Saturday, April 14, 2012

Pakatan Rakyat Kecam Sekiranya Projek Lynas Di Teruskan




Shah Alam : Himpunan Anti  Lynas dihadiri lebih 300 peserta anjuran  Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau   bersama badan bukan kerajaan (NGO)  di Dataran Shah Alam  petang semalam  diadakan secara aman tanpa diganggu kacau petugas-petugas polis.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad  merangkap AJK PAS Pusat mendakwa  syarikat yang menjalankan projek tersebut diberi hak istimewa dan kedudukan luar biasa sehingga tidak perlu membayar cukai selama 12 tahun walaupun menerima keuntungan berbilion ringgit.

Beliau berkata,   "saya bersama  saf pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan kerajaan pusat  (UMNO yang seolah-olah lepas tangan terhadap keselamatan rakyat walaupun sudah sedia maklum.

Kita sudahpun bentangkan isu ini   di Dewan Rakyat, projek Lynas bernilai jutaan ringgit itu akan menghasilkan sisa radioaktif".
Tetapi jawapan mereka berikan "Kerajaan tidak akan menutup kilang ini sekiranya Pakatan Rakyat gagal membuktikan kilang itu tidak selamat. Nak buktikan macam mana lagi? Nak tunggu sehingga  semua rakyat mati baru terbukti ke?.

“Sepatutnya, kalau terbukti ia selamat, baru dibuka, bukan sebaliknya. Ada satu penjelasan yang boleh memberi penerangan kenapa kerajaan bertindak sedemikian rupa  kerana  pihak-pihak tertentu telahpun menerima duit dan sogokan, uajrnya.


“Pada pandangan saya, mereka telah diberikan duit atau dijanjikan duit berterusan sehingga kerajaan tidak sanggup untuk menukar keputusan yang dibuat,” selar Khalid.

Sementara itu, Dr Rani Osman, YDP PAS Selangor pula berkata, "kita kecam kerajaan pusat sekiranya mereka ingin meneruskan projek lynas yang sudah pasti memberi ancaman seluruh rakyat Malaysia".

"Sekiranya mereka teruskan niat itu, kita daripada pembangkang bersama badan-badan  bukan NGO tidak teragak-agak mengadakan bantahan besar-besaran seluruh negara".

"Janganlah mereka hanya mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja tetapi memberi kesan  buruk kepada semua rakyat".

Dalam pada itu beliau juga mempertikaikan Slogan UMNO "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Katanya, Slogan yang UMNO sering laungkan  tidak menggambarkan mesra rakyat langsung".

Turut serta dalam himpunan itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib dan Pengerusi Solidariti Hijau SeMalaysia, Zulkefly Mohamad Omar.

Juga hadir Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohamad Safwan Anang dan wakil ABU, Haris Ibrahim.

Difahamkan, Himpuna  Anti Lynas  sama  diadakan petang semalam, turut berlangsung di 10 lokasi lain seperti di Pahang (Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan), Perak (Tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu), Sarawak (Masjid At Takwa, Miri) dan Kelantan (Dataran Ilmu, Kota Bharu).

Lokasi lain yang turut terbabit adalah Negeri Sembilan (Taman Tasik Seremban), Kedah (Dataran Jam Besar, Sungai Petani), Johor (Masjid Daerah Batu Pahat), Melaka (Masjid Al Azim), Terengganu (Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu), Pulau Pinang (Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh).

Kilang bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan diusahakan oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia.

Ia menimbulkan kontroversi kerana didakwa akan menghasilkan sisa radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI