Wednesday, April 11, 2012

SMK Methodis ACS Terima Bantuan RM20,000 Daripada Exco Pendidikan.


 

Klang : Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS, Klang menarik nafas lega apabila permohonan dana untuk menaiktaraf sekolah tersebut telah diluluskan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Penyampaian cek  yang disampaikan oleh Exco Selangor berjumlah RM20,000 adalah permohonan yang dibuat Sekolah  SMK ACS beberapa bulan lalu bagi membina beberapa buah kelas tingkatan enam.

“Saya difahamkan penambahan pelajar untuk tingkatan enam semakin meningkat tetapi malangnya kelas tidak mengcukupi”.

“Kita dapat bayangkan  keadaan semua pelajar terpaksa  berhimpit berkongsi kerusi dan meja sepanjang proses pembelajaran dijalankan. Kekurangan  ini  sekaligus tidak memberi keselesaan kepada mereka”.

Justeru, “saya fikir penambahan kelas perlu dibina  memandangkan kenaikan bilangan pelajar di Sekolah tersebut semakin meningkat”, kata Dr Halimah kepada media selepas menyampaikan cek kepada Penolong Kanan Akademik mewakili pengetua sekolah tersebut.

 “Kerajaan negeri memandang serius keselesaan pelajar dan juga guru dalam mempastikan proses pengajaran  dan pembelajaran berjalan dengan lancar”, tambah beliau merupakan ADUN Selat Klang.
 
Beliau juga berharap agar  semua pihak perlu memainkan peranan bagi melonjakkan pencapaian akademik di Selangor.

“Mereka harus peka, bilakah permohonan pendidikan untuk semua sekolah dilakukan oleh kerajaan negeri.

Empat tahun kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri Selangor, semua sekolah SRA, SRK©, SRKJ (I) telah menerima bantuan untuk menaiktaraf sekolah. Pemberian bantuan diberikan tanpa meminggirkan mana-mana sekolah”, kata Dr Halimah Ali.

Majlis itu juga bukan hanya penyerahan cek tetapi semua Guru Wanita juga telah diberikan Kad Hari Wanita sempenar Hari Wanita Sedunia yang masih diraikan lagi.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI