekonomi semakin meningkat, barang semua naik tetapi tawaran diberikan tidak cukup meringankan beban rakyat.

Sejak Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengumumkan gaji minimum, ramai  rakyat tidak setuju dan tidak gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu”.

 “Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk menyelaraskan pendapatan minimum sebanyak RM1,500 dan  ia sesuatu yang kita mampu dan pasti lakukan jika berjaya menawan Putrajaya nanti.

“Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) dari dulu sehingga sekarang komited untuk melaksanakan dasar-dasar bagi membela nasib pekerja.

Kita yakin apabila pendapatan rakyat meningkat, pengaliran ekonomi juga sama meningkat dan begitu juga dengan taraf hidup rakyat.

Justeru, kita gesa agar kerajaan pusat kaji semula gaji minimum dibuat, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyampaikan dasar PR dalam memartabatkan golongan pekerja”, jelas Dr Halimah.

Beliau merangkap ADUN Selat Klang menambah,  “selain itu sekiranya warga pekerja mempunyai masalah kerja perlu diluahkan  sekiranya  tidak puas hati kepada majikan.

Antara yang boleh diskusikan adalah gaji, pembahagian kerja yang tidak seimbang dan sebagainya”, katanya

“Insya-Allah kerajaan negeri juga akan mengadakan Hari Pekerja bersama rakyat sempena Hari Pekerja.
“Dengan adanya program ini,  dapatlah kita mendengar luahan hati pekerja sambil berbincang secara lebih terbuka” .

 
 Beliau kata demikian dalam lawatan Ramah Mesra Bersama Warga Industri di Kilang Pokka Ace (M) Sdn. Bhd.
 
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.  
 

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI